Sunday, 7 October 2012

--detik-detik akhir--

assalamualaikum ;)

uuuuhhhh, aku tak sangka sekarang aku berada hampir pertengahan bulan 10! wow, kenapa cepat sangat!!! tssk~pengsan. tak sangka dan tak sanggup bersedih nak tinggalkan kawan2 kesayangan, dan tempat yang banyak melakar kenangan dalam hidup (setakat ini).hohohoooo..Jumaat ni dinner untuk budak sem 8. dulu2 bila aku add facebook senior, aku selalu view photos depa. photo2 dinner, & macam2 aktiviti yang menggambarkan masa mereka semakin suntuk untuk bersama! ffffuh. ayat seram. pastu mula la...aku monolog dalaman sorang2...


"ish...sumpah sedih gila time nak berpisah. stakat kenal 5 hari tahan lagi.ini 5 tahun stengah...nanti2 aku mesti kena spare tishu at least 4bungkus."....


sebabnya, aku kan berhati tishu. mehehehehhhh..mudah menyerap kot..pantang tengok orang nangis, sure aku sambung punya la. dah nangis tu bukan tau nak stop. op op op opppaaa gangnam style~malu seyh.. kadang2 aku tak menangis untuk sesuatu situasi tu..tapi aku sebak sorang2...sebak tu akan terbawak-bawak untuk tempoh yang lama...ahaaaa. faham tak? i mean, aku akan terfikir, terkenang, imbas kembali kenangan itu. adeiii.susah tak jadi aku? apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan...masing2 kena bawak haluan. maybe jumpa lepas ni, kawan2 aku semua pakat bawak paling kurang 3 orang anak. aku? tak kisah...aku follow segala percaturan yang Allah tetapkan..hahahahhhh..slogan yang aku suka 'Kun fayakun' kan~hewhewhew..dan lagi sekali...aku berasa kurang faham dengan diri aku. kenapa time takdak kamera dulu, aku nak sangat upload gambar dalam blog. dah ada kamera, hampesss krampesss punya malas...adoyaiii...so, taknak kecewakan diri sendiri, aci lah aku upload yang ni je? daripada takdek langsung kan...hihihi....




p/s: esok kena mangkitt awai..buat prosiding. mati la aku kalo tak siap kena bahammmm dengan cik Fatin. huhu..dia baik orangnya. tapi bab2 kerja, on time baby! syabasss. bukan semua orang boleh jadi macam tu. tepok tangan 40 kali untuk dia...untuk dia..,sambung lagii lagu Najwa Latip. :) 

++ S A B A R ++









bismillah..pahat dalam hati, Dia satu-satunya cinta TERAGUNG..sabar..jangan cepat marah dan melenting (",)..Allah berfirman, faSOBRUN JAMEEL...sabar itu cantik...lebih tenang...seseorang itu tak dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji. 







Untuk mendapat apa yang disukai, berSABARlah menempuh sesuatu yang diBENCI. apa motif hidup yang dicari? Keredhaan Ilahi~

Saturday, 6 October 2012

Jangan Jadi 'Pandai Songsang'

assalamualaikum :)

Bismillah, selamat datang Oktober! hehe...semangat nak update blog karat ini semakin membuak-buak sejak minggu lepas lagi, masa sibuk siapkan tesis. tapi sebab tak sempat, kita extend dulu. dah hantar tesis petang Selasa, pagi Rabu keesokannya aku dan junior2 ada kem di Kem Kijang Pengkalan Chepa, Kelantan. hehehe...see, bz tak I ni? wekkkkkk~sila menyampah dgn ayat ni.hihihiihi..kem tu mmg awal2 nya aku sikit pun takde rasa ikhlas nk pi...tp dh terpaksa, ikut jela kan. akhirnya, dh nak habis Kursus Peningkatan Profesionalisme ni baru rasa best...wahahaha, semangat yang tak dijemput tiba2 datang tak semena-mena. nantikan upload gambar2 tersebut ok! (macam la ada org nk tgok)


balik dari kem, aku tak rasa letih pun. sebabnya otak aku ligat berpikir mengenai seseorang. aku tak faham jugak dengan manusia ni, sesetengah jelah. bila dia rasa diri dia perfect, orang gurau 'tak kasar' pun dia anggap penilaian negatif. eh, tolong sikit 'encik kelapa'.kamu yang terlalu sensitif, terlalu skema, terlalu straight dlm kehidupan, teruskan jelah hidup kamu. jangan anggap gurauan orang tu sebagai penilaian negatif. jangan perasan sangat. ingat sikit, kita ni siapa di mata orang...orang lain tak hinginnn sangat pun nak buat penilaian kat kita. kita perasan lebih, sensitif tak bertempat. eiiii tolong. aku tak suka la..jangan anggap semua manusia 'pelik' dan 'berfikiran negatif' kat kita. perasan perasan perasan puiiii.


orang berkawan dgn kita sebab dia boleh terima diri kita seadanya..kekurangan dan kelemahan tu dia terima. so, """"KITA""" kita yang dikatakan manusia baik dan sensitif tak bertempat ni, kalo tak suka orang bergurau n melawak dgn kita, cakap elok2. tak payah la hentam orang bukan2. aku tak kan bagi chance. Allah suruh kita buat baik dengan semua orang. tapi Allah tak suka kita jadi 'bodoh'..jgn biarkan org buat dan kata lebih kurang...so encik Kelapa, gudbye~perasan lah sebanyak mana yang kamu boleh perasan, takdak manusia heran ponnnnnnnn...ok, sekian entry menyampah aku dekat encik Kelapa ni. tiada kaitan dengan kamu2 semua yg sangat baik dihatiku.weeeho~ (",)

Sunday, 30 September 2012

 salam alaik ;)

Hari ni 30 September,,hari akhir bln 9! tak perlu dicongak, ada baki lebih kurang 40 hari je lagi nak duduk kat maktab ni. sedihnya :'( .....kenangan suka duka yang banyak membentuk aku menjadi manusia sebenar...malam ni seolah-olah akan menunjukkan simptom2 malam kedua aku mengalami insomnia. semalam aku langsung tak tido nak buat tesis yg sangat banyak tak siap. malam ni kalau aku masih insomnia, aku macam xmau buat lagi lah tesis. rehat jap! apa lagi. internet lah~





INSOMNIA MENYEBABKAN AKU IKHLAS MEMUJI-MUJI KELAJUAN INTENET DI RUMAH SEWA INI...BIASANYA AKU 'OUTSOMNIA' IAITU OVERDOSSSS TIDO...TAPI SEKARANG MACAM DAH TERBALIK...KURENG BOLEH TIDO...ADAKAH INI DISEBABKAN FAKTOR PERALIHAN USIA???? arghhhhhhhhhhhh, aku masih muda!


Wednesday, 26 September 2012

~dah present tesis~

assalamualaikum ,,

sila tepuk tangan kuat-kuat ye adik2...kerana kakak kamu sudah present kajian tindakannya pada pukul 12.00 tengah hari lebih2 tadi. hehe.hebat atau tidak, sila bersyukur kerana bebanan ini semakin berkurangan. Alhamdulillah. segala penat lelah memang rasa agak puassssss, bila kita dapat mengeluarkan apa saja usaha yang telah dilakukan untuk menyiapkannya. *walaupun usaha tak banyak* hihihiii.. please jangan jadi sengal macam ini budak. nanti saya update lagi entry mengenai kajian tindakan serta gambar-gembur bersama rakan kesayangan~kakak hendak mahu bersolat. ayat macam mix (Urdu + Bangladesh - Somalian)/ (Java x Lombok. )... ah sungguh berat mata ku, since jam 4pagi td bangun hingga mlm ni...huhu..seolah-olah aksara vokal dan konsonan serta nombor-nombor asas sedang bergayutan dibulu mataku yang tidak berapa panjang. tetapi ada kewajipan lain selepas solat, iaitu M A K A N. tahukah kamu apa itu makan? makan ialah satu aktiviti menyeronokkan di samping mennggemukkan jika pengambilannya bertimbun-timbun. fullstop.~

Saturday, 22 September 2012

- tak smart langsung -

assalamualaikum ;)

hah, ni lah yang dikatakan ledakan pembangunan yang harus kita ikuti. kalo slow macam arus Sungai Nil okey la kan. slow. lembut. lancar. ini tak. macam air terjun tertinggi kat dunia yg terletak kat Venezuela tu. arus pengaliran gila tinggi macam 10batang tiang elektrik disambung atas-atas dia. okey tak betul. rasa macam slow sgt nk update. terkulat kulat cari benda2 ni kat dashboard. langsung tak smart la, dahla hodoh, memayahkan kita pulak. adehhhh :'(



hey pencipta BLOG! kenapa gatal otak sangat pikir macam-macam?perubahan yang kamu lakukan sangat menyusahkan, langsung tidak awesome. sila ubah fikiran kamu, supaya berbalik kepada dashboard style lama. hampir 70% penduduk doniya bencikan dashboard baru.
whoaaaaa~

Sunday, 16 September 2012

* Qiamullail *

assalamualikum :)

seperti mana yang anda ketahui-1% daripada kawan2 je tau- waktu saya melabuhkan tirai atau dalam bahasa ibunda ialah shut down my day sekitar jam 11++ mlm. kalau lewat, esoknya akan lost! adeiiii. tak kiralah tido untuk 2 jam ka, tiga jam ka, yg penting mesti start 11 lebih.jangan lebih, nanti mak takdak mood ke sekolah..weeeho~sebelum tu, nk share dengan cucu-cucu sekalian sesuatu. sesuatu nasihat tu, niatkan untuk tegur diri sendiri terlebih dahulu, kemudian baru orang lain. hahaha..kelasss tak ayat mak?



p/s: 
kalau awak jumpa perempuan yg

bangun sebelum subuh siap

Qiamullail lagi, sila kawen dgn

dia, calon isteri solehah tu :D

InsyaAllah.

 boleh tara tu? ok sekian. Ø¨Ø§Ù„سمك اللهم أحيا وأموت