Wednesday 2 May 2012

--hati yg redup--


assalamualaikum ;)
 
wahhhh...agak2 lu orang, org yang membaca, dan mendengar tajuk ini boleh nangis tak? hahaha....tak nangis pon takpa, itu hal kicik saja maaa..saja buat tajuk yg agak tacing, dengan harapan semoga idea datang mencurah-curah bagai cendawan tumbuh selepas hujan untuk menulis blog .  fuuuuu~sumpah tak tipu.kehidupan yang singkat ni dah saya lalui 24 tahun! 24 tahun wei, 24 tahun! tau x 24 tahun tu angka dia mcm mana.? ahhhaaaaa...ada orang cakap 24 tahun tu muda, ada yang cakap 24 tahun tu dah t_a. ah, malas nk pk byk. sikit ke byk umur tu, bak kata ayah saya...umur adalah angka...semua orang akan lalui peningkatan umur..jangan takut untuk lalui umur semua ni..yang penting, amalan kita yang akan  membuktikan kita adalah khalifah yang amanah kpd Tuhan. motif apa pon dalam hidup ni, adalah Lillah hi'taala... wakakakkk...ayah saya takdak lah cakap sejibik sejebon sebijan mcm ni, full of ayat majmuk n ayat tunggal, siap tanda seru dan ganti nama ketiga segala macam....tapi maksud yang disampaikan, penuh tersirat.tak mungkin akan kulupakan kata-kata ini selagi nyawa dikandung badan...ouh man.syahdu. serius syahdu. sungguh ayah. anak mu ini dah mencapai umur 24 tahun pada tahun ni. tahun ni pon, tinggal beberapa bulan saja lagi. awal tahun depan, umur dah masuk 25 tahun. subhanALLAH. hebat nya sifir yang Kau aturkan Ya ALLAH, menjadikan umur itu adalah teguran halus supaya sentiasa berhati-hati dalam kehidupan.tapi apa yang dah saya buat sepanjang hidup ini? errr =(
 
 
bila saja cakap pasal kahwin, saya menjadi pendengar yang baik. tapi tak mampu menjadi pemberi pendapat yang baik. saya agak terkebelakang. sungguh terkebelakang, dan tidak maju bahagia macam kawan-kawan lain yang kebanyakannya sedang menghitung dan meniti hari-hari bahagia. tambah2 pulak tahun akhir kat maktab n cuti semester xlama lagi..makin ramai yang akan bergelar 'Puan'. saya tumpang bahagia dengan berita baik yang diterima. walaupun hari ni 'mungkin saya tak mampu lagi bahagia macam kawan2'....hehehe~mungkin Allah nak saya bahagiakan diri sendiri, keluarga, dan orang lain dulu kot? mungkin Dia sedang mengatur sesuatu utk saya? atau mungkin...macam2 mungkin la yang ada kat sini. hohoho. macam2 nasihat yang kawan2 berikan. terima kasih yang tidak terhingga atas kata2 yang boleh menjadikan saya lebih matang. dan tak kurang jugak, yang nasihatnya seolah-olah mendesak supaya saya kawan ramai2 lelaki, dan boleh buat banyak pilihan nanti. Ya ALLAH...memang banyak nasihat...dan nasihat baik buruk itu semua saya dah fikir dalam2. saya tak hebat untuk mempunyai ramai kawan lelaki. saya tak ada apa2 keistimewaan, tapi banyak kelemahan yang ditunjukkan. cuma saya tetap pegang pada nasihat mak :

Allah bagi ujian yang lepas, supaya kita ambil masa perbaiki diri dahulu. yang kurang, walau tak boleh di-delete-kan, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan pon dah okey. asalkan yang dosa itu tidak makin bertambah.   
 
 
memang untuk menjadi manusia yang perfect dari semua benda, adalah mustahil. tak kan. paling kurang, keberkatan hiduo tu datang dari mendengar nasihat mak dan ayah. pengalaman lalu memang menjadi pengajaran. kerana tak mendengar cakap mak ayah, banyak benda yang telah saya sia2 kan, semakin lama hubungan saya dengan Pencipta dan manusia macam semakin jauh. kerana leka dengan bahagia yang 'menjadi larangan'. yang tidak direstui mak ayah. kalo mak ayah tak restu, apatah lagi Tuhan. hewhewhew~padan muka kan? pengajaran kata kannnnnnn....hihihii...bersyukur lah mendapat teguran awal, dan tidak terlambat.pandangan mak ayah berdasarkan pengalaman hidup, boleh jadi yang tidak disukai itu akan membawa yang x elok untuk kemudian. boleh jadi apa yang kita tak sukai itu lebih baik, sedangkan yang kita sukai itu lebih tak baik. walau apa pon, I do believe 'ini kerja Tuhan'...'Kunfayakunn' (",)..okey folks. malas nak bebel bising2 lebih panjang. kang terbabas ke babak lain, tak ke rugi gittew~sekian, wassalam.

jangan tunggu bahagia baru kamu akan tersenyum, sebaliknya senyumlah sentiasa, maka kamu akan menjadi semakin bahagia.