Monday 27 October 2014

Hari Penyampaian Hadiah

Assalam.

Setahun tak update blog kata kau. Ada sesiapa kisahkan? Haha... senarnye... Tadi ada taklimat antara semua guru dan staf pasal hari penyampaian hadiah tahun ni. Time gb n pk cakap, memang aku rasakan ada remote control yg telah flashback kisah silam aku zaman dedulu. Iaitu hari anugerah cemerlang masa 1996. Sayangnya, memori tu tak di buktikan dgn gambar. Masa tu, aku n kakak dapat hadiah anugerah cemerlang. Ayah takboleh attend, sebab kerja. Sekolah dengan rumah agak jauh. Makanya, mak aku yg gntikan ayah hadir utk kejadian tersebut dengan hanya berjalan kaki okey! Jalan kaki. Kalau pakai kasut roda aku x sedih sangat. Yg bertambah sedih mak aku jalan sorang, dalam jarak yang sangat jauh. Semata mata nak hadir majlis tu. Nampak tak. Pengorbanan mak ayah dan semangat yang diberi tu tak pernah putus. Dari zaman awal berhingus, hinggalah zaman hingus telah pun kering. Dengan kata lain, peliharalah sebaik baiknya syurga anda itu!