Monday 26 November 2012

*kutu rayau*

assalamualaikum :)
 
 
apa  perasaan anda disaat anda perlukan internet,tetapi langsung tak jumpa wireless.wyre tersebut sememangnya less kot. hahahah..kalo nk guna intenet sah2 la perlukan medium dia,iaitu laptop/komputer/henset canggih/etc...tapi pada masa yang sama laptop tu rosak?hah rasakan....bukan setakat intenet...laptop pon rosak..sudah jatuh ditimpa *duit*...itulah yang dialami aku.muahahahhhah...nak tak nak,aku terpaksa bergelar kutu lepak dekat cc hari ni..mujur cik umi ada..dia temankan aku.kitorang nk chek status SPP & posting~kalo tak,ingat ai rajin ke berhijrah ke cc,siap berebut rebut PC dgn budak2 sini yang sibuk main game?heheheehe...harini mmg sesuatu ajaib berlaku..i & umi datang cc,budak laki yang nak masuk cc main game,isap rokok,semuanya lari keluar.tak jadi main..gewd2~tepuk tangan sekali untuk mereka yang tak jadi masuk cc.mesti mereka anggap perempuan yang datang cc adalah perempuan ganazzzz..kalo macam ni mentaliti diorang,aku yakin lepasni takder lagi isu budak2 sekolah lepak cc dengan sewenang wenang melainkan masuk untuk chek something yg penthing~hohoho....okeylah,nanti laptop ok & ada intenet sambung mengarut lagi...duduk di rumah dgn mak ayah,kucing,mmg saat2 osem! i love it~hehehehe...


p/s: jangan lupa doakan untuk Palestine, Syria & saudara Islam kita seluruh dunia.nanti mati, takut2 Allah soal apa tanggungjawab kita pada saudara yang dalam kesusahan,apa kita nk jawab~haaaaaaa kan dah takut.. :)

Wednesday 7 November 2012

# Jamuan Sedih #

assalamualaikum peeps!

tahukah kamu, semalam adalah malam terakhir....aku bersama rakan sekelas yang bersama-sama dalam apa pun keadaan,selama lima tahun setengah. sepanjang hayat, hanya sekolah rendah dan maktab terengganu sahaja aku bersikap setia! ya, aku hanya setia pada zaman sekolah rendah dan di maktab sekarang ini. hehee..kenapa aku ckp cmtu?kerana sekolah rendah, aku langsung tak tukar sekolah,selama 6 tahun, manakala di maktab ini, aku juga setia sampai 5 tahun lebih.kalau Mathematician yang baca ini punya entry,confirm deyyy-ols akan bundar 5tahun setengah kepada 6tahun! whowwwww.~silap clap your hands as a gift for me, kerana mampu bertahan.pap pap pap. bunyi tepuk tgn.hehehe.perasan sorang2 dah r,orang lain mana de baca blog ai. sepanjang hidup, kalau nk dpt kan segulung ijazah, org lain hanya bersekolah beberapa buah saja. serius melampau sikap aku,bertukar tukar sekolah menengah! euuuuuw. antara sekolah-sekolah tersebut ialah...(eh silap,ini ayat exam)..


1994- tadika KEMAS, Gurun
1995-2000- SK Gurun (Pusat)
2001-2003- SMK Seri Badong, Merbok (full of awesome friends and teachers)
2004- MRSM Kuantan (2bulan,kes homesick gile)
2004-2005- MRSM Pendang.( bes2, kawan2 di sini baik2)
2006- SMK Amanjaya (2bulan-form 6)
2006-2007- Universiti Malaya (Asasi Sains-failed, kena kick)
2007-2012- Institu Pendidikan Guru, Kuala Terengganu (L O V E)





yeahhh adik kakak.cuba anda lihat carta di atas. kalau org lain hanya cukup 3 sekolah, boleh dpt segulung ijazah.aku? kena berskolah skolah baru boleh dpt camtu.*insyaALLAH*. takpe, Allah konows best. aku tak segan untuk cakap di sini,bahawa aku penah masuk UM untuk asasi.tapi aku failed.aku kecewa. aku tak tahu nk bawak diri. time tu baru aku faham erti sebenar, lecturer tak boleh nak tolong dah sebab dia bagi ilmu dalam kelas, selebihnya atas usaha sendiri.kawan-kawan? diorang berjaya, sibuk bawak haluan masing2 untuk hidup yang lebih baik....kawan2 aku dekat asasi kebanyakannya dpt medic UM,engineering, & mcm2 kos yg top! tak kurang pulak ada yang dapat pi oversea, farah medic kat India, & lain2 ada yg apply Jepun, etc. time tu hanya ada mak ayah & Allah tempat dengar luahan. believe me, time kita susah sape pun boleh pergi and menghilang dalam hidup.tapi mak ayah n Allah,sure takkan lari dari kita. makin dekat dengan kita, makin banyak hulurkan bantuan. time bergelak ketawa ramai dalam hidup nak enjoy dengan kita, time susah, bukan semua boleh bagi semangat pada kita...sebab tulah,aku nasihatkan diri aku...walau apa pun yang berlaku, jangan lari dari rahmat Allah,jangan belakangkan mak ayah. cinta mereka, cinta syurga..macamtu jugak Allah,sifatNya arRahman dan arRahim. akhirnya, Dia letakkan aku pada satu tempat yang aku tak pernah jangka, tak pernah bayangkan. Dia bagi aku tempat yang berjumpa manusia2 sangat baik, selalu bagi nasihat,memanusiakan aku, mengenal Tuhan dengan lebih dekat, & kawan2 yang everytime susah senang dengan aku...ni lah mereka!!!! i love you ouls~



wani-maha-izza-ikin-ika


en.mat, lecturer Action Research yg bess giler.


ai mmg special one.depa suruh duduk kerusi VVIP.ahakss


girls kelas ai. budak laki tarakkk masuk


loveyly housemates.paling tinggi leha,jihah(hijau), umi(unggu), kak adah(hijau), ciksu(unggu), mas(pink).


candid hoiii...fatin tudung hitam,mas(pink), bean(bdk laki).















Monday 5 November 2012

Tamatnya 5 Tahun Setengah~

assalamualaikum :)

setelah lima tahun berhempas pulas di bumi barakah Terengganu, akhirnya hari ni aku dan semua pelatih semester 8 telah berjaya menamatkan exam dengan_____________.? wallah hualam, insyaALLAH berjaya..aamin~hehehe.sesungguhnya lima tahun setengah tu bagi aku bukan suatu jangka masa yang pantas ya adik-adik. eh, kenapa kak syu ni emo pada ini malam? itu bisa diatur donggggg. saja ja, nak ngetest penulisan setelah berhari-hari dalam exam buat penulisan skema...'salah satu...seterusnya...selain itu...selanjutnya...maka...walau bagaimanapun...' miahahahahahahhhhh....aku pun taktahulah guane aku punya exam.sudah lepas kan?lepas lah~tawakkal...jadinya,pada ini malam kami serumah sewa *kecuali kak adah kerana mengikut encik suami* telah berjimba-jimba di Aiz's Corner...cakap je berjimba-jimba.padahal duduk atas kerusi, order,tunggu order, makan, sembang, pulang.hah itu ja~bukannya bermain main skipping, melompat, membuat gallop, bagai. aku order nasi goreng daging merah.kolesterol takmau kalah,antara menu paling menambat kolesterol.air aku tak order sebab aku dah beli aiskrim twist 'colat & vanilla'. fffffuh, serius lemak rasa tak selesa, kerana bersesak-sesak pakat himpit dalam organ gua! apa boleh buat, rasa bersalah je menjelma.nak tinggalkan makanan,oh itu bukan aku.itu kufur nikmat namanya.dah order, tak habis.bazir.aku bukan orang kaya. makan tetap makan (",) mengikut kata *paru-paru*-bukan kata hati, makan lah wahai syuhada.esok kau berjoging lah sebanyak 17kilometer.auw wow wow wow.mana aku boleh topup exercise sebanyak itu? tengoklah,if esok tiada aral yang horizontal, aku cuba jelah cari aktiviti sesuai...hohoho...makanya dengan ini, saya ingin membuatkan airliur kamu-kamu semua menitis tap-tap-tap melihatkan aiskrim ini, dan nasi goreng daging merah. (padahal menu ni dh 800kali korang makan dalam idup ye dok).




  twist dik, jangan tak twist!

 
                                          nazzi gorengz daging merah~



Sunday 4 November 2012

...dan apabila semakin berubah...

assalamualaikum :)
 
 
lately, aku semakin perangai buruk, dan hodoh. yang aku sedar sgt 'obvious' ialah panas baran. sebab apa erk? sebab kurang iman kot...iman turun naik adalah benda semulajadi, tapi aku ni ha. dah  kenapa jadi mcm ni? tak boleh dengar something yang orang 'berkeceks-keceks secara kurang a___r' setelah orang bagi senyuman dan bercakap lembut dengan dia. opssss maafkan aku. terlepas meluahkan. tapi ni kan blog. adalah hak seseorang untuk bermonolog dalaman atau luaran, selagi mana tak membuatkan orang marah dan bertambah dosa..aduhhhh.aku tak suka perangai aku sekarang. letsego berubah! :'(    
 
 
If Allah says it's for you, the time will come...If it's not for you, then there must be a much better thing Allah has saved for you...
 
 
 
 

# Hutang Aku #


assalamualaikum :)


alkisahnya, aku baru balik dari Kelantan pukul 6 lebih, dgn k.adah n husband dia....tergesa-gesa tahap maria mauripan..tahukah kamu...bahawasanya aku telah mendapat bantuan dari Allah yg pada tahap Maha Dahsyat...syukur alhamdulillah.... banyak benda nk describe...tapi rileks semua. tarik napasss...cool okeh? dalam keadaan ngantuk, akan ku coba jugak menceritakan segalanya yg berlaku di sini. tak perlu cerita dan hebahkan pada semua makhluk, yg utamanya Allah lebih Mengetahui segala-galanya...mula-mulanya, mak aku call...cakap kakak aku dapat interview nurse. tapi sijil, transkrip, dokumen bla-bla-bla ada di kolej dia lagi..sedangkan nk interview 10november ni dah wei sayang-sayang sekalian. time nk interview, mesti semua kena ada kan? jadinya...tak lain tak bukan...aku yg berada di sini langsung takdak kenderaan, takdak saudara mara, terus la mintak tolong k.adah...memang malu n segan.sebab susah senang aku selama di sini dia segalanya boleh dikatakan, n kwn2 lain aku tetap x lupa~hari Jumaat malam Sabtu, kami bertolak blk Kelantan rumah kak adah, pukul 1. sampai pukul 3pagi. dah siang, dlm pukul 4ptg bertolak gi kolej kak aku. mintak semua2 dokumen n urusan yg tak langsai...hahaha....kolej dia dalam wei, tak mainla setakat kedalaman 2meter kolam renang ikan yg biasa tengok. dalam wei, dalam, dalam...hahah..bersungguh aku describe. yg takleh tahan, time kat kaunter tu, berlaku monolog luaran antara aku, dan staf depa...



Staf : eh, awok nok goni-goni nih, keno bayar dolu 100 yarr...

Aku : eh, yaka?

Staf : hooo lah..awok x tahu ko?

Aku : taktau..betui2 taktau...

sambil guna bahasa isyarat dkt k.adah kt sebelah aku.kak adah, lai lai lai, lagi 40hinggit tak cukup...muahahahhh...pecah peluh weh kalo time urgent kita tak spare duit. mana la aku tau.ingatkan balik Ganu dgn 60 hengget tu dh cukup kan? dgn sepantas kilat, kak adah berlari-lari 'mummy' ke arah husband dia. haha...lari2 anak tu slow, dia lari mummy sbb laju jugak kot.akhirnya selesai sudehh urusan tersebut.syukur sangat, Alhamdulillah....ni semua atas bantuan Allah. Allah hantar bantuan Dia melalui perantaraan 'hambaNya'. faham tak?haaa gitulah lebeh kurang. 


sob sob sob...syahdu satt aku rasa. takleh syahdu lama2...kang basah dokumen kakak aku sebab airmata aku fall down atas kertas tu. wuahahahahhhahahhhh....



sesungguhnya Ya Allah, takdir yang Kau ukirkan maha indah~setiap kesusahan ada kemudahan. setiap benda yang susah, pasti ada pertolongan Engkau hantarkan...aku tak mampu selesai semua benda secara sOrang diri...aku mesti kena ada kawan di sebelah yang ikhlas bagi sokongan dan bantuan tak berkira walau apa pun cara. aku sangat2 terhutang budi pada kak adah, mak ayah dia, n husband dia yang banyak sangat tolong aku & ada time susah senang aku. dah macam family aku. dari sekecik-kecik pertolongan, nasihat, & macam2 semuanya depa lah yang ikhlas bantu. dalam hubungan persahabatan ni, tipu la kalo langsung tak pernah sentap kan? tipu lah..tipu tipu..mesti akan ada kita terasa dengan kawan, sedih, atau apa2. 


tapi ingat, mak aku sentiasa pesan, kalo terasa, kecewa, sedih dengan seseorang, ingat! 1 kesalahan yang dia buat pd kita, sebenarnya ada beratus-ratus kebaikan dia pada kita, yang kita lupa. 

believe me, kalo kita baca kebaikan orang, insyaALLAH kita tak jadi marah. kena ingatkan diri sendiri, time susah payah, jatuh bangun, sakit dulu, masalah semua2, siapa ada dengan kita? kawan yang baik ialah kawan yang selalu mendoakan kawan2 dia dan hubungan itu akan bawa hingga ke syurga~kawan sebenar ialah yang ada time susah senang, bukan time senang saja. Ya Allah ya Tuhanku, makbulkanlah segala doa2 mereka yang berbuat kebaikan, dan makbulkanlah doa aku! huahuahua.takmau mengalah, nak jugak sebut doa aku. apa doa aku, ouh man....takleh gtau.malu makkk...ahaksss...salam alaik, till then~biiznillah (",)

Thursday 1 November 2012

alhamdulillah 1.11.12

assalamualaikum :)

lagi 2 jam nak injak ke tarikh 2/11/12....hohoho~jadinya jari-jemari ai ni kena taip laju-laju supaya tak tertangguh lagi.cehh..assignmen boleh tangguh dengan selamber-derk jeww~berblog berkarat ni takleh tangguh. takleh blah kauu nyah. okeylah, kalau sesebuah karangan tu ada permulaan, isi penting, baru penutup. tapi kali ni izinkan ai mengarang dengan bermulanya penutup. selepas penutup, baru masuk permulaan, diikuti isi penting. 









wuwuwuwu~alhamdulillah...terharu sgt2 rezeki ni. yelah...as a student, ai tak banyak duit nak bli tudung macam2. kalo nampak tudung lawa2, tengok saja ye. diulangi, tengok saja ye....hehohohoho....saja try2, kot2 menang alhamdulillah. tak menang, cuba lagi! tu pon kalo ada intenet, kalo xda intenet, duk senyap jelah nak (",) niat dihati bukan nak bangga diri, itu sesuatu yg keji. huhuhuhuu...sehelai Rm16, kalo 3 helai hadiah cik owner ni bagi, tak ke harga dia dh RM48..termasuk postage RM6, ha total cepat dgn mesin kira-kiri..gilerrr la hai tak bersyukur kot.cuma sedikit terkejut (1 % je), sbb proses meneraiii letak nama tu dengan tak sengaja. langsung tak harap. sbb org len lebey hebat dari ai. ok semua, selamat malam, assalam. 

p/s: tunggu akak owner pos tudung bawal comel, pastu pakai. silalah view & dapatkan tudung cantik2 dekat page  The Tudung Bawal. nampak tak, gambar si comel Umayr Khalis as my profile pic? huhuhu...budak comel ni menjadi igauan terindah daku...wehoooo~anak patung adorable ciptaan ALLAH.. :)