Monday 15 October 2012

# R E Z E K I #

ASSALAMUALAIKUM :)

Hye semua. hari ni aku banyak kerja sebenarnya. tapi biasalah aku, kalo serabut, jangan nak paksa mcm mana sekali pun. aku kena buat something yang aku suka, dah ada mood, baru aku akan buat. hehehe...kejam tak? tak kan....bila aku baca blog Izma, buat aku terpikir banyak. dia dah grad twinning programme IPG Melaka-UIA, dan esok kena daftar kat Kota Belud. aku pun tak tanya lah kat mana dia mintak posting dulu. ekceli, izma ni aku friend dengan dia since 2008 lagi time kegemilangan friendster. time tu, aku view facebook kawan aku, & nampak dia friend dengan kawan aku. fb dia masa tu memang unik, ada background tulisan besaq2, & everything about music. sampailah masanya friendster menemui ajalnya, dan aku ada facebook. aku cari la izma dalam facebook smula. yes, ada! aku add, mujur dia approve. tapi tak kisahla kalo dia perasan ke tak aku ni. semula jadi aku ni tak glamour, plus dia ramaiiii sangat peminat n kawan. hohoho...

whoaaaaaaaaa~banyak sangat intronya. ok, si cantik izma ni dapat posting Sabah, sorang budak MRSM aku TESL IPG Kota Bharu dapat posting Kedah, sedangkan dia nak sangat Putrajaya, area2 KL. sorang lagi senior aku posting batch dulu, IPG Johor, nak sangat Bumi Kenyalang. last2 dapat posting Kedah, siap dekat nak mampus dengan rumah dia. memang ulang alik duduk dengan amma dia.ish, rezeki la tu kan? pikir punya pikir tak kesudah, aku buat kesimpulan bahawa ini semua adalah 'r e z e k i' ye adik kakak. semua ni sudah tercatat dalam Loh Mafuz. kita tak sangka, tak mau, tak apa lagi ea..? tapi dapat. kadang apa kita nak, terus dapat alhamdulillah la. itu semua ketentuan. redha. situ rezeki terbaik untuk kita. macam yang aku penah cakapkan, mak aku sentiasa ingatkan aku, doa n solat penuh khusyuk, jaga hubungan dengan manusia supaya Allah makbulkan doa kita. tapi aku taktau la setakat harini hubungan aku sesama makhluk ok ke tak. kita tak mampu menilai dirii seniri dengan baik. senang cakap, aku akui aku banyak kelemahan, dan ketidak baikan~hewhewhewhewww..mak aku cakap, kabel paling besar, ialah kabel Tuhan. absolutely correct mak!


apa pun pendapat dan permintaan mak aku, itu yang terbaik difikirkan nya.pandangan dia, pandangan Tuhan. gerak hati dia, ilham dari Tuhan. hidup terlalu singkat, aku rasa tak perlu aku buang masa terlalu lama  hidup diluar kalo hidup dengan mak ayah ditentukan yang terbaik. aamin~itu yang aku nak. sampai masanya, aku rasa tanggungjawab aku pulak beri perhatian pada mak ayah. bukan setiap masa aku macam budak kecik, perlu diberi perhatian kan? 


p/s: Benarlah kata orang...hidup ini sukar untuk dimengerti...tiada istilah kegagalan dalam hidup...yang ada hanyalah pengalaman dan perjalanan menuju Tuhan...biar apa pun yang terjadi, Allah S.W.T sedang mengukir takdirNya yang terindah untuk kita...