Wednesday 31 October 2012

# Ending Oktober #

assalamualaikum :)

 yebba yebba~Oktober sudah habis.tapi tu bukan tandanya aku seronok. tapi semakin sedih.aku akan jauh daripada kawan2, akan posting sorang2 sebagai org baru dlm sekolah yang aku taktau lg macam mana, dgn warga sekolah yg aku taktau mcm mana penerimaan depa dkt aku. wallahua'lam. trima dgn redhOooo sajaaa..hopefully semuanya akan dipermudahkan Allah. bagi aku kerja lebih susah dari study. sure. atau tanya mereka-mereka yang sudah bekerja, ada tak penemuan baru yang menyatakan bekerja itu lebih awesome dari study? kalau jumpa, sure orang tu aku isytiharkan dia awesome lagi comel. kerana buat aku tekezutt sebentar~heheheheeeeeeeeee...yang pasti, hidup perlu diteruskan. ulang ayat ni kali ke 20,000.  paling penting...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Hati-hati dalam menjaga hati. Kerana dari hati lah penilaian dibuat oleh Ilahi 

Sunday 21 October 2012

aku dan mak ayah ke Mekah!


hai kak...cantik tulisan~tajuk pulak memang propa! hahahahhh...saja nk timbulkan spekulasi...Rabu pagi aku akan balik Kedah...alhamdulillah, jumpa mak ayah n family...raya haji..aku teringin sangat2 nak bawak mak ayah pi Mekah. maybe orang nampak impian sekadar impossible la. bukan senang. tp bg aku, tak mustahil.dengan kekuasaanNya, apa2 pun akan berlaku. KUN~kesian mak ayah...terlalu banyak pengorbanan, membesarkan anak2 and sanggup tangguh dulu impian suci nak ke sana untuk anak2~ :'( Ya ALLAH Ya Tuhanku, mudahkanlah urusan kami untuk berkunjung ke rumahMu...berikanlah kesihatan yang terbaik supaya kami dapat beribadat dengan sebaik-baiknya kepadaMu..aamin :)



NOTHING IMPOSSIBLE IF WE SEEK ALLAH'S HELP...

Tuesday 16 October 2012

# breakfast roti tempayan #

assalamualaikum...


selamat pagi folks..semalam aku tidoq pukul 3..3pagi la..3ptg tak perlu kita hebahkan..hehe...soalnya, tidoq 3pagi ka, 4 pagi ka, tak tidoq ka, keja tetap tak siap lagi..lambat sungguh awok eh! nk wat mcm mana, rasa tak puas hati n puas hati. adeiii..penyakit jugak ni..mangkit pagi tadi, terpinga pinga mengantuk n lapar..apa lagi, aku dengan muka tak malunya mintak sikit roti tempayan k.adah semalam. dia beli tapi tak sempat makan. maybe dia n husband gi makan kat tempat lain...atau maybe juga husband dia kata 

"syg, tak baik makan roti ni mlm2...kita mkn nasik".

logik tak korang rasa...ahhha. saja je reka dialog. pulun betul. makan dengan kuah kari kambing dan air milo..uuuuuh, enak tak terperi rasa...haha..thanks k.adah, love u so much...kawan yang jaga makan minum sejak 5tahun lepas...semoga Allah murahkan rezeki kamu suami isteri..aamin



Monday 15 October 2012

# R E Z E K I #

ASSALAMUALAIKUM :)

Hye semua. hari ni aku banyak kerja sebenarnya. tapi biasalah aku, kalo serabut, jangan nak paksa mcm mana sekali pun. aku kena buat something yang aku suka, dah ada mood, baru aku akan buat. hehehe...kejam tak? tak kan....bila aku baca blog Izma, buat aku terpikir banyak. dia dah grad twinning programme IPG Melaka-UIA, dan esok kena daftar kat Kota Belud. aku pun tak tanya lah kat mana dia mintak posting dulu. ekceli, izma ni aku friend dengan dia since 2008 lagi time kegemilangan friendster. time tu, aku view facebook kawan aku, & nampak dia friend dengan kawan aku. fb dia masa tu memang unik, ada background tulisan besaq2, & everything about music. sampailah masanya friendster menemui ajalnya, dan aku ada facebook. aku cari la izma dalam facebook smula. yes, ada! aku add, mujur dia approve. tapi tak kisahla kalo dia perasan ke tak aku ni. semula jadi aku ni tak glamour, plus dia ramaiiii sangat peminat n kawan. hohoho...

whoaaaaaaaaa~banyak sangat intronya. ok, si cantik izma ni dapat posting Sabah, sorang budak MRSM aku TESL IPG Kota Bharu dapat posting Kedah, sedangkan dia nak sangat Putrajaya, area2 KL. sorang lagi senior aku posting batch dulu, IPG Johor, nak sangat Bumi Kenyalang. last2 dapat posting Kedah, siap dekat nak mampus dengan rumah dia. memang ulang alik duduk dengan amma dia.ish, rezeki la tu kan? pikir punya pikir tak kesudah, aku buat kesimpulan bahawa ini semua adalah 'r e z e k i' ye adik kakak. semua ni sudah tercatat dalam Loh Mafuz. kita tak sangka, tak mau, tak apa lagi ea..? tapi dapat. kadang apa kita nak, terus dapat alhamdulillah la. itu semua ketentuan. redha. situ rezeki terbaik untuk kita. macam yang aku penah cakapkan, mak aku sentiasa ingatkan aku, doa n solat penuh khusyuk, jaga hubungan dengan manusia supaya Allah makbulkan doa kita. tapi aku taktau la setakat harini hubungan aku sesama makhluk ok ke tak. kita tak mampu menilai dirii seniri dengan baik. senang cakap, aku akui aku banyak kelemahan, dan ketidak baikan~hewhewhewhewww..mak aku cakap, kabel paling besar, ialah kabel Tuhan. absolutely correct mak!


apa pun pendapat dan permintaan mak aku, itu yang terbaik difikirkan nya.pandangan dia, pandangan Tuhan. gerak hati dia, ilham dari Tuhan. hidup terlalu singkat, aku rasa tak perlu aku buang masa terlalu lama  hidup diluar kalo hidup dengan mak ayah ditentukan yang terbaik. aamin~itu yang aku nak. sampai masanya, aku rasa tanggungjawab aku pulak beri perhatian pada mak ayah. bukan setiap masa aku macam budak kecik, perlu diberi perhatian kan? 


p/s: Benarlah kata orang...hidup ini sukar untuk dimengerti...tiada istilah kegagalan dalam hidup...yang ada hanyalah pengalaman dan perjalanan menuju Tuhan...biar apa pun yang terjadi, Allah S.W.T sedang mengukir takdirNya yang terindah untuk kita...

Sunday 14 October 2012

tips gigi dari seorang BUKAN doktor gigi.

assalamualaikum :)


petang ahad yang sangat panaihhh, dan tidak mengizinkan aku untuk berenang-renang di 'gigi' katil..heheh....sepatutnya habiskan dengan buat kerja. ini tak. selagi tak update blog, selagi itulah rasa kurang nyamann~ahhha. ingatkan makin nak habis study, makin 'yilekkk'. rupa-rupanya tak benar sama sekali, salah telahan ku....hihihi..padan muka, rasakan ke-complicated-kan hidup dengan urusan yg macam2...akhirnya, aku ambil keputusan untuk 'yilek-yilek' jugak kerana kalo aku tak paksa diri aku yilekkk, takdak nye masa nk yilekkkk..ceit. ayat tak agung sama skali. esok ada kursus gigi. aku ingatkan 'langut' depan doktor-doktor gigi saja..lagi sekali, jangkaan ku salah jugak. siap ada check gigi2 pulak kan. ah, risaunya aku.kang tak pasal2 koma 2saat doktor/nurse yang chek gigi aku. tau tak sebab apa?sebab gigi aku berlapis-lapis, tak sama dan saling bertindihan. paling menyerlah gigi taring, aummmmmmmmmmm mama rimau dengan gigi menakutkan sekali! tapi memang saaaaaaaaaaaaangat lama, the longest gila aku tak chek gigi. seingat aku, sekolah rendah umo 9tahun! . pastu, tak chek2 langsung.kira orait gak kan. paling kurang, bila kena chek kali ni, mungkin ada penemuan2 sangat bes. Eureka! jeng jeng jeng...entah2 esok kena chek gigi, ada penemuan pohon strawberry dalam mulut atau bahagian2 gigi. hahaha...tak pasal2 makan buah strawberry free korang semua. yukky. sorry2, ayat membuatkan hampa semua 'glidden'~hewhewhew...sebenarnya aku paling tak suka mengalami masalah gigi. tapi kalo dah jadi, nk wat gane kan? kalo demam, mkn ubat n jaga betul2, hilangla. kalo sakit gigi, moody seluruh alam akan berlaku. saraf gigi akan bersambung dengan kepala. otomatik sakit kepala juga akan berlaku bila gigi dh sakit.hihihi..mood x elok. nak senyum pun tak boleh. bila dah tak senyum tu, mula laaaa aku akan tention. hormon kot. once dah senyum, sebenarnya hormon kita juga akan lebih baik~


kalo bab2 gigi dan apa2 kesihatan pun, aku lebey suka petua orang lama...especially mak aku. mak aku memang pesan, setiap kali ambil wuduk, kena bersugi, atau gosok gigi. bukan setakat nak gigi bersih, tapi memang salah satu cara mata akan terang. at the same time, bila gigi kita bersih & wangi, malaikat akan ciummm kita time kita sujud, atau solat. ini cikgu aku gtau dulu2..kalo makan atau minum yang menyebabkan gigi bau, terus solat, malaikat tak cium kita nanti. hehehe....kena cium dengan malaikat tu barokah wei, barokah..sape tanak barokah? barokah ni akan dibawa sampai mati, atau dalam erti kata lain 'pencen kubur'. kebersihan, keindahan, keelokan, kebaikan  atas dunia akan dibawa ke sana....uewwwww~dulu aku rasa jugak buang masa je gosok gigi 5kali sehari, habis colgate aku je tak pasal2...berus aku makin menipis kot.kena ganti lain..hahahahhh..ini time aku kecik la. dah besar, baru nampak hikmah nasihat ni..mak aku ni, sebelum tido siap pesan, kumur dengan air garam, nak bagi gigi kuat.jangan ludah tempat2 kotor, macam tandas, bilik mandi, longkang...tempat syaitan/jin/bnda halus tu, kang tak pasal2 dia sumpah apa2 n marah, tak pasal2 gigi jadi bentuk oval, segi 5, heksagon ke....takut tak????heheheheh. hiperbola bentuk gigi...huhuuu..


banyak nasihat mak aku mengenai gigi dan kesihatan lain, dan lebih kepada guna benda tradisi. dari segi perubatan moden, yelahhhh...aku ada ramai kawan yang doktor gigi walaupun aku bukan 'doktor'..hihihiii, syahdu 1saat. kawan ni ada sorang baru grad Dentistry dari UM, dulu asasi sekali. Fatin Adibah yg cantik dan Islamic orangnya, banyak nasihat dan dakwah melalui fb. aku ada tanya dia pasal gigi. dia cakap, pegi klinik gigi cakap nak wat scaling.
 jangan kikis gigi, untuk nampak putih terserlah. kikis gigi ni haram. jangan ambil kafein, air bergas, dan orang yang merokok pun gigi kuning lebih teruk kot..hehe...tapi aku tak merokok la. dulu aku penggemar kafein yang tegar. tapi skarang dah insaf, sebab efeknya nanti gigi kuning, radang usus, n lemak lebih berketul susah cair..hahahah...tak leh blah punya efek. eh iyaaaa, serius tak tipu. budak medic n nurse sendiri cakap. tak kan diorang tipu aku kot.orang baik yg cakap dengan ilmu, aku sangat percaya..oh lalala~sorang lagi Mira pun baru grad dari Belgaum, India kos denstist jgk. dia cakap wat bleaching kat klinik. untuk gigi elok. tapi ni semua kos, you know cost? tunggu aku keje dulu lah kalo nak dapat rawatan terbaik. setakat ni aku amal petua gosok gigi/bersugi sbelum solat, kumur air garam, n guna berus paling lembut la.berus kasar pun penyebab lapisan pertama gigi hakis, gigi akan kuning...phewwwh, gila sensitipnye kau gigi! jadinya, berus gigi aku ni tak ubah lah tersangat lembut bulu berusnya, macam berus baby. hohohohoooo...lagi satu, jangan pakai arang, dan gosok. nanti lapisan enamel rosak, macamtu jugak sodium bikarbonat. jangan guna. nanti rosak gigi. selamat mengamalkan tips percuma tidak seberapa ini...hehehehe....





*aku yakin, mereka-mereka yang ada gigi secantik akan menggelapar kesukaan. however, mereka-mereka yang gigi tak macam ni pun sebenarnya kena syukur dan senyum banyak2 dekat orang lain~teheee




Saturday 13 October 2012

hampir berakhir

assalamualaikum :)

seharian intenet takdak, dari pukul 12 sampai 6petang. nak pengsan rasa..tapi tak jadi pengsan sebab my room yg sangat adorable itu nyaman. hahaahhh..sanggup puji bilik sendiri. tido duduk semua atas lantai. tak rajin lah nak pegi cari tempat berhawa dingin atau mana2 tempat yg jauh tapi ada elektrik. semua tempat minyak kawasan Padang Nenas tutup, sistem offline.akhirnya, pukul 5lebih camtu aku keluar ngan Leha my roomate. gi pantai. betul cakap orang, kalo hati yang tidak tenteram dan fikiran kusut, tengoklah beberapa perkara yang bukan saja dapat pahala, tapi buat hati tenang. antaranya,

1) Kaabah
2) muka mak
3) air laut
4) baby
5) haiwan

kalo tak silap la..kalo silap, please tegur ya. masa dekat pantai tu, ya ALLAH tenang taktau nak cakap. kan bes kalo mak ada.pilihan utama mestila tengok muka mak. cium dahi mak salah satu cara hadang daripada benteng api neraka. indahnya mereka yang dapat mengadap muka ayah setiap saat, pengalaman berharga! semoga aku jua insan terpilih untuk sentiasa bersama mak ayah setiap saat detik 'lepas ni'.. aamin~uhhh, ayat telus dari kotak hati nurani yang iklas.phewwwwh. 

pada masa yg sama, aku sebenarnya ada kesedihan yang takleh nak cakap. apa pun, Allah akan tunjukkan. aku yakin. 



p/s: when we believe Allah is the best planner, we shall give our best, and let Allah settle down the rest~ aku senyum bila ayat ni berjaya di hapal.dan percaya 100% setiap apa yg berlaku adalah ketentuan. pap pap pap pap bunyi tapak tangan pergi dari blog, untuk shut down aktiviti hari ini. hehe..




*gegurl gemuk yg hobinya suka eat-eat*

Friday 12 October 2012

touching pepagi buta~

assalamualaikum :)

sekarang jam aku menunjukkan pukul 3.23 pagiii...whoaaaaaa.mesti terkejut terkesima kalian pelik tengok tak tido lagi time ni. selalunya, pantang kot. time ni xkan pernah menghadap laptop...atau pun, sebulan yang lepas aku terpaksa 'meng INSOMNIA kan' diri ku. memandangkan kerja2 presentation tesis, serta penulisan tesis yang tengah kucar-hanyarrrr bak kata orang Tranung Kiter~ hehehe...dan aku tak sangka sama sekali, disaat aku sedang menulis entry ni, aku dah siapkan 98% penulisan tesis. lagi 1% aku las editing bahagian rujukan, dan lagi 1% untuk jilid yang memerlukan aku bersabar dari segi kewangan..hahaha...apa boleh buat, hidup perlu diteruskan.ayat ni lah menjadi semangat buat diriku, supaya melalui hari2 akan datang dengan tabah...chewwwwah, brapa markah bg untuk aku? dahla tidoq awal, dengan slumber bangun pukul 1.50 pagi, mandi-manda           (bukan di sungai atau pantai) pastu on facebook. bila on facebook pukul 2pagi, berapa kerat sangat umat yang online. sistem beramah mesra semakin decrease pada waktu2 sebegini~bertabahlah wahai hati. lepastu, tengok status Encik Marzuki, aku try komen...berani pulak kan....ngeeee...untuk pengetahuan anda semua, encik ni adalah penyelia tesis aku. dan lebih mencatatkan sejarah, satu-satunya 'guru' yang membuat pemerhatian paling lama dalam diri aku..hohoho..biasanya, setiap sem mesti berubah lecturer kan...ini tak, start praktikum 3 bulan, dan tesis semua2nya hampir setahun, aku diselia sepenuhnya oleh encik ni..err lupa nk catatkan dialog maya aku dan encik pensyarah...

 
Encik: hari siapkan kerja .tanda assignment pelajar. buat jadual waktu cadanga...susah woi. kemas meja biar cantik walaupun tuan meja kusut masai

Aku: syabas encik marzuki >.< hehe

Encik : tidorlah atau baca buku pereksa tak lama lagi

Aku :  ok encik, thank you...baru hendak bermula..hehe

Encik : jangan seksa diri.....awak masih muda jaga kesihatan..skrg 2.40 pg




huhuhu...aku siap bold dan large kan tulisan encik. untuk menunjukkan betapa prihatin nya my lecturer dekat anak didik dia...hoho..padahal bukan saya tak cukup tido encik, dah terlebih tido ni. baru bangun..dan lagi satu bagi aku...bukan semua benda n setiap waktu mak ayah boleh bagi nasihat & pantau non stop. adakala orang lain pulak yang ambik alih soal tegur n nasihat untuk kita. tambah orang yang jauh dari mak ayah, macam aku ni. mesti la kena bimbingan dari orang lain jugak. kita bukan manusia perfect, tak perlu teguran. kita manusia biasa yang banyak kelemahan, dan terlalu banyak yang kita tak tahu mengenai kehidupan. so, kalo ada teguran, nasihat baik2, terima n say Alhamdulillah, terima kasih pada yang menasihati. bukan semua benda kita akan dapat teguran dari Allah. kita bukan siapa2 untuk mendapat wahyu secara terus dari Allah. kita manusia biasa, yang ada perantaraan untuk mendapat teguran dan nasihat. fuuuu ngungungu...touching tetiba...stadard chartered lah kot. bila orang nasihat aku, aku akan sayang n anggap orang tu macam family aku. tanpa nasihat, kita tak jadi manusia. hahaaa ok bye, teruskan buat prosiding yang tak start lagi. esok malam dinner perpisahan, sure tak kan siap keja lagi. adoyaiii


Wednesday 10 October 2012

tragedi 9 oktober

assalamualaikum ;)

minggu lepas aku sangat mengantuk dan sangat happy. minggu ni aku takelh tido, dan sangat sedih~adudududu....lately semakin sedih, macam banyak ujian dan dugaan tidak djangka berlaku...wuwuwuwuwu..tacing mehhhh. aku memang kelat gila pegi kelas tadi. seminar KSSR tu aku nampak macam dh takdak makna. yang aku nampak muka mak ayah..Ya ALLAH, mak ayah...ni kah kehidupan? kadangkala lebih banyak kesulitan dan kesusahan daripada kesenangan yang diusahakan...dan subuh tadi, aku cuba mencari kekuatan. aku bangun awal konon buat keja.langsung takley fokus apa yg dibuat. google punya google godek godek, aku jumpa kata2 semangat yang bikin aku sedikit tenteram...apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan......dan nasihat mak ayah tetap nombor 1 bagi aku, walaupun aku kadang2 tak setuju jugak sesuatu tu..kena ingat, pandangan mak ayah adalah pandangan ALLAH, selagi mana tak berdosa dan tak syirik (",)



... dan masalah berkadar songsang dengan ilmu: Semakin tinggi keilmuan sesorang, semakin sedikit perkara yang dianggapnya sebagai masalah...Anggaplah Allah lebih 'besar' daripada masalah tersebut, dan berkuasa terhadap segalanya...masalah & tekanan yg dhadapi tak akan selesai dgn terlalu cepat, dan tidak terlalu lambat..biasanya TEPAT pada masanya..Smile, Allah Loves You 



tenangkanlah hati aku Ya ALLAH, mudahkanlah setiap urusan ku dan makbulkanlah setiap doa dan rintihan mak ayah ku~aamin 

Sunday 7 October 2012

--detik-detik akhir--

assalamualaikum ;)

uuuuhhhh, aku tak sangka sekarang aku berada hampir pertengahan bulan 10! wow, kenapa cepat sangat!!! tssk~pengsan. tak sangka dan tak sanggup bersedih nak tinggalkan kawan2 kesayangan, dan tempat yang banyak melakar kenangan dalam hidup (setakat ini).hohohoooo..Jumaat ni dinner untuk budak sem 8. dulu2 bila aku add facebook senior, aku selalu view photos depa. photo2 dinner, & macam2 aktiviti yang menggambarkan masa mereka semakin suntuk untuk bersama! ffffuh. ayat seram. pastu mula la...aku monolog dalaman sorang2...


"ish...sumpah sedih gila time nak berpisah. stakat kenal 5 hari tahan lagi.ini 5 tahun stengah...nanti2 aku mesti kena spare tishu at least 4bungkus."....


sebabnya, aku kan berhati tishu. mehehehehhhh..mudah menyerap kot..pantang tengok orang nangis, sure aku sambung punya la. dah nangis tu bukan tau nak stop. op op op opppaaa gangnam style~malu seyh.. kadang2 aku tak menangis untuk sesuatu situasi tu..tapi aku sebak sorang2...sebak tu akan terbawak-bawak untuk tempoh yang lama...ahaaaa. faham tak? i mean, aku akan terfikir, terkenang, imbas kembali kenangan itu. adeiii.susah tak jadi aku? apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan...masing2 kena bawak haluan. maybe jumpa lepas ni, kawan2 aku semua pakat bawak paling kurang 3 orang anak. aku? tak kisah...aku follow segala percaturan yang Allah tetapkan..hahahahhhh..slogan yang aku suka 'Kun fayakun' kan~hewhewhew..dan lagi sekali...aku berasa kurang faham dengan diri aku. kenapa time takdak kamera dulu, aku nak sangat upload gambar dalam blog. dah ada kamera, hampesss krampesss punya malas...adoyaiii...so, taknak kecewakan diri sendiri, aci lah aku upload yang ni je? daripada takdek langsung kan...hihihi....




p/s: esok kena mangkitt awai..buat prosiding. mati la aku kalo tak siap kena bahammmm dengan cik Fatin. huhu..dia baik orangnya. tapi bab2 kerja, on time baby! syabasss. bukan semua orang boleh jadi macam tu. tepok tangan 40 kali untuk dia...untuk dia..,sambung lagii lagu Najwa Latip. :) 

++ S A B A R ++









bismillah..pahat dalam hati, Dia satu-satunya cinta TERAGUNG..sabar..jangan cepat marah dan melenting (",)..Allah berfirman, faSOBRUN JAMEEL...sabar itu cantik...lebih tenang...seseorang itu tak dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji. 







Untuk mendapat apa yang disukai, berSABARlah menempuh sesuatu yang diBENCI. apa motif hidup yang dicari? Keredhaan Ilahi~

Saturday 6 October 2012

Jangan Jadi 'Pandai Songsang'

assalamualaikum :)

Bismillah, selamat datang Oktober! hehe...semangat nak update blog karat ini semakin membuak-buak sejak minggu lepas lagi, masa sibuk siapkan tesis. tapi sebab tak sempat, kita extend dulu. dah hantar tesis petang Selasa, pagi Rabu keesokannya aku dan junior2 ada kem di Kem Kijang Pengkalan Chepa, Kelantan. hehehe...see, bz tak I ni? wekkkkkk~sila menyampah dgn ayat ni.hihihiihi..kem tu mmg awal2 nya aku sikit pun takde rasa ikhlas nk pi...tp dh terpaksa, ikut jela kan. akhirnya, dh nak habis Kursus Peningkatan Profesionalisme ni baru rasa best...wahahaha, semangat yang tak dijemput tiba2 datang tak semena-mena. nantikan upload gambar2 tersebut ok! (macam la ada org nk tgok)


balik dari kem, aku tak rasa letih pun. sebabnya otak aku ligat berpikir mengenai seseorang. aku tak faham jugak dengan manusia ni, sesetengah jelah. bila dia rasa diri dia perfect, orang gurau 'tak kasar' pun dia anggap penilaian negatif. eh, tolong sikit 'encik kelapa'.kamu yang terlalu sensitif, terlalu skema, terlalu straight dlm kehidupan, teruskan jelah hidup kamu. jangan anggap gurauan orang tu sebagai penilaian negatif. jangan perasan sangat. ingat sikit, kita ni siapa di mata orang...orang lain tak hinginnn sangat pun nak buat penilaian kat kita. kita perasan lebih, sensitif tak bertempat. eiiii tolong. aku tak suka la..jangan anggap semua manusia 'pelik' dan 'berfikiran negatif' kat kita. perasan perasan perasan puiiii.


orang berkawan dgn kita sebab dia boleh terima diri kita seadanya..kekurangan dan kelemahan tu dia terima. so, """"KITA""" kita yang dikatakan manusia baik dan sensitif tak bertempat ni, kalo tak suka orang bergurau n melawak dgn kita, cakap elok2. tak payah la hentam orang bukan2. aku tak kan bagi chance. Allah suruh kita buat baik dengan semua orang. tapi Allah tak suka kita jadi 'bodoh'..jgn biarkan org buat dan kata lebih kurang...so encik Kelapa, gudbye~perasan lah sebanyak mana yang kamu boleh perasan, takdak manusia heran ponnnnnnnn...ok, sekian entry menyampah aku dekat encik Kelapa ni. tiada kaitan dengan kamu2 semua yg sangat baik dihatiku.weeeho~ (",)