Sunday 11 September 2011

++ketenangan++

                        assalamualaikum ;)


semoga Allah memudahkan urusan kita semua. ingat lagi..masa semester lepas, sorang pensyarah ni mungkin nampak reaksi setiap sorang student `beliau' yang dalam keadaan keadaan tertekan, sebab assignment sangat mendesak supaya tak rehat langsung ok. memang tak tipu lah, kalo menangis time tu apa pon tak dapat. tapi Allah mengutuskan 'seorang hambaNya' kepada kami yang sangat tention dan buntu time tu, supaya mengamalkan doa ni. nasihat pensyarah ni, tarik nafas dalam2, dan hembus, baca doa di bawah:


~YA ALLAH, MUDAHKAN DAN JANGAN DISUSAHKAN DAN SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN

dulu pernah..chatting dengan my motivator (tak tipu),my cute cauncellor dia cakap sangat tertekan dengan urusan kerja. orang atasan kuat bagi tekanan, tak pernah puas dan cukup dengan apa yang orang buatkan. saya pon kongsi jugak doa ni, sebab yakin dengan izin ALLAH, kita akan tenang selepas amal doa ni.


p/sإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
(al-Insyirah, ayat ke-6)