Friday 4 October 2013

Belasungkawa Posting~Part 2#

As Salam :)

Yeahhhh! Apa khabar orang kampung semua? (orang bandar taknak amik tahu)...
Ekceli, belasungkawa posting part satu yg baru di-post tu dah tulis terlalu lama, simpan dalam draft. Mujur boleh simpan dalam draft. Kalau boleh simpan dalam peti beku, nak jugak try simpan entry dalam peti beku. Agak-agaknya lah kan, kalo boleh simpan dalam peti beku entry ni, bila dikeluarkan nanti boleh jadi macam Nugget Tempura Ayamas tak? *wkwkw* serius sikit woi! Sebelum posting, ada jugak le satu malam tu... Saya bermimpi... Berada dalam hutan. Mimpi tu macam senyap2 ja... Takdak ler pulak cakap apa2 ka, kan... Bangun tidur macam, errr... Tak sedap hati lah. Takkan mimpi tu saja je kot. Mesti ada Allah nak tunjuk sesuatu, sebab kita ni manusia, mesti nak mimpi yang benar-benar saja kan? Dan...Tahukah kamu.... Sebelum tidur, satu perkara yang selalu diamalkan ialah aku mintak doa pada Allah...

Ya Allah... Tunjukkanlah aku mimpi yang benar saja. Yang akan memberi aku ilham dan petunjuk terbaik dari Mu... Jangan berikan aku mimpi yang merupakan gangguan syaitan dan sekutunya.Aamin~ 

Dah cek result posting, tinggai seminggu ja lagi kena laporkan diri kat Sarawak. Nah! rasa macam @#$%&*+ punya sistem pentadbiran! Tak menyusahkan orang memang tak sah! Hampes krampes. Dahla down tengah memuncak, sedih berkelodak, tangis esak kuat berteriak. Masa makin suntuk. Rasa macam takdak tempat pergantungan time tu. Cuma mintak Allah mudahkan urusan, hilangkan sedih. Dan makin dekat waktunya.. Aku harus pergi. Wuwuwu. sedih bhai...kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. siap kilat sabung menyabung lagi gittew~lemah gila. tapi malas nak tunjuk dekat mak ayah. Konon la kuat kan. dalam kepala memang ada beberapa perkara yang sedang dipikir, antaranya: *wah macam karangan mak nenek lagi*

1)Ala, aku mesti dapat area Kuching ni. sebab aku kan kos pendidikan khas. mana ada pendidikan khas pedalaman bro!
2) Sah! aku dapat bandar kot. pendidian khas tidak tercipta di pedalaman.
3) Barang keperluan makanan tak yah nak beli sangat la. sana banyak kedai. rilek sudah.

Flight ke Kuching adalah pada 2Julai 10malam. Ouh man. sendi aku sakit. jadinya, 1julai adalah tarikh melapor diri kat Hotel Empress Sepang.Masa di hotel, aku nampak family Wani tengah sibuk 'gugel' sekolah dia. Ayah wani dah call JPN tanya sekolah si anak. sedangkan aku, call berpuluh puluh kali tak tembus lagi. sabarrrr je. dahla sedih tinggal mak ayah tak hilang lagi. sedih baru pulak muncul. orang lain dah tau sekolah, sana sini pakat cari geng sekolah sama, PPD sama. aku? akhirnya, hati aku desak untuk wat taktauuu jerrr..Malam tido kat hotel, aku menangis sama-sama dengan wani. serius kenangan kot. dia dapat pedalaman 2, SK Nanga Nansang area PPD Song. dia sedih dapat pedalaman 2. manakala aku, sedih sebab taktau lagi dapat mana. orang lain cakap, call PPD Belaga. Depa ni ada nama cikgu baru untuk seluruh Sarawak. kiranya, kalo call bagi tau nama dan i/c, PPD Belaga akan bagitau kita daerah mana posting. call punya call, PPD Belaga cakap nama tak keluar secara rasmi. call PPD Tatau, PPD Tatau pon TAKTAU nama lagi! haha. bengang sesangat.call PPD Lundu, pon sama. amboi nampaknya semua PPD dalam Sarawak ni nak buat suprise kot. takyah nak suprise sangat la. dah banyak kejutan dalam hidup ni yang aku terima. lepasni sebarang kejutan jangan harap aku nak terkejut lagi. perghhhhh geram! 

okey, esoknya awal pagi 2julai, aku masih taktau lagi di daerah mana aku di tempatkan. tapi gerak hati kata jangan ambik tahu. go on ja. Yakin Allah akan mudahkan dan aturkan semua.Suaini classmate aku ni rajin le pulak call JPN sarawak. kata JPN sarawak, nama aku ada kat SK Lusong.Area Belaga. google punya google, tak jumpa sekolah tu dalam intenet! arghhhh ammak, apppakkk, help me!yang ada gambar air terjun macam Niagara fall tu.sah no need to suluh, aku kena naik bot! macam jeram killer lagi dah. Ya Allah gelombang kuat nak mampus seluruh badan aku. tapi muka aku still rilek konon. cehh.dalam duk makan kat hotel tu, ada sorang budak perempuan semeja dengan aku, makan sekali. dia dapat Belaga, pedalaman 1. Dia tanya dapat sekolah mana. aku cakap tak tahu lah. dia kata, kelmarin ada budak laki 6 orang dapat pedalaman 3 belaga. aku pon pikir la... mesti bukan aku kat situ. dah sampai 6 orang lelaki kat sekolah tu, apa pulak ramai2 nak hantar lagi ke sana. 

okey, malam tu flight ke Kuching 10malam. delay, jadi 11malam. sampai Kuching dalam 1lebih. sampai ja airport Kuching, bas bawak ke Hotel Margerita apa ntah. di hotel tulah aku menerima surat. tajuk nama sekolah tersebut ialah SK Lusong Laku. fine, takdak nama Nanga, Sungai,Muara, Ulu, Long. haha.. opkos aku terselamat la kot daripada sungai.

Belasungkawa Posting~Part 1 #

Salam Alaykum :)
Lama giler kan aunty  ni tak taip entry?mwahahaha...lama ouh...ingat senang idea nak datang mencurah-curah! kadang-kadang idea banyak, intenet tak dapat. kadang-kadang intenet kelajuan membunuh, idea pulak membeku dl hotak. apa-apa jelah. balik kepada tajuk asal, sebelum posting haritu bukan main rajin macam2 entry mengarut ditulis, nk luahkan perasaan terpendam konon~hahaha..kadang2 rasa lawak pon ada. yes, sebab ntah apa2 laaa aunty ni kan. penat tulis macam2, ada org baca??? ada aku kesah? ni bukan blog orang lain.hiks~

pada tanggal 24 JUN 2013 yg lepas, hari Isnin, as usual my friend and I pi joging kt Gunung Jerai. Mimi nama kawan makcik. tunggu punya tunggu posting, masih tak kunjung tiba. apa kata kita joging demi menghabiskan masa yg ada? orang lain joging tujuan nk kurus. ini nk habis masa. apa punya orang la.....balik joging, lebih kurang pkul 8lebih, saja keseluruhan nadi ni bagi arahan kepada tangan suruh buka laptop cepat2. sambil laptop tengah musing-musing loading, tiba2 ada call dari Kak Adah. bila henpon diangkat...

Kak Adah: Ada!!!! Mu chek loni. aku buleh Sarawak weh!
Aunty : Yaka??? kak adah tau mana???
Kak Adaha: aku baru lps chek. cuba mu chek.

makanya...dengan rasa separuh tenang, separuh menggelabah, separuh yakin dapat dekat, separuh lagi jiwa mengatakan aku akan dapat jauh. danggg!!!! chek punya chek sampai laptop mengeluarkan 'larva panas', sah! dapat Sarawak! perkara pertama aunty buat ialah telepon my uncle, 'Paklang'. time tu beliau kt skolah.

Paklang!!!! Kakcik dapat Sarawak~tolongla...dlm masa seminggu ni buat la apa pon, takmau piii sana...biarla keja sini gaji sebulan 5kupang pon, hati lg iklas keja!!!
nah, sentap kott pakcik gua time tu. tetiba tak bagi salam, ucap hello pon tidak. tau-tau mengamuk tanpa set induksi! bhahahah!!! sesi puju telah diadakan antara seorang Paklang dengan anak sedaranya menerusi telefon.

Sabar kakcik...mula2 ucap Alhamdulillah dulu. ramai lagi yg tak dapat posting. kena syukur banyak2...pi dulu, urusan pindah pa semua lepaih ni. jangan risau la..yang pi sana setakat ni semua balik mai.
wakakaka....macam tak makan saman je aunty time tu. rasa macam ikutla hampa semua-semua nak pujuk cemana pon. tak heran. yang penting tak mau pi tak mau pi tak mau pi, faham tak? hahaha....memang serius time tu menangis gila. rasa putus harapan. sampai terlupa, apa yang didoakan selama bertahun-tahun tak pernah putus, tapi Allah tak mengabulkan, sebab Dia nk bagi yang lebih baik daripada apa yang kita mintak. pffft~ time tu emosi sedih mengatasi segalanya. sampai nak suap makan pon tak boleh. terlupa. bahawa Allah yang memberi rezeki, kenapa perlu mempertikaikan nya? mak ayah segala adik beradik semua pakat pujuk la. seingat ingat aunty la...time umur 3-4 tahun menangis tu, time tu la  lassttt, kena pujuk. pastuh dah takdak adegan pujuk memujuk dah. tetiba umur dh banyak kena pujuk lagi sekali pulak.aisey men! time sedih emo tak terkawal camtu, ah pujuk lah nk pujuk sangat. ada aku heran? yg akan laluinya aku, bkn org lain. yg penting aku takkan pergi Sarawak!

*****bersambung part seterusnya*****

Sunday 25 August 2013

++ Ahad yg tak bes ++

Salam Alaykum :)


Apa khabar semua.....saya di pedalaman Alhamdulillah sihat~ mula-mulanya ingat nk mengotakan janji untuk update cerita pasal perjalanan hidup di pedalaman. tapi tak jadi la hari ni, sebab ada benda lebih penting untuk di update. entry ini lebih berbaur kepada separuh bengang separuh tak bengang, separuh marah separuh tidak marah, separuh nak tabuh separuh tak jadi tabuh. yg mengungguli carta ialah kena sabar~ haila manusia. dah jadi cikgu pun akal tak letak kat tempat sepatutnya kah? nak cakap dan luahkan sesuatu, profesional sikit. face-to-face kan lebih cantik~jangan nak emosi semua benda melalui facebook. yes, memang umum mengetahui itu facebook hang. suka hatila nak buat apa kan, masalahnya mengaibkan orang adalah sesuatu yang tidak harus berlaku kerana idea yang hang lontarkan itu adalah tidak semua betul.lebih menjurus kepada memalukan orang tau tak. tahukah anda, bila anda buat tindakan mengaibkan orang adalah satu perkara tidak baik? walaupun aku sendiri tidak baik mana dan tidak perfect, tapi aku dapat bezakan la sikit-sikit. mana yg tak boleh, mana yang boleh. awalnya nampak okey. sekali mengungkit habis! dangggg!!~ tekejut aku dengan lagi kawan2 sini. hokeyla...kami semua anggap ini salah kami. tapi ingat, jangan mengguris hati mereka yang sedang diuji Allah, jangan sedihkan mereka yg sedang belajar erti kehidupan. jika kamu lebih perfect, silakan bertindak dengan lebih realistik.bengkak otak aku dibuatnya. dont worry baby. 'kami' takkan marah, takkan sound, takkan bertindak kejam. ini cuma entry luahan paru-paru. sekian, luahan dari pedalaman~

Wednesday 21 August 2013

-- rindu --


assalamualaikum.....

hampir dua bulan aku tak ber-blo! argh...rindunya.....walaupun bukan ada orang baca pon!. tapi life aku banyak berubah. Allah...bagi lah aku hikmah yg besar di sebalik semua ujian ini, aamin...insyaALLAH...

p/s: doakan kakak saya selamat dalam pembedahan hari ini...
(kak Maizatul Akma Jamaludin)

Saturday 22 June 2013

**doa dan harapan**

assalamualaikum....

dengar dari banyak sumber, 25Jun ni tarikh cek posting! dang!!!~ agak2 lah kan...kat mana aku dapat? sememangnya impian aku dari dulu...nak posting paling dekat dengan rumah, nk duduk dengan mak..hati aku tenang, bahagia, walau aku tak punya elaun pedalaman! cukup puas bila boleh jaga mak ayah & tengok mereka setiap waktu....sebab dah lama sangat aku duduk luar sejak umur 13..masuk asrama SMK Seri Badong, MRSM Kuantan, MRSM Pendang, UM, IPG Terengganu..jadinya, bagi aku Allah tu sangat lah pengasih dan penyayang...aku yakin dengan hikmah semua ni...

Friday 21 June 2013

##PELIKS##

Ya Allah Ya Tuhanku....bagilah aku posting paling di Kedah....huhuhu..dah lama kan doa n usaha, tak kan la Allah tak dengar doa kita...Allah tu Maha Penyayang...ish, risaunya..

Friday 14 June 2013

++ yeayy ++

gambar konvo dah sampai..yeayy!!!! ingat senang ka aku nk bergambar dgn mak ayah aku..ayah aku ok,telebih spoting mik gambar siap ajar anak-anak posing lagi..manakala emak aku,jenis yg tak suka exposed...hehehe..malu sangat makkk ittew~hehe


Wednesday 12 June 2013

kosong

jiwa aku kosong. menantikan sesuatu...Ya Allah, sampaikanlah aku berita gembira setelah sekian lama aku dirundung duka...sesungguhnya hati ini milik Allah, tersenyum saat gembira adalah biasa...tapi, tersenyum saat ujian menyapa itu luar biasa...

Tuesday 21 May 2013

++ kita hamba ALLAH, bukan hamba manusia ++

sementara menunggu solat isyak tadi, saya sempat view satu cerita mahasiswa sebuah universiti. beliau bijak mempertahankan agama Allah,melalui bahasa lembut yang Allah ilhamkan kepadanya...mahasiswa ini berdepan dengan keadaan tersepit, dia dilarang tegas untuk menanggalkan niqabnya jika ingin mengikuti kuliah bersama seorang pensyarah. Ya Allah..adi ini muda pada aku. tapi dia sudah ada bakti pada agama Mu Ya Allah..macam mana aku...baca sini~







Monday 20 May 2013

++ servis menduka ceritakan gua ++

malam ni takmau cakap banyak. cuma nak bising sikit je. paling sikit pon,3perenggan lah.okey kot. beberapa bulan yang lalu, aku telah bekerja part time. apa yang dijanjikan,ialah gaji dibayar sekalogus.maknanya lebih kurang 3bulan,gaji sekali harungg la dapat. bila dah habis kerja, okey la gaji tak masuk terus. tak kanla aku nak desak depaa semua suruh cepat buat kerja, nampak sangat macam aku yg tak sekolah. oh no, jangan tunjukkan adab kita pada orang lain, bahawa kita ni sangat tak beradab. sedangkan orang yang tak pernah dapat pendidikan pon ramai yang baik,akhlak baik, tambahlah pulak orang yg pernah sekolah walaupun sekejap. tunjukkan sedikit rasa sabar, dan akhlak baik akan dicontohi orang lain. setelah 6minggu berlalu, gaji aku masuk. aku bersyukur sangat. tapi aku sedikit kesal, apa yang dijanjikan tak ditunaikan. aku kesian sangat mak ayah aku. dahlah nak konvo jauh,putrajaya kot. kalo putrajaya tu sebelah parking basikal aku okey. ni kos pergi balik semuanya lebih 300 kot. pastu pakaian nak protokol sangat. baju batik tak batik semua ada, kasut bertutup warna gelap lah,merepek meraban ja bagi aku. boleh tak?? boleh tak??boleh takk? selaku orang yg lebih tinggi kepimpinan nya daripada kami2 ni, cuba lahhh hampa mudahkan sikit urusan orang lain. apa ada pada pakaian yg terlalu rasmi?cukuplh syarat tutup aurat, bersih,kemas. lantak pi lah orang tu nak pakai kemeja tanpa tai ke, baju melayu n kain pelekat ke...aku kesian la, orang2 kampung tak kerja kerajaan, dah tua, nak jugak dia meraikan kejayaan anak2..kdg2 dgn syarat merapu diorang buat,boleh memadamkan semangat mak ayah orang ni semua.  hidup takdakk peraturan menyusahkan dan kucar kacir, tapi terlalu banyak peraturan menyusahkan, pon boleh kucar kacir. hoiii kamu yg bertugas sepatutnya bagi gaji aku. cepatla bagi aku gaji. aku tak sabo nk bli baju batik kat ayah aku, kasut bertutup mak aku. ingatt aku xreti guna duit ke?

Wednesday 15 May 2013

bicara posting 'D'

Assalam~

apa habaq mekeme² sekalian? insyaALLAH kita hari ini 'adalah keadaan terbaik yang Allah bagi'. nak macam mana lagi kan...just ucapkan, Alhamdulillah untuk segalanya Allah. ihihihiii..kawaii nyeww awark.senanye, ittew tark rajin pown nak nulis sini sebab nyeww ittew agark arr...bee-zee jerw~serius tak comel ayat macam ni, seolah-olah ayat mintak penampar sampai gagap!uhuhu...sebulan menyepi pasal posting dlm entry ni, hari ini saya dengan syukurnya tampil membicarakan isu posting buat sekian kalinya..memandangkan esok adalah hari guru, kenapa tidak mampu nak luahkan sedikit rasa terpendam dalam hati mengenai profesion 'murabbi' ini. ini hari. saya ada urusan seharian. urusan tersebut terpaksa dirahsiakan 'due to privacy content'. eh iyakah?okeyla....tiba²,tanpa disedari. soal posting terpacul keluar dari mulut seseorang. bunyi lebih kurang camni la..

kawan Xx dah dapat posting, sebab pointer dia tinggi.

dang!!!!!~statement ringkas tapi boleh mendatangkan pelbagai errr...err..pelbagaii...pelbagaiii...ahh, lidah aku kelu nak teruskan. 

saya segan nak explain panjang lebar. tidak mahu digelar ustazah jadian yg ilmu seliter, dah berlagak macam ilmu satu tong drum!nahh...wahai hati...kamu sedang diuji. bersabarlah. kalo tak boleh bercakap benda yang baik, diam adalah yg terbaik. pesan seorang hamba Allah. betul, ini adalah solusi terbaik supaya jawapan tidak merebak menjadi serius sehingga menimbulkan kudis kepada luka tersebut.bukan isu pointer yang menjadi fokus, tapi isu posting ye! ada stengah kawan, pointer tinggi sangat, tapi tak dapat interim lagi. stengah lain pulak...pointer ala-ala saya jelah.tapi dapat interim.ada yg pointer tinggi, dapattt la pulak interim. syukur alhamdulillah. itu smua rezeki dari Allah. Allah is Fair. isn't He? Allah Maha Adil. setiap rezeki dari Allah adalah adil, Dia tak pernah menganiaya hamba² Nya..tapi tak taulah pulak kan, kot la ada antara kita yang rasa rezeki itu dari manusia, memang tak kan rasa nikmat la hidup kalo asyik nak pertikai itu ini. semua benda nak kaitkan dengan pointer, habis kalo pointer tak cukup banyak, takleh senyum la?penat la idup cmni kalo semua benda perlu high-class baru nak rasa nikmat dengan tenang.cuba syukur nikmat yg ada, teruskan idup dengan usaha dan doa tak pernah putus. bukan kah itu lebih bai? daripada memberikan statement itu ini yang sebenarnya langsung tak betul. 

kita manusia biasa, yang tak terlepas daripada silap. tapi kan lebih baik bertanya dan cuba faham situasi orang lain, baru keluarkan statement. jangan anggap semua benda dari manusia. manusia usaha, manusia bagi, manusia dapat. sebenarnya, manusia usaha, manusia doa, manusia tawakkal, ALLAH bagi, manusia dapat. cubalah percaya... orang² korporat, individu berjaya, ternama, disegani, banyak ilmu agama, kaya raya, hensem cantik, sihat tubuh badan, hidup bahagia, itu semua Allah bagi. pinjaman. bukan manusia bagi. bukan manusia bagi.bukan manusia bagi. penilaian dan pemberian manusia jarang² adil dan  menenangkan. ishh...penat ahkak hengkorang bersarkastik di sini. nanti ada pulak orang cakap, lebih baik ahkak pergi melawat sarkas la. hahaha... selaku individu belum posting lagi, saya cuba ...

Be grateful. Keep praying. Sangka baik dgn Allah. Go on. Smile. Just smile, even if you fake it. "Fake it till you make it"

wallahualam~





Sunday 12 May 2013

++ vespa Umayr ++

Salam Alaykum~

fetang² cenggini ngantuk lak aii, nk tdo pon, Asar dah nak azan. jadinya, bukak laptop, tengok apa yang patut. yang tak pernah buat ai is vosan ialah meng-usha gambar² si Umayr anak kak Kelly ni. aiyakkk..jangan cakap gua ni tak sabar nk ada anak! memang hormon gemarkan kanak² ini datang tak diundang. Alhamdulillah, satu perasaan yang mariii secara natural wa cakap lu! mereka ini bagi saya adalah anak patung semula jadi yg lebih awesome/gorgeous daripada patung² kaku buatan manusia di shopping! ya, kerana mereka ni adalah ciptaan Allah yang sangat comel. bukan dibuat buat.hohoho...alahaiii..kalo boleh jumpa Umayr ni, mau ja saya amik belaa terus pon okeyh! setiap hari Umayr kena gomol sampai sesak napas~hew. dan satu benda lagi yg saya kongsi sama dengan Umayr ialah benda² yang agak retro..hehehe..stylo xmau kalah!


Monday 29 April 2013

selain Gwiyomi, benda penting ialah Government!

Salam Alaykum....


yeahhhhhhhhh...sekarang ni kalo buka FB, twitter, blog, TV3,TV2,TV1, smua cakap pasal pilihan raya.beli akhbar, Utusan, BH, Harakah, dll juga politik. las2 mau menonton full siaran cerita, banyak siaran TV9. bukan politik tidak penting. ia sangat penting. malahan berkait rapat dengan agama. ya, tapi adakalanya saya perlu rehat sebentar dari kancah pandangan politik dan mencari fakta hal lain juga. saya tidak kisah apa pun pandangan politik kalian, kerana itu adalah yang terbaik pada pandangan kalian. yang penting, kita jangan terlalu mengutuk pihak lawan, fokuskan pada kekuatan dan strategi parti yg kita dokong.ffffffuh! semangat tulis..ahakssss..dalam masa sama, jaga tutur kata,perilaku, jangan aibkan sesiapa. Mohon pada Allah...siapa pemimpin yang terbaik, doakan semoga individu tersebut mendapat kemenangan supaya mampu memimpin kita ke jalan Allah. Allah humma aamin~lagi satu, kita jangan memaksa orang lain untuk bercakap pasal politik secara TERBUKA. ya, secara OPEN (dalam bahasa Gurun)....jangan anggap mereka² dan keluarga mereka yang tidak menyebut pandangan politik secara terbuka ini sebagai kolot dan tidak mengambil tahu politik!  plis, jangan. anggap lah orang yang bercakap dan kongsi ilmu politik ini sebagai individu berlimu pengetahuan, sedangkan yang berdiam diri ini adalah mereka yang 'tidak mahu membuka peluang orang lain mamaki hamun sesebuah politik'. insyaALLAH..yg baik² itu dari Allah, yang buruk itu dari saya..maaf atas segala salah silap ambo~




Sunday 28 April 2013

apakah perkataan lawan bagi 'tak kenyang'?

ye adik2...penulis blog gonjeng ini sedang mengalami situasi di mana perkataan lawan ini sedang menerjah masuk dlm diri ku. ini tak lain tak bukan, kerana makan! hekhekhek....!bukan tak exercise, tapi saiz makanan itu jauh lebih besar daripada jumlah exercise. setiap hari rajin ja bukak page Buku Resepi, Mummy Ryan's Kitchen la, Kongsi Resepi la, mcm2 page..kadang2 tak cukup page resepi, siap guna makmal Google lagi, nk resepi. wah3, hebat kemain makan. itu hari ada BBQ kat rumah sepupu, dhla makan pukul 10lebih, balunn tak hengat seolah-olah tiada hari esok.ihihiihi...eh 10 mlm ya, 10 pg siang takdak masalah. lepas makan berpinggan pinggan, joging 1gung jerai. lepastu topup makan balik. ni kalau dietition atau nutrition, atau nurse baca ni, konfirm keciwa dgn sikap rakyat Malaysia seperti saya....ouh maafkan....~tengahari ni mau makan sotong pulak!unyamnyamnyamnyam..mau resepi, nah klik sini ya~ tapi harini saya tak pakai resepi internet, masakkkkkk ja apa patot, sama ada sotong masak kicap, atau sotong berlada. hins3 ≧◔◡◔≦



p/s: agak2 time makan tu, ingat tak saudara seIslam kita di negara 'sana' yang dalam kesusahan?

Sunday 21 April 2013

jiwa yang sendu~

salam alaik :)


whoahhh..tajuk serius mengancam. tapi sejak kebelakangan ini memang saya tengah mendesak jiwa yang sendu supaya menjadi madu. atas pertolongan Allah S.W.T, dan sokongan emak ayah. tak apa, jangan terlalu mengharap sangat kedatangan semua orang untuk membantu kita kessemuanya. ada kaki, jalan sendiri, guna kaki sendiri. Allah tak pernah lari, kadang2 kita je rasa sepi.. ;) biiznillah...





Saturday 20 April 2013

Kesihatan Gigi

assalamualaikum...


ahkak hengkorang ni memang pelik2. tetiba terjumpa kat makmal Google gambar kek-kek gigi. ada sesiapa sanggup makan tak? kot2 la, time kek dah habis potong lunyaii, nak start makan, tetiba terbayang 'gigi rongak'. dang~!!! sure la tak jadi makan kan...tapi kalo time perut serius kosong, ditambah pulak kek gigi ni keluaran Secret Recipe, confirm licin! 














*akhir kata, sebelum tidur, floss gigi, n gosok gigi*


p/s: doktor gigi bertaraf estet seperti saya...hehehe

Friday 19 April 2013

Renungan Jumaat: Mudahkan urusan manusia lain~

salam alaykum ;)



hari ni saya rasa Maxis agak gatal sikit. agaknya semalam Maxis tidur tak pakai kelambu kot, atau ubat nyamuk. jadinya nyamuk ketik, mula la nk gatal sana gatal sini. terbawak-bawak sampai hari ni. hehehe....intro punya panjang lebar, konon bes? bhahahahhh....saja ja nk cakap, Maxis ni tak pernah2 rajin send sms dkt saya, paling tidak 1sms=1mgu. tapi hari ni kan.....berpuluh-puluh mesej depa send. Mesej mau bagi hadiah kondo ka, Volkswagon ka, at least basikal fixie pon gua boleh maafkan lagi. ini tidak. mesej galak2 contohnya:

Tokyo uotbreak video...kalo bg lwtn p Tokyo percuma orait gak!

RM 3 video best..sorry la maxis, saya ni cerita sedia ada dlm laptop pon tengok tak habis..

Win bla3,,,,,,,if you top up RM xx.......top up sedia ada lani ponnnnn bapak tolong top up kan. apa you ingat I dah kerja ke?


konon-kononnya itulah jawapan saya. padahal maxis bkn tau pon! cesss~gEwWaM ItTew tAu TarK! pang pang, ayat mintak ___________. 


***********************************************************

okeylah, habis part merepek kat Maxis, jom kita start cakap pasal topik utama. saya nak kongsi satu benda. hari tu, lebih kurang bulan Februari, ada satu urusan yang sangat penting. kena sahkan sijil. Tapi yang bes *songsang* nya, dah setel urusan cop sijil dekat paklang, ada lagi benda baru kena print n sahkan. ok bes, Alhamdulillah..ada usaha gigih di situ. malangnya, printer pulak tak jadi. memang gelabah jugak la, dahla lambat sahkan, nahas la paklang nk bawak balik cop dia ke sekolah...benda tertinggal ni  selai dua ja..petang sabtu tu ikut ayah pi Guar Chempedak. masuk 1kedai cc ni, nk print kaler. takleh. Ok. terus pi Aneka Gurun, kot2 ada kedai boleh print. masuk ja, trus cari Hasani. tp Hasani punya cc dah dibubarkan. eh yaka?ok la. cari kedai lain. tengok2 ada satu kedai ni, jual hardware software tupperware. dalam hati..


"ni mesti boleh mintak tolong depa print kan selai, kaler. tak kisah bayar berapa".


masuk je dalam kedai tu, saya gtau la dekat sorang pekerja ni, nak mintak tolong printkan sehelai ja. dibayar ok. dibayar. muka adik ni (lelaki) mcm ok jela, hati saya pun sikit lega. tapi las2 dia teragak-agak, nak tanya bos dia dulu. ok la kan, dia staf, sure kena ada persetujuan majikan dia dulu. dia pun pi jumpa la bos dia, ala2 baya mak saya. perempuan. ok dia mai nak bagi jawapan...

" sorry kak...kami tak buat perkhidmatan nak print"

saya pon jawab dengan ton level 1. tau kan level 1 bunyi dia kuat ke slow mana? bhahahahahhhh...

"erm..tau, takdak perkhidmatan print. tapi nak mintak tolong sangat2.ada hal penting ni dik..takpa, saya bayar ok..."
kamu-kamu dan kamu. pernah tak rasa time kecemasan, perlu sangat bantuan orang? masa tu dh dekat 8 mlm. adik tu pn jawab:

"sorry kak...takleh print"....

sedangkan ada lebih dari sebiji printer dalam kedai tu yang memang depa guna, bukan untuk jual.ihiks.


saya faham. ayat dia bukanlah datang dari hati dia. cuma mulut. hati dia sebenarnya nak tolong.tapi sebagai manusia yang banyak benda tak baik diri sendiri, saya terkilan la jgk dgn insan yang bg 'arahan cakap tak boleh'...memang dalam otak kepala saya set

*otak di dalam kepala ya adik2, bukan kepala di dalam otak* hahhahahahah,


mesti depa bulih tolong aku nih..kecik ja pertolongan aku mintak. nk bayarm bukan free.lagipun bos dia golongan mak-mak, mesti sifat keibuan akan ada dalam diri. tambah2 pakaian sangat muslimah.~tapi tak rugi, husnudzon...untuk apa kita pikir negatif sedangkan dia pon manusia jugak.


tak apa, saya berlalu dengan rasa kuciwa tidak mendalam sangat.watlek sudehhh...last2, muka tebal setebal burger 10tingkat 'BUrger Abang Burn', saya singgah kedai kecil yang promote internet hapa ntah. Alhamdulillah, Allah mudahkan. adik kedai tu bagi print. hahaha....dahla bayar ikut suka, muka tak gamak punya.apa lagi, orang bagi, kita print banyak la...tapi ai is still humanistik lagi, bayar selai print RM 0.50!*wkwkwkw*


p/s: kepada manusia yang telah mempermudahkan urusan orang lain, saya doakan semoga anda semua dalam rahmat Allah S.W.T, semoga dimudahkan urusan anda beribu-ribu kali ganda dan dimurahkan rezeki..allah humma aamin :)





Mish u Umayr~

Wednesday 17 April 2013

apakah yang memuaskan hati kamu?

sila jawab...................


eheheheh...tiba-tiba ja kan tanya macam ni...sebenarnya saya dah lama memikirkan, mengapakah terlalu kejang untuk menulis di log ini..sedangkan banyak benda boleh cerita...rupa-rupanya, eksperimen olok-olok yang saya jalankan telah menjalankan satu penemuan kepada punca ini...puncanya ialah....




saya bosan design blog sendiri sebelum ini....


so, salah siapa?

takkanlah jiran sebelah yang patut dipersalahkan!



sudah tentu salah saya...


oleh itu, silalah ubah design corak biar menarik sikit..hahahah...bukan untuk orang lain pun, sekurang-kurangnya untuk mata sendiri...kalo lama sangat tak menulis, dikhuatiri suatu hari nanti saya terlupa akan huruf ABC. betulkah?

Saturday 6 April 2013

Sunday 31 March 2013

bicara posting 'C' :)

assalamualaikum :)

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberikan peluang bernafas hingga saat ini! Alhamdulillah, hari ni satu berita gembira saya dapat! berita posting..ya, posting...tapi bukan saya, kawan sekelas. dapat posting SK Pendidikan Khas Merbok, Kedah. Allah, Allah, Allah...syukurnya dia dapat dekat, dan cepat! huhuhu..malas nak ulas panjang dan komen macam2, He is fair, isn't He? jangan cepat marah dan melatah pesan pada hati..bertenang, bersabar, berdoa...setiap orang ada rezeki masing2 yang Dia tetapkan dah.



 
Yakin saja. Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak
 
kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain..
 
Teruskanlah langkah, walau seribu satu halangan menanti

 dihadapan.Tuhan sedang menilai segala jerih payah usaha

kita semua. :)


pujuklah hati, supaya jangan putus berdoa dan yakin dengan ketentuanNya...walaupun dalam hati ni, terus didesak dengan penantian yang penuh mendebarkan! whoaaa kaksyu, ayat hang killer bai! hehehe..habis, kalo tak bersabar, apa boleh buat? segalanya berbalik pada Yang Maha Mencipta..tugas seorang guru bukan setakat menghabiskan silibus kurikulum mengikut tempoh ditetapkan, tetapi dalam masa sama benda yang ditegaskan ialah menjadi seorang murobbi, muallim, muaddib, mursyid, & mudaris~ 

next paraghraph...eh, dah macam esei kot? hahah...hari ni adalah hari pertama Arif di sekolah baru. siapakah Arif? *monolog dalaman korang kan* hew2! Arif adalah student tmpat saya jadi cikgu ganti...kesian sangat, emak dia meninggal 15Mac lalu...17Mac, dia mai sekolah dengan SElamba-Duatiga lamba,

Arif: cikgu, mak dh tadak...

Cikgu: eh, mak hg pii manaaaaaaa...

Arif: mak mati.

Cikgu: hg ni biaq betoi Arif, jgn mlawak log-luck!

Arif : betoi cikgu.orang tanam mak pagi Jumaat,

Ya Allah, sedihnya dengar...smua wrga SKPL taktau langsung pasal ni. sebelum ni dia ada bagitau mak dia sakit penat. minggu depannya, cakap mak dia kena potong kaki, kencing manis. minggu depannya lagi, mak dia kena cuci buah pinggang. dan minggu ke-4 saya di sekolah, mak dia pergi menemui Allah..dia mungkin sedih, tapi taktau nk expresikan kot, perasaan dia.dalam diam,hanya Allah saja yg tau derita dia...sakit jantung kronik, ayah pulak strok,keluarga ayah dia yg jaga.dia dan kakak dijaga mak saudara di Sp. beberapa hari sebelum tu, sempat saya pesan pada dia,

'Ariff...duduk dengan makcik, dengar kata makcik na...jangan lawan cakap...doa selalu untuk mak...ziarah mak kerap2, mak pon rindu Ariff jugak'...


:'(



dia angguk. sebelum berpisah, 21 Mac lepas sempat ada jamuan ringan bersama dia.dalam hati terlintas, ada hikmahnya Allah jadikan dia hambaNya yang 'istimewa'...dia diuji macam2 dengan sakit sniri, ayah lumpuh, mak meninggal, kakak baru form 2. kalo dia normal macam orang lain, maybe dia akan sdih tak tertanggung & tak boleh lalui. bila dia keadaan macam sekarang, sekurang-kurangnya perasaan dia dapat sembunyi sikitt kot. setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya!




ooppagangnam style! skali skala shaking-shaking gambaq~!

                          
                             ~ariff yg depan skali ni, yang urus kcik~


Ahlan wasahlan April! smoga ada sinar bahagia bulan ini!

Saturday 30 March 2013

++feeling jap, konon-konon ada DSLR++

assalamualaikum :)

okeylah, entry ini agak syahdu sikit bagi mereka yang TIDAK memiliki kamera DSLR bagai seperti saya. muehehehe...pagi tadi tengok ada post mengenai macam2 pendrive comel. saya ingatkan ada pakej ini:

a) Pendrive Comel
b) Pendrive Murah
c) Pendrive Comel+Murah+Lambat dapat!


tapi rupa-rupanya sangkaan saya agak meleset sama sekali, kerana saya ditawarkan pakej D!!!!!! iaitu Pendrive comel+murah+cepat dapat+bayar kemudian!!!! hahahaha....rezeki2~time gaji tak dapat ni la semua benda kulihat sgt comel. adakah ini satu penyakit yang menyerang orang lain juga? serius saya sangat terharu, tapi takdak la sampai teresak-esak nangis mengenangkan baik benar hati budi si Eza ni! saya cakap kt dia, pendrive ni semua comel, murah, tapi saya belum gaji. sedangkan order akan di tutup 1tghri ni!!!! ouhh mak~dengan sepantas kilat tak ragu-ragu, Eza ni cakap:

"takpe...order dulu...guna duit saya dulu ye..dapat gaji nanti xpe byr"...

ni pendrive igauan order saya.jangan bangun tidur mamai2, ambik pendrive ni pegi tangkap gambar orang lain sudah. ini pendrive ye semua~saya order yg 8GB harga RM38. sebelum ni saya tengok 4GB pendrive serupa RM 40~!!!!


manakala, beribu ribu koleksi pendrive murah comel ni sila dapatkan di Halieza Eza Ali Al-Murisy. kalo boleh saya nak dapatkan semua koleksi comel ni, tapi apakah sangat maklumat yang saya nk simpan! walaupun otak saya adakalanya tidak dapat mengingati semua maklumat, itu tidak bermakna saya wajib membeli semua pendrive utk membantu saya~bhahahahhh...


manakala in ayat tacing iklas from eza~



ok, sekian..next entry, biiznillah!

Thursday 28 March 2013

bicara posting 'B' :)

assalamulaikum :)


sejak kebelakangan ini, cuaca di 'Mesia' makin panaihhhh....fenomena equinoks katakan...di mana matahari berada betul-betul pada garisan khatulistiwa..negara yang betul-betul berada pada garisan khatulistiwa ialah negara kita la! macam mana lah hari Kiamat nanti, matahari sejengkal dari kepala...
semalam nak update lagi, tapi disebabkan rakus melawat sepupu, mak sepupu, dan ayah sepupu di Sg. Badak, makanya update di-extendkan ke hari ini. hohoho...duduk rumah sepupu sampai 12mlm lebih, dahla melantak air manis banyak cawan, siap bantaiiii 2tin keropok kentang Potato~mautt banyak kolesterol. nama je ko-less-terol.tak less jugak, more sepanjang masa! ini bukan salah aku. tapi memang salah junk food tu yang terlalu banyak kolesterol. aku yang memakannya, makanya aku sekali terjangkit kolesterol. hahahahaaaaa.....dh kenyang, baru timbul rasa nyesal pegi lantak kolesterol. apa boleh buat, makan lah lagiii! okeyla, sebenarnya, petang kemarin aku dgn ayah terchenta ronda2 naik moto kt taman. pastu terjumpa pakcik Zali, bestfriend ayah, dia pon tanya:

Pakcik Zali: hang bulih mana posting???

Budak tak posting lagi: taktau lg pakcittt...orang panggil pi lah ngajaq...hihihi

Pakcik Zali : okey takpa la...sabaq dulu...keja apa yang patot...tolong ayah hang, sebab ayah dah lama keja & jaga anak2 dia dengan baik...

Budak tak posting lagi : betoii pakcittt...memang ni niat saya, nak tolong mak ayah sampai bila2~....

dalam hati ni, macam nak nangis 300km/j airmata meluncur laju! tahan2....watlek sudehhh..huhuhu....

malamnya pulak, pi rumah paklang aku...


Paklang : posting takdak bunyi lagi nooooo kakcik...

Budak tak posting lagi : taktau laa paklang...dengaq kata palin awai bulan nam ni. hehe

Paklang : ermmmm...tak pa la...budak sekolah paklang ada dari u, dapat interim. sabaq nooo..rezki masing2...


see? ni antara manusia yang bercakap dengan penuh hikmah, sentiasa menaikkan semangat aku! bhahahaha.....selalu mengaitkan soal kehidupan dengan emosi positif dan lebih menjurussssss ke arah mengutamakan Sang Pencipta! cakap soal posting ni, selagi tak posting, selagi tu lahhh isu ni hot. mula2 isu pilihanraya. maybe aku dan kawan2 akan posting lepas pilihanraya. pastu mai pulak dah konco2 Sultan Kiram-kiram tu kat Lahad Datu. okey, ada pulak yg cakap kerajaan tgh setel isu Lahad Datu. pas LD aman, baru blh posting KOT! tup-tup, minggu ni dengar pulak dah haiiii, makhluk Allah ni yang cakap dia nak tuntut hak ke atas Kedah! glurrrp! dia mengaku dia sultan Kedah fasa I. habis siapa sultan Kedah fasa II ? tak ubah macam pembinaan la pulak, ada fasa itu fasa ini. hahahahahhhh...aku tak putus2 doa, semoga negara kita terus aman damai, dan rakyatnya hidup dalam keadaan penuh keimanan terhadap Allah...aamin...soal posting, biarlah Allah yang tentukan. bukan terletak pada tangan kita, atau pemerintah kita, tetapi pada Allah. ya, this is Allah's Qadr! 


via Safiyah Layyinul Harir :

“Orang yg TENANG ialah orang yg melihat masalah sebagai 

ujian Allah.. Tidak mudah mengeluh.. 

Menerima kenyataan dengan hati yg terbuka dan cuba 


sehabis boleh utk senyum walau hatinya menangis..”

Insya Allah.




Tuesday 26 March 2013

bicara posting 'A' :)

assalamualaikum ;)


seperti biasa, hari ini kakak hengkorang akan cakap lagi soal posting.lagi2 isu posting. beriya benar nak cakap pasal posting. yo lahh...nak explain kat sumorang kang tak pasal-pasal orang cakap den tak sihat! kalo tak menulis kat sini, aiyakkkk..terbuku semacam je rasa~eh tak boleh, tak boleh...wajib kena blogkan perasaan berharga ini. muehehehe. tahukah kamu, bahawasanya aku ini sudah menghabiskan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu pada November lepas? ya. tahu tahu. sambil angguk kepala. ok, dah tahu, soalan lain pula. kenapa hang tak posting lagi? dangggg!!!~ benda macam ni lah yang menyebabkan minda aku terpaksa exercise untuk menjawab pertanyaan. bukan setakat aku, malahan pihak SPP dan KPM sendiri juga belum ada jawapannya. antara jawapan mereka adalah seperti berikut:

SPP: tugas kami adalah mengesahkan jawatan encik2, dan puan2 sekalian. posting adalah tugas KPM ya!

manakala bila KPM diserbuu dgn soalan posting, ini jawapan lazim deyouls~

KPM: erm...sila tengok web/portal dari masa ke masa ye. semuanya diupdate di situ.


*wkwkwkwwkwkw* jadinya, siapalah kami untuk 'suka-suka menempatkan diri' di mana-mana tempat yang kami sukai? itu bukan hak kami juga~errr..edit jawapan nampak? dah betul kan, kami orang bawahan, tugas kami mengikut semua arahan orang atasan.tiada arahan, tiada pelaksanaan. ada arahan, Alhamdulillah, I follow~psssst. tapi kan, since isu posting hangatttt diutara selatankan akhir-akhir ini, hati aku sedikit sebanyak dah jadi macam tisu cap XYZ yang sangat nipiss tu ha. menyerap tak tentu pasal! hahahaha. dah macam2 orang menyoal, dan menjawab yang lebih menjurus ke arah benda negatif. hott jugak denn mendengarnya. sabar2, Allah nampak apa kita buat dan cakap :) malas aku nak cakap kat sini apa benda yang orang mengata n cakap bukan2 pada kami yang tak dapat posting lagi ni. sekadar peringatan untuk diri sendiri jelah kan. bagi aku, benda ni kita hanya mentadbir. tapi, tapi! cepat atau lambat itu takdir Allah. setiap sesuatu tu ada lah kan sebab Dia dah aturkan, kenapa nak banyak sangat cakap benda-benda negatif? dah Allah kata waktu itu yang terbaik, bukan sekarang...aiyakkk...kamonnnn peeps, uols yang mengata itu ini, suatu masa dulu penah kan rasa onak ranjau duri dalam kehidupan...jadinya, adalah lebih baik doakan yang baik-baik untuk orang lain, selaku 'anak-anak kita' dan 'orang yang ditugaskan untuk mengajar anak kita'. please, jangan cepat melabelkan orang itu as itu, as ini....dia pointer rendah kott, eh duduk maktab pon menganggur jugak ka, maktab pon tak jamin dah lani noooo~ CONTOHNYA la kan...mueheheheheee... jangan buang masa dengan cakap benda negatif, lebih baik bagi nasihat dan doa ke atas kesejahteraan semua makhluk. serius, ai tark shukerr taww owangg yang shukerr ateww bendew-bendew negatiffff..itteww waserr nak sembur Ridsect jew at dyer, bia dyer pegi main jejauh.


nah, ayat selekeh yang mintak didenda ketuk ketampi 500 kali. betul-betul penegasan gayanya! bhahahahahhhh...

apakah tempat kita posting?

oloo...tak habis2 ura-ura...kura-kura dicelup tepung tempura, jadilah kura-kura yang berpura-pura. boleh macam tu tak? hari demi hari perutku makin senak menunggu penempatan posting. senak2 pon, makan makin berselera! ffffffffuh. ada macam2 brita mengenai posting, ada yang ckp hujung mac, ada yang ckp awal April. tunggu punya tunggu takdok apa habuk brita pon. jadinya, doa jelah dan doa jangan stop mudah-mudahan Allah mudahkan semuanya, urusan aku dan semua kawan2~ lagi satu, ada satu benda yang akan keluar keputusannya April ni. ffffuh, seriyauuu mak! Ya ALLAH, letakkanlah kami semua dalam tempat terbaik. 

Saturday 23 March 2013

S.A.B.A.R

sentiasa sangka baik dengan Allah dan semua makhluk. semoga yang baik-baik itu akan datang kepada kita, Allah humma aamin...sabar, kerana sabar itu sangat cantik. Fasobrun Jameel :)





Berkata adalah selembut-lembut lidah,dan hati jua yang sepayahnya merasa.

Walaupun kadangkala manusia lebih memerlukan pendengar terbaik,tapi mendengar apalagi menerima nasihat nyata jauh lebih baik.Usah terlalu dihakimi ‘siapa’ yang memberi nasihat,selagi nasihatnya mengingatkan dirimu tentang kebesaran Allah.

Percayalah,dia perantara dari Allah untukmu! =)


se lagi, untuk diri aku....ingat, waktu sng kita itu sebenarnya Allah lah yg mudahkan...jangan mudah lupa!

“Usah mempersendakan sesiapa yang tidak mampu melakukan apa yang boleh kamu lakukan dengan mudah. Ia mudah untuk kamu sebab Allah swt made it easy for you…”


Thursday 21 March 2013

bila hati yang berbicara~

                                                                   assalamualaikum :)


                           bila mulut tidak lagi berkuasa untuk berbicara 

                                   hati saja yang akan berkata-kata,

                                   pelbagai persoalan di kepala,

                                   namun tiada apa daya,

                                    aku hny berserah pada Yang Esa....


aku rasa sepanjang tahun ni aku diuji, sejak Januari hingga Mac kepala aku ligat berfikir macam2....aku cuba kuat, kerana di samping aku ada Allah dan hamba Allah yang sangat hebat semangatnya, mak dan ayah...Ya Allah Ya Tuhanku, dengan rahmatMu, bukak kanlah semua pintu syurga kepada mak dan ayahku untuk mereka memasuki mana-mana pintu syurgaMu, kerana mereka adalah hambaMu yang terlalu banyak kebajikannya kepada kami semua~aamin.


Ya Allah Ya Allah, aku risau sangat sekarang. tapi maintain buat muka sememeh macam takdooooooo masaloh~kerana aku yakin, di setiap kesusahan pasti ada kesenangan! (Al-Insyirah). Ya Allah, bantulah aku....sesungguhnya setiap masa, setiap nafas, setiap detik hidup dan mati ku, aku memerlukan rahmat dan kasih sayangMu tanpa henti. insyaALLAh, dengan kuasaNya, apa pun akan berlaku, Kun fayakun ♥♥♥♥♥♥


nak hilang jap stress, mohh kite layan page comel2~hehe 

tengok sini ye adik-adik comel 





comel sweet giler kan sandal mouse ni, macam tak sampai hati nak pakai. tapi kalo dah beli apa guna nya takmau pakai! hehehe...sandal ni pakai time bawak kereta mmg osemm la, boleh tekan minyak, brek, clutch dengan efisen skali, bhahahahhhh. harga dia pon comel gak r bagi orang tak keje macam aku, RM 70. hehehe

 
  ha ni lagi se! comel gila. bertutup. RM 85. kalo dapat, memang aku 'akan sampai hati' pakai ngaja gi skola. heheheh....bertutup warna itam, okeyh la tu menepati ciri-ciri etika pemakaian ke tempat kerja bagi kakitangan kerajaan. hehehe... so shweeet~
 

Saturday 16 March 2013

Aryaa Hijab ♥

assalamualaikum :)

hai gegurl semua!!!! hahaha....ekceli ai baru balik sekolah. sabtu2 ni kena ganti pulaksss kansss...tak pelah, jadi cikgu mana ada istilah rehat. keja lain pon sama takdak rehat. takdak benda mudah dalam idup....tadi ada sorang cikgu Prasekolah ni tanya pasal tudung Akel bidang 50 yg cheqq pakai...dia nk order. masalahnya dah habis donk sayang, yang ada bidang 60 ja...ouh kesian Kak Kiahhhh,,,,tak sangka pulak kan, ingatkan semua wanita yang berkeluarga  suka tudung EXPRESS SHAMISHA, main sarung-sarung je dah! siap......tapi kak kiah ni sama favourite dengan haku.! hahaaha...dia nk cari tudung bawal yg lebih sikit dari bidang 45. aku dh tanya kt Rayyan Haya', tapi depa tak bagi jawapan lagi....alamak, di saat gaji belum ada ni laaaa nafsu membeli memuncak! tak boleh membeli, kita 'belah' saja lah~huhuhu...serius tudung dia sangat awesome n elegan. tatau lah kan, len orang len citarasa...I want this mommy!!!!!!





p/s: labuh atau tidak tudung seseorang wanita bukan soal utama. yang penting, Allah kata kena melepasi paras dada....n setiap apa kita wt, mesti ada sebab nape aku wak getu, nape aku wakk gini...hehehehe

Thursday 14 March 2013

awesome cartoon

assalamualaikum....

hari ni aku tertarik dengan satu profile pict....agaknya akak ni mesti sama spesis je ngan aku, suka letak kartun as profile picture..hehehe...dengan beraninya aku tanya dia...heheheh



Monday 11 March 2013

Apa yang kita dapat itu yang terbaik~

assalamualaikum ;)



agak lama saya menyepi, kerana ketiadaan intenet.kalo ada intenet memang update kerap la jawapannya!ngeheehehe....banyak benda nak update diikutkan, kalo boleh basuh sebiji cawan pon update! hahaha...terasa rindu dengan ayat2 bahasa sejak tak mengaji.LOL. ekceli, saya masih belum dipostingkan lagi. senior dulu2 posting paling lambat bulan 2! okey, jangan merungut..sudah,sudah! ada la rezeki terbaik Allah sedang atur. think positive dengan perancangan Allah. sekian, kembali ke angkasapuri bersama Siti Murni Abdul Aziz~