Friday 30 September 2011

--babies--

                                  assalamualaikum ;)


petang tadi, saya dan housemate pegi open house yang pertama dalam bulan Zulkaedah~ahaaaaa...stiap bulan ada open house. and lagi bagus, kalo stiap hari ada undangan open house. nak 'tolak' permintaan undangan tu, kena pikir 10000 kali lah. boleh gitu?haha...


tadi kan, bes gilerrrrrrrrrrrr lah dapat jumpa ramai `babies' kat rumah open house. comel2 gilek. ada versi Korean and Arab. bes dapat pelOk ketat2 baby2 ni, cium taknak lepas, picit2 badan n pipi baby ni...dah lama rasanya tak pegang baby. bau baby tu yang penting. walau baby tu kadang peluh2 & tak mandi lelama mana pon, tetap wangi kan? aura semulajadi ada di situ...ada kawan pernah cakap dekat saya,  'golongan syurga' memang tak pernah bau busuk. baby kan takdak salah silap dosa lagiii...pfffffft~


nanti insyaALLAH gambar babies''''' comel akan di haplod. 




          sekian, entry terakhir September 2011.ahaksss...salam alaik

Wednesday 28 September 2011

.gerun.bosan.takut.risau.

                                     assalamualaikum ;)


sejak akhir-akhir ni, sangat malas dan bosan nak update entry baru. entah la...rasa macam takde perasaan..tetiba., lagipon, tujuan saya buat blog ni supaya dapat baca cerita n kisah orang lain dalam blog lain, yang jauh lebih sedih dan berat. daripada tu, semangat yang banyak-banyak boleh ditimba.boleh ke macamtu..? ah boleh la...


pastu semalam hujan lebat, ribut terok..sampai blackout dari pukul 8.50malam, sampai 2.45 pagi kot....dalam tempoh sepanjang blackout, sempat la siapkan assignmen sikit sampai bateri habis..pas bateri habis....ouh, taktau nak buat apa lagi..hujan ribut memang menakutkan.nak tido, macam payah-even petang tu rehat tak cukup. konon. huhuu..banyak sangat pikir kot...errrrr, serabut and malas nk hadapi situasi yang akan berlaku dua minggu lagi. malas sebab terlalu complicated.yes~tak nampak jalan yang ringan.


tadi kat kelas...kawan-kawan cakap pasal ribut n taufan di Filipina, yang meng-efekkan cuaca kita. ada jugak cakap pasal komet-meteor yang jatuh di Ghana. bencana ni walaupun tak di-research secara saintifik, tapi guna logik akal, memang ni tanda kiamat kan? setuju tak? kalau lah betol-betol kiamat akan berlaku dalam masa hari ni, esok, atau lusa, atau terdekat ni..saya lah manusia paling rugi..sebab terlalu pikir masalah dunia yang tak pernah berkesudahan, sedangkan amalan nk jumpa dgn-Nya ntah bersedia ke tidak. takut. sangat takut. sekarang, solusinya satu cukup. go~on dengan masalah yang ada. bertenang. hanya Dia penyelesai segala masalah. jangan terlalu bergantung harap manusia dapat selesaikan masalah. jangan terlalu leka kejar kejayaan dunia, belum tentu orang yang excellent dunianya, adalah ahli syurga. paling penting, and paling best berjaya dunia berjaya akhirat. ya, bukan mudah. memang payah. tapi tak salah kita usaha kan? usaha dan tawakkal, semoga Allah bawak kita semua ke jalan 'yang kita nak'...aamin..


p/s : peringatan untuk saya sendir :: dan kawan-kawan semua~

Wednesday 21 September 2011

.kehebatan alQuran.

                                    assalamualaikum;)


sebelum mata terpejam. oh pejam sebab tidoooo~bukan ke 'lain' okey? insyaALLAH...terrrr-baca lah pulak satu kisah, kisah mengenai keindahan alQuran.sebenarnya apa yang kita tau mengenai alQuran terlalu sedikit, &  banyak lagi yang kita tak tahu macam2 keajaiban berkaitan alQuran.~satu penemuan kecil adalah mcm contoh di bawah ::








Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala.







                                         
                                                      ~hold the Holy of AlQuran in our heart~

Tuesday 20 September 2011

~smile more even sedih2 serabut~

                                   assalamualaikum;)


entry hari nie nampaknya saya kurang iklas untuk hepi....ya betol..mengenangkan selepas balik dari Penang, saya akan menghadapi kerja yang banyak~ter-lalu-over-dos-banyak-sampai-rasa-nak-resign-rasa-rasa-nya ++ yes. memang hari ini saya sangat lah iklas menyatakan perasaan saya, bahawasanya saya agak malas nak jadi rajin.saya sangkakan semua kerja yang disubmit sudah setel menyetel. tapi meleset sama sekali sangkaan itu...astaghfirullah hal'aazim. kenapa saya mudah give up??? jawab3..jangan tak jawab. 



~kucing tido sehari 16jam. kalo manusia tido sehari 16 jam, boleh bertambah tention daripada sebelumnya~

p/s: smile more, and more. insyaALLAH..Allah will help us :)
                                         

Saturday 17 September 2011

++ edisi putus cinta ~

                                    assalamualaikum ;)


tempoh hari saya dapat s-m-s dari besfren yang crita dia sangat sangat sedih. sedih sebab putus cinta dengan lelaki yang paling dia kasihi.ecewww wah.ayat sedikit dramatis.hahaaah..okeyla.siapa yang dekat sini pernah putus cinta?cuba menangis kejap boleh? ok serius. putus cinta tu sedih kan,? ada ke orang putus cinta ketawa berdekah dekah.? cuba bagitahu sini, pastu kita ramai-ramai buat research dekat orang tu nak? pelik gilerrr lah kalo tak sedih hai. hihiii..sometime punya la sedih kan, sampai makan nasik pon, airmata jatuh dalam pinggan nasi melimpah ruah boleh jadi sup. sometime pulak, airmata asek takung je dalam kelopak, sampai mata makin rabun jadinya, seolah olah tak nampak peti sejuk yang tiga buah pintu-bosar gOdang.bukan saya, orang len ye~bhahaha...kena ingat, tu semua ujian Allah untuk hamba yang Dia sayangi. makin banyak benda diuji, tu tandanya kita makin dekat dengan kasih sayang Allah ye dok? iyeeeee jawapannya. 


letsego kembali kepada perbincangan tadi.kawan saya tu takdak blog.tapi saya tahu dia silent reader, and memang dia kerap view blog picisan saya ni. blagak mcm banyak sgt silent reader.padahal dia sorang jer. ehe.....saya cuma mampu tenangkan dia seboleh mungkin, sebab orang lain hanya mampu nasihat, yang melaluinya kita kan? kalo kita tak kuat, memang nasihat segala bagai pon kita tak kan makan saman. ini bukan salah sesiapa, soal perasaan memang semula jadi uuuuuu...saya berjauhan dengan kawan tu, tapi sempat s-m-s doa apa2 yang patot jelah kan nak ilang sedih, even`tho saya ni pon tak hepi mana-sekurang-kurangnya saya takmaO sedih noksssss...


 setelah difikir-fikir kembali, ada sebab Allah turunkan ujian kan. banyak hikmah, & rahsia keTUHANan yang kita tak tahu. cuma think positive, benda ni jadi atas izin ALLAH. kalo Allah kata jadi, jadi lahhhhhh..kalo Allah tak izin, macam mana pon tak jadi. doa lah atas segala sesuatu. jom kita amati kata-kata di bawah untuk memujuk hati yang sedih and berduka lara gara-gara chenta~ heh.




~semoga sinar untuk hari esok masih ada~sempat lagi letak gambar bear yang ada shining2.







Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



Sunday 11 September 2011

++ketenangan++

                        assalamualaikum ;)


semoga Allah memudahkan urusan kita semua. ingat lagi..masa semester lepas, sorang pensyarah ni mungkin nampak reaksi setiap sorang student `beliau' yang dalam keadaan keadaan tertekan, sebab assignment sangat mendesak supaya tak rehat langsung ok. memang tak tipu lah, kalo menangis time tu apa pon tak dapat. tapi Allah mengutuskan 'seorang hambaNya' kepada kami yang sangat tention dan buntu time tu, supaya mengamalkan doa ni. nasihat pensyarah ni, tarik nafas dalam2, dan hembus, baca doa di bawah:


~YA ALLAH, MUDAHKAN DAN JANGAN DISUSAHKAN DAN SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN

dulu pernah..chatting dengan my motivator (tak tipu),my cute cauncellor dia cakap sangat tertekan dengan urusan kerja. orang atasan kuat bagi tekanan, tak pernah puas dan cukup dengan apa yang orang buatkan. saya pon kongsi jugak doa ni, sebab yakin dengan izin ALLAH, kita akan tenang selepas amal doa ni.


p/sإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
(al-Insyirah, ayat ke-6)

Saturday 10 September 2011

--untitled--

   


              rindu kat mak :( tolonggggg...pening2..banyak masalah..everytime rindu kat mak. satu apa assignment pon tak buat! haduhhhh...kan best kalo dekat dgn family >.< nikmat kebahagiaan yang tak terkata..
            
              semoga Allah memudahkan segala urusan..aamin.


~luaran saya sihat. tapi dalaman siapa tahu?
                              

Friday 9 September 2011

ular! ular! ular!

                              assalamualaikum ')


dan selamat pagi Jumaat untuk semua..hehe..di pagi yang indah ini...euwwwwww...mula la ayat nak mengarut ni...hihiii..entry ni ditaip oleh saya di pagi yang redup2 dan tenang, sekadar nak ilangkan bosan, konon2 bosan-padahal keja mencanak naik selepas balik praktikum! fuhh..malas bukan kepalang. napa ntah rasa cmni makin menjadi-jadi lak haiii...


*malas ni malas.memang nak kena rasanya~





tadi dalam pukul 7.40pagi, keluaq joging agak lewat dh haaaa...sebab minum2 dalam keadaan santai dulu...baru lah keluaq joging2 sekitar kawasan perumahan ni.mula-mula awal pagi, tengok sunyi sesangat ok.macam tak yakin je nak kelaur sensorang.hehe. tak yakin la sangat, macam selama ni tak penah keluar sensorang kan? okey, ni bukan satu isu besar yang perlu dipropagandakan dalam dada akhbar ya! once dah keluar rumah, terus jelah joging kan. pastu, tengah-tengah joging, tiba-tiba TERtengok satu benda ni...makanya, saya pon bermonolog dalaman la time tu.yela, dah sesorang je kan.mana boleh monolog luaran, sebab nak cakap dengan orang lain memang tak patot la, kang dilabel sebagai orang tak betol. joging-ngan saya terstop! belek2 jap, macam comel je benda ni..belang-belang gituwwwww..


"bosar godang nyo la wei. hapo bondo nyo ni".


tetiba...dah stop & tengok betul2 baru sedar, kulit ular la!!!! 


"oooo pocot mak hang terpocot terbabas pelanting belang-belang pelangi"


okey tipu. melatah ni dalam hati jelah, memandangkan dah sedar yang ni kulit ular, baru tekejut.mujur tak terpeleanting ke jalan besar,dahla lori sampah lalu slow2.kang tak pasal2 terhumban dalam lori berserta samaph.huh, lambat betul sensor saya men-detect yang ni ular. siap belang-belang merah kuning lagiii...dahla besar panjang lebar pulak tu. memang sah la ni bekas ular salin kulit.sebelah tempat kulit ular tu ialah semak ok. pastu lari kencang gilerrrr wei, ada tak orang berani tunggu main2 lagi kulit ular tu. walaupon bukan ular yang berbisa di situ, tapi mesti 'ular asal' tak jauh dari situ, sebab kulit dia pon tinggalkan kat situ. eh apa ni ayat berkecamok. faham tak?


muka ala-ala rilek cool. padahal dalam hati macam nak miscall je kawan suruh mai amik kat tempat kejadian yang ada kulit ular ni.tapi henset tak bawak. halaaaaaa hai..cenggitu pulak erk? ouh man..saya memang tersangat la takut dengan binatang-binatang buas dan berbisa. tambah2 `ular'.  tapi kalo singa ke, harimau ke, takot tu, takot la kan.tapi takla setakot macam uuuuuularrr..sebab tengok harimau and singa ni saaaangat comel giler la..bulu dia cantik. tambah2 yang 'baby' tu, giler gebu lah.macam nak pelok2 cium gituuuu..anyonyonyo mucuk2 baby singa~eh, kang tak pasal2 mak dia datang baru tahuuuuu kot.


masa jumpa kulit ular tadi dalam perjalanan baru mula joging, tapi perjalanan terus jugak le kan. dah habis jalan-jalan patah balik, masuk je rumah, terus `google search'. cari doa nak elak daripada binatang bisa. letsego kita amal doa ni :)


                                 
tapi...kalo ada yang terkena sengatan biantang berbisa, amal selawat ni..insyaALLAH everything okey, Allah akan bantu dengan izin-Nya.aamin.



Tuesday 6 September 2011

RAYA part 3 ++

                                  assalamualaikum ;) 
  
                            | mood ayat konon2 terer Penulisan |


ni dah part 3 kisah raya...mesti orang yang terrr-baca ni tertanya-tanya bilakah mau habis ceritaku ini...hehe...nevermind.baru-baru ni, masa raya keempat, terkejut jugak.tengah sembang2 dengan my besfriend yang mai beraya, tetiba dapat call dari sorang junior masa kat SMK Seri Badong dulu.dia cakap nak mai..hm...junior ni suka buat lawak, maybe nak surprise lah tu.ikut lah.nak datang, sangat dialu-alukan.kalo tak datang pon, tak kisahhhhhhhhh...dah lali dengan lawak2 yuols~hihihii..antara adik-adik terhormat yang disayangi yang mai rumah ialah cik Zieda, cik Diana, serta rakan-rakan mereka lagi 2, 3 orang jelah~dahla makan bersemangat kot.itu saya suka..tak sia-sia saya memasak dengan banyak, dan selepas tu...mereka ini semua membawa saya berjalan-jalan ke rumah Meme. bunyinya `Mimi' okey..bukan `Memey' cik pelakon kita tu..kat rumah cik adik ni pon saya melantak mi kari dengan banyaknya~sebab lepasni saya sudah tahu, saya akan rindu dan sediit penyesalan kalo tak makan semua2 ni dengan lahabnya.btol ka ejaan cmni?? oh sangat pulun di situ~jangan lebih2 sudah makan2 tu..ALLAH tak suka! haha..


lepas balik dari jalan-jalan ni semua, terus rasa nak mik gambar walaupon muka berminyak-minyak, bibir berminyak bagai. dah rasa blog ni takderrrr reader kan, tak kisah la..walaupon ibaratnya seorang budak kecil bercakap sorang diri, itulah saya sekarang~hehe..so, letak jelah gambar jerawat-jerawat yang tidak di hedit lansung. no hal la. no viewer barangkali.okeylah, sekian dulu entry saya untuk Raya Part 3 ni..
syukur Alhamdulillah Ya ALLAH, yang memberikan saya kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang Aidilfitri bersama keluarga,& semua orang di sekeliling. babai,salam alaik. 










      *muka minyak, bibir minyak2, menggunakan kamera yang tak perlu minyak


p/s : baju warna mcm di atas, sedangkan tudung hijau? ada orang cakap saya buta warna..heyyyyyy tolong sikit! dekat baju ni, daun dia warna hijau kan?jadinya, tak kisah la nak sesuaikan dengan warna apa pon kan, either pink, yellow or green..hehe

Monday 5 September 2011

RAYA part 2 ++

                       assalamualaikum ;)


skrg ni pukul 3.46 petang..sedap je kn duduk rehat2 depan laptop...tetamu baru keluar dari rumah..harini memang dari pagi-full lah katakan...menu utama : bihun sup..hehehe,,,di kala kesunyian ini..tetiba teringat pulak kenangan raya tahun2 lepas..nostalgia raya 2006 agak kurang bes. time tu baru masuk Universiti Malaya..musim raya 2006 tak disambut dengan hepi, memandangkan pelajaran masa tu tak dapat dihandle dgn baik.tak dapat skor.ujian semester 1 kt UM asyik failed je.rasa betol2 takleh follow studi untuk kos Sains..masa tu foudation in Physics. jujur ingin dinyatakan di sini,saya langsung tak minat untuk melalui aliran Sains.waktu SPM dulu skolah asrama penuh, kos Sains Tulen pon, cukup2 makan je.sipi2 lagi nak kebaaaaabommm! tapi syukur, saya selamat kerana doa mak ayah & guru2 lah keputusan exam tu masih dikira agak2 okey..huhuu..jadiknya, masa foudation kt UM tu dalam kadar keterpaksaan la..lepas SPM, tu ja tawaran yg dapat. kot2 la dapat aliran Sastera kt mana2 universiti, tak dapat jugak.terima jelah rezeki yg Allah bagi, tanam azam kuat2 untuk struggle Sains, pastuh ikut dan la nak jadi apa pon. yg penting nak lulus syukur sangat2 dah.tapi start first ujian pon dah failed, macam mana nak lulus? dahla raya makin dekat.persiapan raya tak layan langsung, ujian tak prepare. tekanan emosi ala budak-budak gituuu..hihiii..time raya, memang langsung takdak mood macam orang lain.rasa macam apa ntah nak cakap.tapi gagah jugak untuk terus study, walaupon kebarangkalian untuk lulus adalah sangat3 tipis, ibarat kertas senipis 0.0000000000000000000000001 pikometer.bhahahaaaa...over!


raya 2007 pulak, first time raya sebagai guru pelatih, maklomla..budak baru masu maktab perguruan katakan.time ni rugi tak snap gambar, simpan buat kenangan.percaya atau tidak, raya 2007 sangat membuktikan saya seorang atlet bertaraf estet..jangan tekezut yuols~serious..masa foundation kat mktab, kelas I ni Pendidikan Jasmani  ibarat major course la..stiap hari joging2 kat padang 6 round.siap ada gimanastik lagi..fulamakkkkkk..kalo letak gambar kat sini, semua tekezut sampai berterbangan la hati pedal jantung bagi.tipu...hihii....tapi memang hitam.sangat2 hitam..walaupon sekarang tak cerah mana, tapi dulu lagilah hitam...tak sempat langsung pakai2 bedak, pakai2 lipgloss, baju kurung macam takdak je, asyik2 pakai t-shirt..muka burn Ya-Robbi~tapi bes sebab sangat la kurus...everyday lari-lari enam pusingan padang, tak kanlah tak kurus hoi. >.< semua rakan handai, yeke btol ayat ni..yang mai rumah, pakatla teGoR budak sorang ni...kenapa la hitam legam macam tayar yang hitam, dicelup lagi ke dalam pencelup hitam bagi pekat.ok lawak muka time tu..senyum2 selenga gituwwwwwww..hehe


raya 2008 pulak, sedih menjngah jua tatkala saya disahkan secara tak rasmi mengidap satu penyakit kanser. huhuuu..awal2 tu makan pisang, rasa sakit & panas sangat badan...balik ja rumah, berubat cara kampong, semua cakap nak 'jadi kanser'...aduh,....sedih bukan kepalang hai...las2 jumpa pakar kat klinik...bukan kanser...cuma kotoran nak keluar jelah...alhamdulillah..hehe


raya 2009 sangat bes! tak boleh nak describe kat siniiiiiii...waaaa..bes3...:)


raya 2010...emm..boleh la kan...seronok yang agak suam2...sebab raya dengan family...tapi saya pulak kurang merayakan..rugi2..melepaskan peluang yang jarang2 berlaku~huhu..apakan daya...


raya 2011~alhamdulillah..seronok yang bersangatan~sampai tulis entry ni pada 1September, tapi 5September dah sampai pon tak pos2 lagi..raya sakan nampaknya..sampai terlupa n cuai nak letak penulisan yang serba gonjeng ini.ah, kecuaian ini tidak membawa padah! hihiii...bes sangat2..sebab tak payah keluar jauh2...semua fmly dgn sdara mai raya di rumahhhhhhhhhhh..sampai kena buat ketupat '3kali' ok? tak tipu...sekali buat ketupat adaaaa la dalam lebih kurang 3 kilo.alo tiga kali buat?hehe...youls darab sniri la, budak bijak mesti pantas berfikir dapatkan jawapan~hoyeyyy...ini lah muka yang sangat peluh2 and macam ladang jerawat gara-gara asyik sangat memakan makanan yang banyak faktor minyaknya.hei, ayat apakah ini?letsego terjah gambar 'saya yang comt'..kakak saya tidak comot.beliau cantik lah~saya bukan nak 'kipas' beliau atau mana2 indvidu, tapi pujian itu harus ikhlas dari hati nurani yang telus, agar tidak dinamakan menipu.ok stop karangan di sini.jom3..hehehe...


                             *kakak yg biru.adik yg hijau.
                             *kakak yg kurus, adik yg gemoks.
                             




ok lah yuols sekalians.sayas naks stops lahs...dah Maghribs nis..salam alaik ;)


p/s : entry ini ditaip pada 1September.tapi terlupa nak publish.kan dah lari setting.kalo tak, setakat 5 Sepetember hari ni,mesti dah siap sampai entry 'RAYA part 100++ kan'