Friday 27 July 2012

# menu hari ni #

lama tak hapdet blog ni.makin berkarat kian usang jadinya. heeeeewh~ petang ni rasanya nk berbuka dengan ayam rempah, n sayur apa2 pon. kuah dah ada yg semalam punya..hakhakhakhak yg semalam tak tahan. tapi masih ok, watpe bazir. masak ok. sakit kepala je nk g bazar orang ramai2 camni, kang pengsan tepi kawah gulai kat bazar tu. sapa yg susah?

Saturday 21 July 2012

# Petang yang Hujan #

assalamualaikum :)
 
oh yasshhhh alhamdulillah hujan. lebat sekali. tadi panas tak terperi. maknanya, petang 1 Ramadhan ni hunaj rahmat mencurah-curah walaupun dalam masa yang sama aku pon terpikir gak, camana nk cari makanan? aku nk masak, nk kuar kedai lah maksudnya...wuwuwuwu~ingatkan petang ni nk makan sambal tempe. tapi dah hujan takpelah.hujan kan rezeki n rahmat jugak. bila dah hujan n lebat bergabung, jadilah hujan lebat. Allah humma soyyiban naa fi'a. justeru, aku akan masak nasi putih, kuah sambal, dan serunding saja.huhuhu...khas untuk si leha n jihah jugak. jiran2 ramai yg takdak ni, membe umah sebelah pon balik kampung, even housemate pon balik kampung. tolonglah. I really freakingshit wanna go home :( kalau petang-petang ni bukak puasa di rumah sangat lah heaven. aku dan mak akan masuk ke dapur pukul 4.45 petang. sampai 6.45petang. apa benda yg dimasak pon taktaulah banyak sangat. I really miss mak kesayangan and encik ayah yang cool. kalau kat rumah, 1juadah pon tak kan dibeli, maybe sbulan puasa tu, sekali dua saja beli.itu pon kuih, atau nk rasa air yg pelik-pelik sikit.pelik tapi still halal.heeeewh~ kalo kat rumah, atur macam2 resepi.nasi n lauk, serta kuih. puding n manisan ada sekali.Ya Allah, aku sangat rindu suasana itu. nasi putih,gulai ikan, sambal sotong, masak kicap ayam, rendang ayam, udang kunyit, ikan bakar berempah,kuih 'khasidah', habuk-habuk, seri ayu, donat, karipap, puding jagung, puding gula merah, dll. wawawa, sedih meh :'(  apakan daya, anak perantauan.

# First Day Posa #

assalam :)
 
memandangkan hari ni hari Sabtu, cuti, dan esok juga cuti...hari ni 1st day posa. keja yg bertimbun timbun tu tak buat pon. rajin update blog.apakan daya. menghilangkan sakit kepala. sebabnya, lepas sahur, solat, aku tido. lagi 1 benda pelik kat diri aku. walau ngantuk, letih, cemana sekali pun, jgn tido. kalo tido lps subuh, memang sakit kepala ngap-ngap la jadinya. ffffuhh. pelik sangat. terus sampai sekarang rasa pening pening bukan lalat. lebih besar dari lalat. MORAL: lenkali jangan tidoq pas subuh.  faham? faham dahh..saje nak buat jugak. gambar di bawah ni adalah latest, hari Khamis lepas.saja 'catch the pick-cher'.  sebab hari last dah kan, dekat Sekolah Kebangsaan Pulau Manis.




P/s : giler nampak jelas jerawat ku. apakan daya. itu tandanya aku 'sangat study'.*konon* ouh tak terpikir lak. gambar ni mengikut turutan umur. yg tengah kak emi sweet umur 26. yg slim2 tu kak adah comel umur 25. dan aku, yg paling sihat tetapi paling sikit umurnya ialah 24 tahun.

Friday 20 July 2012

# First Tarawih #

as salam :)
 
eh youls~ ye dop, ejaang Tarawih ni btol..ke terawih?hewhewhew..ikut saja lah.asalkan bahagia. tadi kat masjid padang nenas ramai sangat umat Islam yg pergi bersolat. alhamdulillah. eh apahal ayat BM aku makin skemmak?aku, leha, n jihah buat 8 je terus balik rumah. dahla rumah sewa ni ada 3 org jerk. aku, leha, jihah. diulangi: aku, leha, dan jihah. haha.su blk kelantn petang td. ahhh besnya dapat blik jumpa mak ayah ~sabar~ esok sahur opkos la biskut n air vico. oh sdihnya sdih sdih sdih. org len makang nasik dengang mok ayoh, doh kite ni orang jauh sabo je lah op? masanya akan tiba jugak suatu hari nanti. aamin.ok la, zzzZZzzz dulu, esok tkut x larat bangun sahur. mula la nk bad mood siang hari sebab dahaga. jangan wei. aku ni pelik pada orang lain kot. sehari minum dlm 12gelas air. sahur kena spare byk2 air. hahaha~ tidoq lah, malas nk kesat-kesat airmata sedih. tak dapat balik jugak.

# Salam Ramadhan #

assalamualaikum :)
 
eh hai hai hai. lama sudah tak hapdate blog, terblock gamaknya. hehe. senanya ada je masa nk upadate, tp kureng rajin. orang tak famous amos katakan.hihi..malam ni malam pertama terawih, esok hari pertama Ramadhan. Ya Allah, syukur sangat2 kerana Kau telah memberi kesempatan kepada kami semua untuk menyambut bulan mulia ini. panjangkanlah umur kami, jadikanlah kami golongan hamba-hamba Mu yg soleh dan solehah..aamin. bulan untuk diet. kerana sebelum ni melantak tak ingat 'orang yg lebih susah'.tssssk :( kemarin dahla mkn nasi dua kali, tengah mlm lagi. harini makan McD chicken foldover menda hape ntah. lemak berganda ganda mencanak. semoga kurus lepasni. ok bai, jom siap untuk maghrib n lepas ni kita terawih sesama...

Monday 16 July 2012

# Genap lima tahun #

as-salam :)
 
wawawawa~harini gonap lima tahun ambe dan sahabat2 ambe berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu..hehe..full gila nama dia kan? mujur tak masuk kan skali poskod dia. tak sangka, cepat je masa berlalu. tapi takdak la cepat mana. banyak rintangan jugak wei. sakit juga adakalanya.sesungguhnya, di bumi Terengganu inilah aku men'tua'kan diri. pasni dah takmai ganu dah kan? kan? kan... hohoho

Sunday 15 July 2012

# Kenapakah Aku Suffer #

assalamualaikum :)
 
hmmmm...malam2 macam ni, sepatotnya orang menghadap supper. tapi hari ni aku rasa suffer sangat. errr...tak aman rasa. dalam erti kata lain, tak bahagia jer hari ni.  maybe ada rasa geram lagi kot yg berbekas. Ya Allah. lemahnya aku. kenapa aku tak kuat istghfar?heeeewh~sewel semacam bila syaiton stay lama2 dalam badan. shhhhooooh! pi jauh2. semoga tentera Allah itu sentiasa guide aku untuk jadi lebih sabar. aamin. :) tahukah kamu, tadi aku menghadapi satu perkara yang sangat menggeramkan bila mana aku tidak bersalah dan tidak tahu menahu apa pon, tapi terus dituduh menggunakan 'barang' tersebut hingga habis??? hah, amik mu mek jenab. panjang giler soalan. siap ada gambaran kegeraman berserta jawapan sekali. tak faham jugak, memang tak tau nak cakaplah. hoho. tsssk. sabar2...setiap manusia ada kelemahan. tapi tulah. kelemahan aku ialah aku tak suka menjawab. sekali jawab yg lama terpendam, 30minit slot leteran aku tak habis lagi. mengalahkan sesi 30minit bersama Ustaz Don. tulah kan. pengajaran nya, apa pon yang kita tak sure, lebih baik bertanya dulu. tak baik main tuduh2. dari tuduh tu nak jadi lebih buruk.balik sekolah, nak hilang stress terus online yg Dr.Muhaya Mohamad pnya page. lega rasanya. really inspire me! hehehe (",).  
 
 
 
CUBA LIHAT MANUSIA DENGAN KASIH SAYANG, HORMAT, DAN BERI GALAKAN. ORANG YANG MARAH TIDAK AKAN TENANG DAN BAHAGIA.JANGAN SESEKALI MENJATUHKAN MARUAH DAN MENGANIAYA SESIAPA. HIDUP INI ADA KITARAN. APA YANG KITA BERI, ITU YANG AKAN KITA DAPAT. 
 
 
 
 
 
 
 
 

n i c e    kan?   ok, sekian.jom wat keja.hehe

Monday 9 July 2012

^ eh berita burOk weh ^

assalamualaikum :)
 

ish ni yang aku tak sedap ni...aishhh..berita burok. mengalahkan kain burok yang berada di batu vurok. pssst -_- ~ runsing akuuu dibuatnya..nak cakap kat sini kang...termuntah 14 kilo org yg dengar...tapi takleh jadi ni...solusinya, buat bising & ceria2 macam tadak apa2..~heeeewh...esok adalah hari senamrobik taktau lah kot-kot jadi senamrobot..huhuhu

# entry banjir #

assalamualaikum :)
 
tolong!!!!!! aku rasa sangat tak seronok!!!!  
ntah kenapa. cuaca dahla mendung..perasaan aku pun suram...heeeeewh~lusa nk pi zoo...tapi hati aku dah terkurung mengalahkan haiwan-haiwan di zoo yg kena kurung. tak bess gilerkk rasa mcm ni. unhappy~tolonggglah aku. :( 

# wohohoh macam2 lah hai #

assalamualaikum :)
 

hari ni macam2 lah yg berlaku~huhuhu..si budak comel JR ni harini takmau mai sekolah. tengah2 assembly, kakmah a.k.a cikgu pembimbing aku jumpa kak Han. beliau suruh kak han gi amik si JR ni kat mana ntah. JR mengamuk xmau mai sekolah. masuk ja kelas, si JR ni tidoooo je keja dia. xnak belajar atau dalam bahasa lebey saintifik ialah sikap daun palas.  hohoho...tido punya tido, aku pon tengok jam dah tengahari, budak2 dah siap makan siap makanan hadamm lagi, namun si JR ni majukk xmau blajar n terus tido.lepas lepas lepasss tussss...dia bangun, muka monyokkk..bila diumpan dengan Upin Ipin, ok jap mood dia...pastu yg peliknya, time tengah Upin Ipin, boleh pulak si JR ni lempang cikgu dia...cikgu dia tu aku la hoi hoi -_-. hahahahhhh..apakan daya. nama pon murid istimewa. mereka tetap istimewa di hatiku. hoyeayyyy~biasa ah, setakat gempaq takotkan dia ja..takdak lah aku lempang laju2 sampai terpelanting dari tingkat 4 terus masuk kolam bawah, siap kena gigit dengan pirana.. oh tidakkkk........poor JR. heeeewhhh~pastu kan.internship dahla sebulan, projek skolah ada kena buat, yg paling aku ta syuke ta syuke ta syuke nyewww ...


aaaaa sekarang pukul 5.06pg..entry kemarin x sempat siap...huhuhu... ok kita tengok harini JR dtg atau tak kat sekolah. kalo dia ada, bolehla mik gambar. kalo tak, nanti2 lah kan..heeeeeewh~assalam.

Saturday 7 July 2012

# esok Minggu ke-3 #

assalamualaikum :)
 
tolong weh...tolong! esok minggu ketiga dah internship...ahahaha...so , what? apa kaitan dgn orang lain...takdak lah. ..errr...saja nk cakap yang keja banyak tak setel lagi, tapi ada lagi dua minggu je lagi kat Sekolah Kebangsaan Pulau Manis,. ahhh...terbaik dari ladang lah. kali ni ke sekolah selama sebulan, untuk internship. tak mengajar pon arus perdana, cuma ajar kanak2 major ja, Pend.Khas.huhu..memang duduk dalam 'kos' ni satu nikmat. membuatkan aku ke sekolah dalam keadaan senyum, itu secara sopan. secara tak sopan, aku turut join budak-budak 'ahli syurga' melompat sama dalam kelas, menyanyi. hohoho...mental retarded ???? oh, tidak!!!! (tanda seru ini aksi cemas lebih). nak cuba sebut jap nama budak PKIBP kelas first; wafi, nor, azrin, aidil, azhar, kimi. kelas seconddd pulak; ain, syikin, adli, thaqif, tariq, JR, shahrul. ok clear. ingatan ku masih belum pudar dan luntur. alhamdulillah memori masih di tahap 4 gig. bhahahahhh~tahun 3 dan 4 tak semua ingat. tapi yg tak dapat ingat tu sorang dua ja...hihiii..maafkan cikgu yg sengal ini wahai anak2 comel~

Friday 6 July 2012

pasti aku rindu saat itu.. :(

eh hey hey...assalamualaikum peeps~ ini waktu Maghrib. tp dah selesai tanggungjawab. memandangkang rumah ini kesunyian jua kesepian, tiada pilihan melainkan online , dan tengok tv. kalau dalam sehari ada 24 jam, kita divide kepada 3.  (8jam tido)(8jam online)(8 jam tv). gilerkk jahiliah lagho~eh tak tak. bukan bukan. aku tak buat macam tu. aku still rasional dan ada lagi banyak benda lebih best daripada ini.  di saat ini, hanya aku dan cik su ja yg berada di rumah. si leha, si jihah, ada perkhemahan di sekolah mereka. si umi dan si kak adah, pulang ke kampung. ooo ooo balik kampung, ooo balik kampung hati girangg ♫♪ nyanyi jangan tak nyanyi. rugi nanti. ahhhh...tesis tak siap lagi, projek lawatan ke zoo akan dilaksana minggu ini. pffft~masuk internship kali ni alhamdulillah Allah Maha Kaya, Allah Maha Kuasa,  Maha Hebat aturannya. am getting better than the 3-4 onths ago. time praktikum tu rasa sangat sakitt...emosi tak stabil. kerja tak boleh fokus. asyik sedih. ada alh sebabnya. balik dari sekolah, masyaALLAH lagi sedih. tinggal 2,3 org je kwn. yang lain masa tu kawan2 pindah ke rumah lain. simapn sedih dalam hati no one knows. hanya Allah dan sy saja yg tahu. tahukah anda, bahawa aku tidak boleh hidup kesunyian lagi kesepian yang mengundang keheningan? bila sunyi, aku sedih. aku tak suka suasana sunyi, suasana yg tak ceria, dan hati aku sayu. lepastu mula lah senyuman aku menguntumm kelatt sangat. rasa-rasanya menelan 'panadol yang ditumbuk halus dan dikacau dalam air' itu lebih manis daripada 'hati aku yg sunyi?'.  memang jadi manusia yg mempunyai personaliti macam aku akan rasa sakittt la bila sunyi. sakit kepala. muram. resah. dan macam2 lagi. menurut borang personaliti bawah subjek Bimbingan dan kaunselng utk Kanak-kanak, aku adalah individu yg kuat personaliti 'S'. 'S' itu adalah sosial. Puan Lecturer siap cakap lagi, org macam ni kalau dicampak sorang2, agak-agaknya dia akan dapat penyakit gila lah. memang tak boleh sunyi tanpa kawan dan orang ramai. yes, absolutely correct madam! ini betul2 terjadi dekat aku. masa kat Kedah, kalo aku sunyi, mula lah aku akan sms n call sepupu aku yg sangat rapat dgn aku. walaupun mereka semua ni lelaki, aku tetap anggap macam adik sndiri. sebabnya, depa ni kelakar, baik, dan matang. hormatkan orang. alhamdulillah family yg baik adalah anugerah Allah yg tidak ternilai . hilang resah bila ada orang di sekeliling. sekarang ni leha n jihah ada di rumah,tak jadi sewa luar. maknanya makin ramai kawan2 yg stay kat rumah sewa ni. alhamdulillah. am happy. kadang2 cikmas pon mai tidoq sini. laaagi i loike. ramai2 mengimarahkan hati I yg gundah gulana ni errr...sangat lah aku sayang mereka. tambah tolak tambah tolak, dumdamdumdam memang tinggal lebih kurang 3bulan lebih atau 4bln je lagi dalam maktab. errrr jap. aku nk cakap apa eh? ermmm...maybe rasa yg macam2 kot. rasa sedih pon ada nak tinggal kawan2, student kesayangan, sekolah, cikgu2 yg sangat baik, dan lecturer2 yg sangat baik, adalah kenangan yg ish, memang kalo youls semua pon, tak kan lupa la dekat kenangan yg disulam lama. kalo berlaku dalam sehari pon kita ingat peristiwa tersebut. apatah lagi kenangan yg tercipta lima tahun lebih. yes, lima tahun lebih! 5  1/2  tahun. a.k.a 5.5 tahun. heeeeewh~mesti time nak berpisah rasa sentap semacam jerp. kalo tak da rasa camtu, memang hati lagi keras daripada batu belah batu bertangkup tangkup lah aku cakap. banyak kenangan manis yg terjadi secara tak sengaja. kadang-kadang kenangan atau kejadian tu aku rasa sangat menyakitkan. yes, pedih. payah aku lalui sorang2 di sini. tapi sebenarnya, itulah yg manis. mematangkan aku. bila aku fikir semula ala2 refleksi, aku sepatotnya bersyukur. bersyukur Allah letakkan aku di sini. supaya aku lebih berdikari, kesusahan itulah yg mematangkan aku yang dahulunya aku pramatang. *oooops* setiap benda fikir negatif, setiap benda harus bertindak melulu, setiap itu ini aku mesti nampak buruk. memang selayaknya Allah turunkan aku beberapa ujian lepas, untuk mengajar aku erti syukur dan menghargai. Allah menemukan aku dengan kawan-kawan dan orang ramai yg baik di sini. tak ubah macam di Kedah, semua orang aku jumpa setakat hari ni adalah baik. okey baikkk...hehe. supaya apa? supaya aku belajar terima sesuatu dengan positif, dan redha. kalau asyik negatif, takut2 Allah memakbulkan apa yg kita sangka kan tu. haaa faham tak? kadang-kadang aku pon pelik. bila jumpa orang2 yg sangat baik, hati aku cepat sangat tach-cing. ahahahaha, pekat giler ejaan toucing. supaya penulisan menjadi lancar ala-ala pen  kilometrico. fuuuuu ngungungu~ touching sampai mengalir airmata sederas Sg.Lui nyanyian Aizad. eh ya ka ejaan ni? hohoho...kebaikan tu dijadikan iktibar, supaya aku insaf dan berbuat baik dengan makhluk lain jugak. Ya Allah ..alhamdulillah, sesuatu yang pahit itu, adalah untuk kebaikan. cepat sangat masa berlalu untuk lima tahun tu. dulu masa masuk maktab, hanya kakak n ayah yang datang ikut daftarkn aku. aku tak bagi mak datang sini untuk daftarkan aku. tahu kenapa? sebabnya aku akan sedih time mak nak berangkat pulang nanti..bhahahahah sengal punya budak besaq. yes...aku tak tipu. aku tak leh blah sedih kalo mak ikut serta and aku tak sampai hati mak tinggal aku. mesti aku nangisssss laju-laju. kalo ayah n kakak yg daftarkan aku, and nak balik, sempoi je aku babai...dan tahun depan, jika ketiadaan aral yang horizontal, aku dan rakan2 semaktab akan grad di Putrajaya, insyaALLAH aamin. yg berkahwin akan pergi dengan encik suami, dan aku akan ke sana dengan ayah dan pakcik. hehehe...mak aku, dah aku informkan supaya jangan pergilahhh...kijammm sangat ke? eh, niat aku takmau susahkan mak aku...aku takmau mak aku lenguh2 tunggu dalam sesak2 orang ramai, tempat makanan taktau kat mana, tempat rehat ntah ke mana, kalo negri sendiri lain la kita tau kan itu ini semua2.  mak pun senyum. beliau setuju n sangattt suka. segala yang aku buat mungkin di mata orang lain adalah tak elok, tapi niat asal adalah untuk kebaikan family. trust me, apa2 yang aku buat adalah di bawah keizinan mak ayah. insyaALLAH. hehehe. okey lah nanti kita berjumpa lagi di entry akan datang. assalam :)
 
 
 
 

alahai comel gilerr baby Umayr Khalis ni..anak kak Kely..ummi dia mix, ok. ciptaanNya yg sgt indah~
 

Wednesday 4 July 2012

hebatnya percaturan Allah~

ini bukanlah entry 'kawin-kawin' ya saudara dan saudari adik kakak sekalian...jauh sekali ini adalah petua dari saya...sesungguhnya saya sangatlah terkebelakang 'bab2' ini! saya sangat kagum dgn nasihat ni utk kongsi bersama....

*
*
*
*
*
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


patutlah ada sorang kawan saya yg dah kawin tu cakap...lepas kita kawin, baru kita tau siapa kita mlalui pasangan kita...pasangan kita adalah pantulan diri kita ~ fuuuuu..terkesan kan? bukan senang nk jadi BAIK dan isitiqamah BAIK...tp x mussstahil kan? hehe....apa pun, Allah tu Maha Adil!

malam nisfu Sya'ban~

malam ni adalah malam nisfu Sya'ban..Ya Allah~cepatnya masa berlalu..baca lah Yaasin 3 kali & solat sunat...semoga 'buku baru' kita adalah lebih baik dan ada segala keberkatan di dalamnya..aamin.