Tuesday 6 September 2011

RAYA part 3 ++

                                  assalamualaikum ;) 
  
                            | mood ayat konon2 terer Penulisan |


ni dah part 3 kisah raya...mesti orang yang terrr-baca ni tertanya-tanya bilakah mau habis ceritaku ini...hehe...nevermind.baru-baru ni, masa raya keempat, terkejut jugak.tengah sembang2 dengan my besfriend yang mai beraya, tetiba dapat call dari sorang junior masa kat SMK Seri Badong dulu.dia cakap nak mai..hm...junior ni suka buat lawak, maybe nak surprise lah tu.ikut lah.nak datang, sangat dialu-alukan.kalo tak datang pon, tak kisahhhhhhhhh...dah lali dengan lawak2 yuols~hihihii..antara adik-adik terhormat yang disayangi yang mai rumah ialah cik Zieda, cik Diana, serta rakan-rakan mereka lagi 2, 3 orang jelah~dahla makan bersemangat kot.itu saya suka..tak sia-sia saya memasak dengan banyak, dan selepas tu...mereka ini semua membawa saya berjalan-jalan ke rumah Meme. bunyinya `Mimi' okey..bukan `Memey' cik pelakon kita tu..kat rumah cik adik ni pon saya melantak mi kari dengan banyaknya~sebab lepasni saya sudah tahu, saya akan rindu dan sediit penyesalan kalo tak makan semua2 ni dengan lahabnya.btol ka ejaan cmni?? oh sangat pulun di situ~jangan lebih2 sudah makan2 tu..ALLAH tak suka! haha..


lepas balik dari jalan-jalan ni semua, terus rasa nak mik gambar walaupon muka berminyak-minyak, bibir berminyak bagai. dah rasa blog ni takderrrr reader kan, tak kisah la..walaupon ibaratnya seorang budak kecil bercakap sorang diri, itulah saya sekarang~hehe..so, letak jelah gambar jerawat-jerawat yang tidak di hedit lansung. no hal la. no viewer barangkali.okeylah, sekian dulu entry saya untuk Raya Part 3 ni..
syukur Alhamdulillah Ya ALLAH, yang memberikan saya kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang Aidilfitri bersama keluarga,& semua orang di sekeliling. babai,salam alaik. 










      *muka minyak, bibir minyak2, menggunakan kamera yang tak perlu minyak


p/s : baju warna mcm di atas, sedangkan tudung hijau? ada orang cakap saya buta warna..heyyyyyy tolong sikit! dekat baju ni, daun dia warna hijau kan?jadinya, tak kisah la nak sesuaikan dengan warna apa pon kan, either pink, yellow or green..hehe