Thursday 30 August 2012

-- Hari Lebam --

assalamualaikum :)

tadi jamuan Aidilfitri kelas saya. tahun ni tahun last kan.jadinya, segala benda kalau boleh mesti di-appreciate-se-appreciate-appreciatenya. hohoho...setuju, yes! memang la. sem ni saya rasakan sangat bermakna, selain kerja yang menggunung tention tahap whattt The Helmet, disebaliknya terselit keindahan2 dengan kawan2. oh ya. untuk pengetahuan kamu semua, kawan-kawan ku sekelas yang ku kenal selama 5 tahun setengah sangat baik dan ohsem! yes yes yes. mereka spoting. tapi ingat. setiap persahabatan tipu la kalau tak penah kita terasa dengan orang tu kan. sokey, apa apa yang kita terasa dengan orang tu, jangan terlalu pikir negatif dia. bila pikir kebaikan dia yang berlambak lambak, sure insyaALLAH hati tenang. tapi kalau terlalu lama kawan buat kita suffer, senang cakap avoid from dia lah. untuk memastikan kau tak pukul dia dan kau tak cakap yang buruk-buruk pasal dia. sesungguhnya setiap hati kita milik Allah. jangan sakitkan dan cederakan 'ciptaan Nya'. ahaksss.betul tak nyahhhh? dah dah. tungtangtungtang, kalau pikir banyak yang tak elok, ahirnya akan berbalik sakit itu pada diri sendiri. tajuk di atas adalah Lebam. so apa kaitan? ouh meh sini adik kakak opah sekalian i nak tell you dua tiga perenggan cerita. hari ni rezeki banyak sangat mai. Alhamdulillah.makan memang Ya Allah..gila ngeri menyumbat. lepas top-up, top-up. pastu top-up lagi.top-up apa? top-up makanannn ya adik-adik.....then, perkara yang takleh blah untuk diselindung ialah saya sangat rindukan mak walaupun hanya berapa minit tak nampak mak. kalau jauh-jauh macam ni, lagi lah power homesick nya. telefon dan kredit tu memang berotot tegap memahami siapa gerangan insan yang berada dalam talian. hahaha...jawapannya ialah MAK..  kadang-kadang tu. bukan berjauhan je tau. duduk dalam rumah pun, kalo tengok mak takdak dalam rumah, mula lah mata melilau cari depan n belakang rumah. hewwwwwwh~






MAK IS NUMBER 1 FOREVER ;)

Monday 27 August 2012

Raya 2012

assalamualaikum ;)

Salam aidilfitri 1433 Hijrah kepada semua rakan-rakan yang meng-view blog yang super duper *glamour songsang*  ngeeee~Maaf Zahir dan Batin andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan..sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T, dan yang khilaf itu dari saya..semoga Ramadhan yang lalu adalah yang terbaik untuk kita setakat ini. 


Ya Allah Ya Tuhanku...pertemukanlah kami untuk Ramadhan yang akan datang..Janganlah jadikan ini Ramadhan terakhir kami, kerana sesungguhnya amalan kami adalah terlalu sedikit dan kami tidak pasti apakah bekalan yang kami bawa untuk ke sana.

sedihnya rasa Ramadhan terlalu cepat berlalu meninggalkan kita~tak terasa lagi persediaan untuk kedatangan bulan akan datang -_-..raya 2012 biasa2 je bagi saya. yang penting dapat bersama keluarga tersayang (",)

Sunday 12 August 2012

*semakin hari semakin log-luck*

assalamualaikum ;)

aiyokkkk folks. hari ni Ramadhan hari ke-doploh 3.  pada 20 Ramadhan baru ni, aku telah berbuka puasa di Sri Wangsa bersama classmate. eh lupa. sekali dgn family encik tutor. bes, kenangan tahun terakhir di Terengganu insyaALLAH. lepas berbuka, kami solat terawih di masjid Unisza. yang aku hairannya, lepas solat, aku dah ambik tudung aku. kan smayang guna telekung, jadinya tudung yg aku pakai, aku letak sebelah. hehehe...dah selesai, aku ambik tudung aku dan bertolak pulang ke teratak Padang Nenas. pelik banget, tudung tadi aku pegang. sampai rumah, taktahu dah p mana. aigoooo ~tudung tu dahla 3ton mani-manik. plus, baru pakai first time kott. siap ada 3kerongsang lagi dekat tudung. kerongsang baru, harap maklum. tudung tu pon baru.sampai ke hari ni aku tak dapat detect mana piii tudung tu. kesimpulan yang aku dapat buat, tudung tu memang takdak dah dengan aku. puas aku cari. tak jumpa pon.ayoyoyo...yilekk adik kakak...aku harap tudung tu, kalau dijumpai sesapa pun, amiklah. amik siap skali dengan kerongsang. daripada terbiar kan, rosak camtu ja. dah takdak rezeki, redha jelah...wawawawawaaaaa...nak tengok macam mana tudung nya?jom kita tengok gambar ni.
                                                            *
                                                            *
                                                            *
























                                                   trett tett tett (bunyi button)

                                              heeewh~

 ~mana satukah tudung aku? ahahah....soalan senang. adik yang tak pernah sekolah pun boleyyy bagi jawapan tepat dan jitu tanpa sebarang ralat. 

Saturday 11 August 2012

# Kualiti Hidup #

assalamualaikum ;)

Salam Jumaat semua..hari Jumaat yang barakah ini, ingin sekali saya coret mengenai Kualiti Hidup.Ya adik kakak. kualiti hidup ok? hohoho.. skema ntah apa-apa. tadi lepas sahur, terlalu tak tahan ngantuk, tido lah dlm pukul 8lebih camtu. sebab nk cover tido dua hari yang lepas kan, tido tak tetap-bukan tak cukup.ahahaha, kuat betul topup tido~dan buat pengetahuan kalian, aku perlu memaksa diri aku untuk lebih tegas dan tunjukkan siapa diri aku. bila aku terlalu cool dan rileks, aku terasa orang hentak2 kepala aku dan langsung tidak respect mcm aku respect org tu. faham tak, kenyataan yang sangat panjang...ngeeeee , terasa diri ini sangat kerekkk bila marah2 orang(",). tak baik tau tak, marah2 orang. bila kita marah, badan kita akan menarik aura negatif yang lebih banyak. akibat drpd marah, boleh jadi macam2. sebab tu dalam Islam, bila terasa marah, lebih baik duduk dahulu.kalo duduk tak hilang jugak marah, baring. kalau baring pun okey, piii lah ambil wudhuk. air boleh memadamkan api.itu teori nya. bukan creepy theory lagi dah. serius menjadi. hehee...aku sangat tak suka marah orang. bila marah, aku akan sakit kepala, dan temperature badan aku mendadak naik berapa darjah celcius ntah,tak ingat. yang penting, time aku marah yang tersangat, tangan aku jadi seram sejuk dan badan sangat panas.serentak dengan itu, sakit kepala akan menyucuk nyucuk dan ouh, aku sangat bencikan perasaan marah.diulangi, aku benci rasa marah. aku benci marah.    terasa diri seniri macam 'tak cerdik', dan sangat lemah.

maafkan aku, terpaksa meng-emo-kan diri pada hari Jumaat, bukan setakat bulan Ramadhan, tapi semalam adalah malam ke dua-puluh-satu, boleh jadi semalam adalah malam lailatu Qadar. wallah hu'alam. yes, aku kena tunjuk kan rasa marah dan berontak. sebelum nak marah, aku tak cakap la, aku seorang yang rasional sangat. tapi aku suka cari kebaikan orang terlebih dahulu sebelum marah, supaya aku tak kan jadi marah. dan apa pun salah orang pada aku, kalau tak mintak maaf pun aku tetap maafkan. sebab takut2 mati mengejut tak dijangka, kita berhutang~nauzubillah.aku sedih, bila aku anggap komuniti yang ada seeliling aku adalah saudara, dan aku sayang sebagai family. tapi rupa-rupanya, orang tak anggap aku macam tu pun.sebelah mata pun tak pandang kott.tak payah belanja & bagi apa2, cukup lah watak orang tu nampak dia appreciate orang. aku dah bersyukur. aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sedih sedih sedih sedih bila orang pandang aku sekadar picisan, padahal aku sangat sayang dan ambil berat macam adik beradik aku. 


kalau yuols lah kan, sedih tak. bila susah orang cari, bila rasa senang sikit, lepas diri sorang2 ja. tak ingat dan tak bayang kawan yang susah. oppps tercapoii sikit.aku tak doakan yang buruk dengan manusia ni. tak baik weyyyh. cuma bayangkan, kalau kita ada sifat sellfish ,tak mustahil suatu hari nanti time kita susah, tak kan ada yang simpati dan pandang walau sebelah mata. apa yang kita buat, akan ada 'kafarah' nya sejak atas dunia lagi Allah bayar secara cash. Allah tu Maha Adil.baik dibalas baik, tak baik akan dibalas tak baik. percaturan Allah tu sangat seni. kalau kita buat orang marah dan susahkan orang, percayalah. urusan kita jugak akan jadi susah. bagi aku, senang je hidup ni ni.tak susah. kalau nk rasa dipermudahkan semua benda, tolong permudahkan urusan makhluk lain. senang kan? tak perlu modal yang tinggi atau pun rendah. percuma sahaja! hehehehe.mcm iklan pulak kan. lagi satu kan....aku suka orang yang mudah meminta maaf dan mudah memaafkan. yes, aku sayang orang macam tu. dia buang perasaan ego n sombong, dan tunduk kepada Allah sebagai khalifah yang taat kepada TuanNya. taktahu lah kan. sejauh mana kebenaran nya, tapi aku pernah baca satu nasihat ni, orang yang ego dan sombong dengan manusia, sebenarnya dia dgn penciptaNya pun tak jauh beza sifat dia tu~weeee.jangan buat mcm tu, Allah marah, manusia marah. walau sekecil mana pun salah silap, kalau mudah meminta maaf, paling lekeh koman pun, sms ke, mintak maaf, insyaALLAH hati orang tu lembut. soalnya kita ni kadang2 terlepas pandang. buat orang marah, sakit hati, tapi nak tunjuk ego tak bersalah.langsung tak pernah cakap 'minta maaf'-walaupun mangsanya dah memaafkan kita. 


senang cakap, kita jangan cover kesalahan lama kita. itu benda lepas. orang lain dah maafkan kita. cuma kita sedar diri siapa kita. berubah supaya akan datang, insyaALLAH 'kalau tak boleh keseluruhannya kita senangkan hati orang, sekurang-kurangnya kita jangan sakitkan hati orang'. lagi satu, pernah sekali tu, aku terbaca nasihat sorang ustzah ni...dia cakap,

" apa guna kita solat dan baca alQuran dengan sungguh2, kalau hubungan dengan manusia kita tak pernah jaga? buat ramai orang marah dan doakan yang buruk untuk kita. kalau yang 'di bumi' mendoakan yang tidak baik, insyaALLAH 'yang di langit' pun akan mengaminkan doa tersebut dan termakbul doa tu. " 

betol tak? selalu aku tengok contoh2 manusia yang ada depan aku, dekat2, & sekitarnya. orang yang urusannya mudah, hidup senang, hati senang, cantik, puncanya dia menjaga hubungan baik sesama makhluk. tapi takleh nafi. ada jugak manusia yang nampak 'serba payah urusan dia'...99% pendapat mengatakan sebabnya dia menyusahkan orang dan bagi orang marah. insyaALLAH tak silap punya kenyataan ni.

hohoho...meleret leret kan entry kali ni. diulangi seperti di atas. aku tak suka marah orang. jadinya, aku terpaksa menceritakan dan bagi teladan di sini. segala nasihat dan pengajaran di atas, adalah teguran untuk diri sendiri dan kepada individu yang sudi menerima. wallahua'lam. segala yang baik dan sempurna datang dari Allah, segala yang buruk tu datang dari aku seniri. kalau ada salah silap atau pendapat, sila komen dan cuba cakap secara positif untuk tunjuk ajarku sifu~

Thursday 9 August 2012

*cepatnya berlalu*

assalamualaikum ;)

sudah lama tak update blog ni..sekali bukak, Ya Allah berkaratnya mengalahkan besi buruk.hohoho (",) entahla.ada banyak je masa nk tulis apa2...tapi nyakit M tu mai secara tiba-tiba, memang taktau nk cakap lah kan. sepanjang bulan puasa tahun 2012, walaupun tak cukup lagi 29 hari posa, aku boleh buat kesimpulan la.alhamdulillah sangat2, Ramadhan tahun ni antara Ramadhan paling besttt sepanjang berada di Terengganu yang 5 tahun setengah.avavavavava~bermula awal puasa, berbuka secara masa ramai2 dengan housemate, pastu buka di luar, & di rumah lecturer.terawih pun tahun ni tak spesifik satu tempat. paling bes dapat pengalaman terawih di masjid Kusza n masjid putih. eh bukan masjid Kusza, dah ganti dgn Unisza kott..heeeewh~dan semalam jugak ada event bes, kami sekelas bergotong-royong menyediakan masakan di rumah lecturer. sedap tak sedap, kita belasahhhh ja, sebab masing-masing puasa kan, & macam2 style masakan. selaku tukang makan, kita makan tanpa rasa was-was. asalkan dapat minum tu pon dah okey. tapi tak sempat nk masukkan gambar lagi.coming soon* hahhahhh....lagi satu yang bes, dalam rumah tu rupa-rupanya ada sorang nenek, emak lecturer ni lah...sangat spoting, huhuhu...layannnnn jer budak-budak ni mengusik kan. ok lah, stop sini dulu, lenkali sambung lagi dengan upload gambar2...gaya tulisan pun dah huduh ntah apa2 lahhhh sebab lama tak berayat kan,