Sunday 30 September 2012

 salam alaik ;)

Hari ni 30 September,,hari akhir bln 9! tak perlu dicongak, ada baki lebih kurang 40 hari je lagi nak duduk kat maktab ni. sedihnya :'( .....kenangan suka duka yang banyak membentuk aku menjadi manusia sebenar...malam ni seolah-olah akan menunjukkan simptom2 malam kedua aku mengalami insomnia. semalam aku langsung tak tido nak buat tesis yg sangat banyak tak siap. malam ni kalau aku masih insomnia, aku macam xmau buat lagi lah tesis. rehat jap! apa lagi. internet lah~





INSOMNIA MENYEBABKAN AKU IKHLAS MEMUJI-MUJI KELAJUAN INTENET DI RUMAH SEWA INI...BIASANYA AKU 'OUTSOMNIA' IAITU OVERDOSSSS TIDO...TAPI SEKARANG MACAM DAH TERBALIK...KURENG BOLEH TIDO...ADAKAH INI DISEBABKAN FAKTOR PERALIHAN USIA???? arghhhhhhhhhhhh, aku masih muda!


Wednesday 26 September 2012

~dah present tesis~

assalamualaikum ,,

sila tepuk tangan kuat-kuat ye adik2...kerana kakak kamu sudah present kajian tindakannya pada pukul 12.00 tengah hari lebih2 tadi. hehe.hebat atau tidak, sila bersyukur kerana bebanan ini semakin berkurangan. Alhamdulillah. segala penat lelah memang rasa agak puassssss, bila kita dapat mengeluarkan apa saja usaha yang telah dilakukan untuk menyiapkannya. *walaupun usaha tak banyak* hihihiii.. please jangan jadi sengal macam ini budak. nanti saya update lagi entry mengenai kajian tindakan serta gambar-gembur bersama rakan kesayangan~kakak hendak mahu bersolat. ayat macam mix (Urdu + Bangladesh - Somalian)/ (Java x Lombok. )... ah sungguh berat mata ku, since jam 4pagi td bangun hingga mlm ni...huhu..seolah-olah aksara vokal dan konsonan serta nombor-nombor asas sedang bergayutan dibulu mataku yang tidak berapa panjang. tetapi ada kewajipan lain selepas solat, iaitu M A K A N. tahukah kamu apa itu makan? makan ialah satu aktiviti menyeronokkan di samping mennggemukkan jika pengambilannya bertimbun-timbun. fullstop.~

Saturday 22 September 2012

- tak smart langsung -

assalamualaikum ;)

hah, ni lah yang dikatakan ledakan pembangunan yang harus kita ikuti. kalo slow macam arus Sungai Nil okey la kan. slow. lembut. lancar. ini tak. macam air terjun tertinggi kat dunia yg terletak kat Venezuela tu. arus pengaliran gila tinggi macam 10batang tiang elektrik disambung atas-atas dia. okey tak betul. rasa macam slow sgt nk update. terkulat kulat cari benda2 ni kat dashboard. langsung tak smart la, dahla hodoh, memayahkan kita pulak. adehhhh :'(



hey pencipta BLOG! kenapa gatal otak sangat pikir macam-macam?perubahan yang kamu lakukan sangat menyusahkan, langsung tidak awesome. sila ubah fikiran kamu, supaya berbalik kepada dashboard style lama. hampir 70% penduduk doniya bencikan dashboard baru.
whoaaaaa~

Sunday 16 September 2012

* Qiamullail *

assalamualikum :)

seperti mana yang anda ketahui-1% daripada kawan2 je tau- waktu saya melabuhkan tirai atau dalam bahasa ibunda ialah shut down my day sekitar jam 11++ mlm. kalau lewat, esoknya akan lost! adeiiii. tak kiralah tido untuk 2 jam ka, tiga jam ka, yg penting mesti start 11 lebih.jangan lebih, nanti mak takdak mood ke sekolah..weeeho~sebelum tu, nk share dengan cucu-cucu sekalian sesuatu. sesuatu nasihat tu, niatkan untuk tegur diri sendiri terlebih dahulu, kemudian baru orang lain. hahaha..kelasss tak ayat mak?



p/s: 
kalau awak jumpa perempuan yg

bangun sebelum subuh siap

Qiamullail lagi, sila kawen dgn

dia, calon isteri solehah tu :D

InsyaAllah.

 boleh tara tu? ok sekian. بالسمك اللهم أحيا وأموت






* Style Your Busy *

assalamualaikum ;)

di suatu pagi yang hening, ada seorang budak bingkas bangun awal nak pengsan. kerana dia bertanggapan kononnya nak buat kerja yang tergendala beberapa hari lepas. maka, selesai bangun dan solat subuh, beliau terus membuka laptop.selepas buka laptop, kita tengok apa sudah jadi pada budak ini..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


gambar ini diambil semalam-beberapa minit sebelum keluar dengan Umi dan encik XYZ kepada umi. ouh saya hanya menemani. hehehe...bangun pagi ini terus edit buat muka 'foyo'.tapi edit gerakan dia je.segala jerawat,skin ton,pemandangan di belakang saya tidak pandai edit. sedikit penyesalan dalam diri saya kerana tidak pandai edit pic. apa yg ditangkap,itu yang diupload.hehehehe.jika pandai edit pic,sudah tentu saya tidak akan jadi cikgu kan?mesti saya akan jadi jurulatih kepada photographer~  bhahhhhahahahh.perasan 2saat.sila menyampah 2saat juga.ok sekian saja entry Style Your Busy. jika tidak keberatan, kita sambung lagi, weeeho~

Friday 14 September 2012

# Jangan Buang Masa #

assalamualaikum :)

kemalasan menaip entry meng-up-date blog menyebabkan blog ini semakin berkarat.kalo emas 40 karat memang sumpah mahal.  hai apa khabar kamu semua yang saya hormati dan sayangi (gurl saja)? huhuhu....dalam bulan September ni,langsung aku tak terasa kehadirannya sampai dah tengah bulan ni and lagi berapa hari nak habis dah September.whatever.  hahahaaa....whatever tu bukan maksud sombong. tapi biasa lah kan.kita tetap kena laluinya dengan tabah dan sabar. hewhehwhewwww~gelak yang agak dramatis, setakat kelmarin aku dan rakan2 dah submit tiga assignment.Alhamdulillah Allah Maha Kuasa. aku rasa beban sangat.takleh tahan.blank.tapi aku coooolll jew,biasa lah kan aku ni.kalo tak cool bukan nya aku.dan apabila aku bersikap cool, itu bukan maksud aku manusia baik. aku hanya menahan diri daripada stress yang bilamana muka stress tu kita tunjuk pada orang, secara tak langsung org tu jugak akan stresssss *ssssst* hehehehe...kesian kan org lain? tak pasal2 tengok muka kita dia dapat stress. kita redah je konon cool. biarla dalam hati sedang meletus tekanan tu.




bulan ini juga akan menyaksikan aku dan geng pengembaraan ku akan present tesis kami.jyeahhhhhhhhhhhhh~rasakan ketakutan tersebut.hihihihi...ni lah hidup.satu demi satu kesukaran kena lalui tapi semuanya berbalik pada doa dan kesabaran.insyaALLAH everything smooth. aku terpikat terpaku terpesona dengan kata-kata ini...




ada bangkangan?terpulang pada kita untuk percaya atau tidak. tapi bagi aku lah kan.jangan buang masa untuk benda tak sepatutnya. teruskan idup untuk orang2 yang sayangkan kita dan lebih bai. jangan paksa orang lain untuk suka dan terima kita. kalo dah usaha tapi tetap tak menjadi redha sajalah nyahhhhh..hehehe..anggap itu ketentuan dan ada hikmah disebalik semua yang berlaku.better lupakan orang yang tak pernah ingat dan hargai kamu, dan  ingati orang yang tak boleh hidup tanpa kamu...hehehe.superb berotot tegap tak tentu pasal ayat saya di hari ini.hohoho...sekian, salam Jumaat dan jangan lupa 'surat cinta Allah' selaloooooo.....weeho~