Wednesday 26 September 2012

~dah present tesis~

assalamualaikum ,,

sila tepuk tangan kuat-kuat ye adik2...kerana kakak kamu sudah present kajian tindakannya pada pukul 12.00 tengah hari lebih2 tadi. hehe.hebat atau tidak, sila bersyukur kerana bebanan ini semakin berkurangan. Alhamdulillah. segala penat lelah memang rasa agak puassssss, bila kita dapat mengeluarkan apa saja usaha yang telah dilakukan untuk menyiapkannya. *walaupun usaha tak banyak* hihihiii.. please jangan jadi sengal macam ini budak. nanti saya update lagi entry mengenai kajian tindakan serta gambar-gembur bersama rakan kesayangan~kakak hendak mahu bersolat. ayat macam mix (Urdu + Bangladesh - Somalian)/ (Java x Lombok. )... ah sungguh berat mata ku, since jam 4pagi td bangun hingga mlm ni...huhu..seolah-olah aksara vokal dan konsonan serta nombor-nombor asas sedang bergayutan dibulu mataku yang tidak berapa panjang. tetapi ada kewajipan lain selepas solat, iaitu M A K A N. tahukah kamu apa itu makan? makan ialah satu aktiviti menyeronokkan di samping mennggemukkan jika pengambilannya bertimbun-timbun. fullstop.~

1 comment: