Sunday 31 March 2013

bicara posting 'C' :)

assalamualaikum :)

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih diberikan peluang bernafas hingga saat ini! Alhamdulillah, hari ni satu berita gembira saya dapat! berita posting..ya, posting...tapi bukan saya, kawan sekelas. dapat posting SK Pendidikan Khas Merbok, Kedah. Allah, Allah, Allah...syukurnya dia dapat dekat, dan cepat! huhuhu..malas nak ulas panjang dan komen macam2, He is fair, isn't He? jangan cepat marah dan melatah pesan pada hati..bertenang, bersabar, berdoa...setiap orang ada rezeki masing2 yang Dia tetapkan dah.



 
Yakin saja. Sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak
 
kita, tak akan Allah biarkan menjadi milik orang lain..
 
Teruskanlah langkah, walau seribu satu halangan menanti

 dihadapan.Tuhan sedang menilai segala jerih payah usaha

kita semua. :)


pujuklah hati, supaya jangan putus berdoa dan yakin dengan ketentuanNya...walaupun dalam hati ni, terus didesak dengan penantian yang penuh mendebarkan! whoaaa kaksyu, ayat hang killer bai! hehehe..habis, kalo tak bersabar, apa boleh buat? segalanya berbalik pada Yang Maha Mencipta..tugas seorang guru bukan setakat menghabiskan silibus kurikulum mengikut tempoh ditetapkan, tetapi dalam masa sama benda yang ditegaskan ialah menjadi seorang murobbi, muallim, muaddib, mursyid, & mudaris~ 

next paraghraph...eh, dah macam esei kot? hahah...hari ni adalah hari pertama Arif di sekolah baru. siapakah Arif? *monolog dalaman korang kan* hew2! Arif adalah student tmpat saya jadi cikgu ganti...kesian sangat, emak dia meninggal 15Mac lalu...17Mac, dia mai sekolah dengan SElamba-Duatiga lamba,

Arif: cikgu, mak dh tadak...

Cikgu: eh, mak hg pii manaaaaaaa...

Arif: mak mati.

Cikgu: hg ni biaq betoi Arif, jgn mlawak log-luck!

Arif : betoi cikgu.orang tanam mak pagi Jumaat,

Ya Allah, sedihnya dengar...smua wrga SKPL taktau langsung pasal ni. sebelum ni dia ada bagitau mak dia sakit penat. minggu depannya, cakap mak dia kena potong kaki, kencing manis. minggu depannya lagi, mak dia kena cuci buah pinggang. dan minggu ke-4 saya di sekolah, mak dia pergi menemui Allah..dia mungkin sedih, tapi taktau nk expresikan kot, perasaan dia.dalam diam,hanya Allah saja yg tau derita dia...sakit jantung kronik, ayah pulak strok,keluarga ayah dia yg jaga.dia dan kakak dijaga mak saudara di Sp. beberapa hari sebelum tu, sempat saya pesan pada dia,

'Ariff...duduk dengan makcik, dengar kata makcik na...jangan lawan cakap...doa selalu untuk mak...ziarah mak kerap2, mak pon rindu Ariff jugak'...


:'(



dia angguk. sebelum berpisah, 21 Mac lepas sempat ada jamuan ringan bersama dia.dalam hati terlintas, ada hikmahnya Allah jadikan dia hambaNya yang 'istimewa'...dia diuji macam2 dengan sakit sniri, ayah lumpuh, mak meninggal, kakak baru form 2. kalo dia normal macam orang lain, maybe dia akan sdih tak tertanggung & tak boleh lalui. bila dia keadaan macam sekarang, sekurang-kurangnya perasaan dia dapat sembunyi sikitt kot. setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya!




ooppagangnam style! skali skala shaking-shaking gambaq~!

                          
                             ~ariff yg depan skali ni, yang urus kcik~


Ahlan wasahlan April! smoga ada sinar bahagia bulan ini!

Saturday 30 March 2013

++feeling jap, konon-konon ada DSLR++

assalamualaikum :)

okeylah, entry ini agak syahdu sikit bagi mereka yang TIDAK memiliki kamera DSLR bagai seperti saya. muehehehe...pagi tadi tengok ada post mengenai macam2 pendrive comel. saya ingatkan ada pakej ini:

a) Pendrive Comel
b) Pendrive Murah
c) Pendrive Comel+Murah+Lambat dapat!


tapi rupa-rupanya sangkaan saya agak meleset sama sekali, kerana saya ditawarkan pakej D!!!!!! iaitu Pendrive comel+murah+cepat dapat+bayar kemudian!!!! hahahaha....rezeki2~time gaji tak dapat ni la semua benda kulihat sgt comel. adakah ini satu penyakit yang menyerang orang lain juga? serius saya sangat terharu, tapi takdak la sampai teresak-esak nangis mengenangkan baik benar hati budi si Eza ni! saya cakap kt dia, pendrive ni semua comel, murah, tapi saya belum gaji. sedangkan order akan di tutup 1tghri ni!!!! ouhh mak~dengan sepantas kilat tak ragu-ragu, Eza ni cakap:

"takpe...order dulu...guna duit saya dulu ye..dapat gaji nanti xpe byr"...

ni pendrive igauan order saya.jangan bangun tidur mamai2, ambik pendrive ni pegi tangkap gambar orang lain sudah. ini pendrive ye semua~saya order yg 8GB harga RM38. sebelum ni saya tengok 4GB pendrive serupa RM 40~!!!!


manakala, beribu ribu koleksi pendrive murah comel ni sila dapatkan di Halieza Eza Ali Al-Murisy. kalo boleh saya nak dapatkan semua koleksi comel ni, tapi apakah sangat maklumat yang saya nk simpan! walaupun otak saya adakalanya tidak dapat mengingati semua maklumat, itu tidak bermakna saya wajib membeli semua pendrive utk membantu saya~bhahahahhh...


manakala in ayat tacing iklas from eza~



ok, sekian..next entry, biiznillah!

Thursday 28 March 2013

bicara posting 'B' :)

assalamulaikum :)


sejak kebelakangan ini, cuaca di 'Mesia' makin panaihhhh....fenomena equinoks katakan...di mana matahari berada betul-betul pada garisan khatulistiwa..negara yang betul-betul berada pada garisan khatulistiwa ialah negara kita la! macam mana lah hari Kiamat nanti, matahari sejengkal dari kepala...
semalam nak update lagi, tapi disebabkan rakus melawat sepupu, mak sepupu, dan ayah sepupu di Sg. Badak, makanya update di-extendkan ke hari ini. hohoho...duduk rumah sepupu sampai 12mlm lebih, dahla melantak air manis banyak cawan, siap bantaiiii 2tin keropok kentang Potato~mautt banyak kolesterol. nama je ko-less-terol.tak less jugak, more sepanjang masa! ini bukan salah aku. tapi memang salah junk food tu yang terlalu banyak kolesterol. aku yang memakannya, makanya aku sekali terjangkit kolesterol. hahahahaaaaa.....dh kenyang, baru timbul rasa nyesal pegi lantak kolesterol. apa boleh buat, makan lah lagiii! okeyla, sebenarnya, petang kemarin aku dgn ayah terchenta ronda2 naik moto kt taman. pastu terjumpa pakcik Zali, bestfriend ayah, dia pon tanya:

Pakcik Zali: hang bulih mana posting???

Budak tak posting lagi: taktau lg pakcittt...orang panggil pi lah ngajaq...hihihi

Pakcik Zali : okey takpa la...sabaq dulu...keja apa yang patot...tolong ayah hang, sebab ayah dah lama keja & jaga anak2 dia dengan baik...

Budak tak posting lagi : betoii pakcittt...memang ni niat saya, nak tolong mak ayah sampai bila2~....

dalam hati ni, macam nak nangis 300km/j airmata meluncur laju! tahan2....watlek sudehhh..huhuhu....

malamnya pulak, pi rumah paklang aku...


Paklang : posting takdak bunyi lagi nooooo kakcik...

Budak tak posting lagi : taktau laa paklang...dengaq kata palin awai bulan nam ni. hehe

Paklang : ermmmm...tak pa la...budak sekolah paklang ada dari u, dapat interim. sabaq nooo..rezki masing2...


see? ni antara manusia yang bercakap dengan penuh hikmah, sentiasa menaikkan semangat aku! bhahahaha.....selalu mengaitkan soal kehidupan dengan emosi positif dan lebih menjurussssss ke arah mengutamakan Sang Pencipta! cakap soal posting ni, selagi tak posting, selagi tu lahhh isu ni hot. mula2 isu pilihanraya. maybe aku dan kawan2 akan posting lepas pilihanraya. pastu mai pulak dah konco2 Sultan Kiram-kiram tu kat Lahad Datu. okey, ada pulak yg cakap kerajaan tgh setel isu Lahad Datu. pas LD aman, baru blh posting KOT! tup-tup, minggu ni dengar pulak dah haiiii, makhluk Allah ni yang cakap dia nak tuntut hak ke atas Kedah! glurrrp! dia mengaku dia sultan Kedah fasa I. habis siapa sultan Kedah fasa II ? tak ubah macam pembinaan la pulak, ada fasa itu fasa ini. hahahahahhhh...aku tak putus2 doa, semoga negara kita terus aman damai, dan rakyatnya hidup dalam keadaan penuh keimanan terhadap Allah...aamin...soal posting, biarlah Allah yang tentukan. bukan terletak pada tangan kita, atau pemerintah kita, tetapi pada Allah. ya, this is Allah's Qadr! 


via Safiyah Layyinul Harir :

“Orang yg TENANG ialah orang yg melihat masalah sebagai 

ujian Allah.. Tidak mudah mengeluh.. 

Menerima kenyataan dengan hati yg terbuka dan cuba 


sehabis boleh utk senyum walau hatinya menangis..”

Insya Allah.




Tuesday 26 March 2013

bicara posting 'A' :)

assalamualaikum ;)


seperti biasa, hari ini kakak hengkorang akan cakap lagi soal posting.lagi2 isu posting. beriya benar nak cakap pasal posting. yo lahh...nak explain kat sumorang kang tak pasal-pasal orang cakap den tak sihat! kalo tak menulis kat sini, aiyakkkk..terbuku semacam je rasa~eh tak boleh, tak boleh...wajib kena blogkan perasaan berharga ini. muehehehe. tahukah kamu, bahawasanya aku ini sudah menghabiskan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu pada November lepas? ya. tahu tahu. sambil angguk kepala. ok, dah tahu, soalan lain pula. kenapa hang tak posting lagi? dangggg!!!~ benda macam ni lah yang menyebabkan minda aku terpaksa exercise untuk menjawab pertanyaan. bukan setakat aku, malahan pihak SPP dan KPM sendiri juga belum ada jawapannya. antara jawapan mereka adalah seperti berikut:

SPP: tugas kami adalah mengesahkan jawatan encik2, dan puan2 sekalian. posting adalah tugas KPM ya!

manakala bila KPM diserbuu dgn soalan posting, ini jawapan lazim deyouls~

KPM: erm...sila tengok web/portal dari masa ke masa ye. semuanya diupdate di situ.


*wkwkwkwwkwkw* jadinya, siapalah kami untuk 'suka-suka menempatkan diri' di mana-mana tempat yang kami sukai? itu bukan hak kami juga~errr..edit jawapan nampak? dah betul kan, kami orang bawahan, tugas kami mengikut semua arahan orang atasan.tiada arahan, tiada pelaksanaan. ada arahan, Alhamdulillah, I follow~psssst. tapi kan, since isu posting hangatttt diutara selatankan akhir-akhir ini, hati aku sedikit sebanyak dah jadi macam tisu cap XYZ yang sangat nipiss tu ha. menyerap tak tentu pasal! hahahaha. dah macam2 orang menyoal, dan menjawab yang lebih menjurus ke arah benda negatif. hott jugak denn mendengarnya. sabar2, Allah nampak apa kita buat dan cakap :) malas aku nak cakap kat sini apa benda yang orang mengata n cakap bukan2 pada kami yang tak dapat posting lagi ni. sekadar peringatan untuk diri sendiri jelah kan. bagi aku, benda ni kita hanya mentadbir. tapi, tapi! cepat atau lambat itu takdir Allah. setiap sesuatu tu ada lah kan sebab Dia dah aturkan, kenapa nak banyak sangat cakap benda-benda negatif? dah Allah kata waktu itu yang terbaik, bukan sekarang...aiyakkk...kamonnnn peeps, uols yang mengata itu ini, suatu masa dulu penah kan rasa onak ranjau duri dalam kehidupan...jadinya, adalah lebih baik doakan yang baik-baik untuk orang lain, selaku 'anak-anak kita' dan 'orang yang ditugaskan untuk mengajar anak kita'. please, jangan cepat melabelkan orang itu as itu, as ini....dia pointer rendah kott, eh duduk maktab pon menganggur jugak ka, maktab pon tak jamin dah lani noooo~ CONTOHNYA la kan...mueheheheheee... jangan buang masa dengan cakap benda negatif, lebih baik bagi nasihat dan doa ke atas kesejahteraan semua makhluk. serius, ai tark shukerr taww owangg yang shukerr ateww bendew-bendew negatiffff..itteww waserr nak sembur Ridsect jew at dyer, bia dyer pegi main jejauh.


nah, ayat selekeh yang mintak didenda ketuk ketampi 500 kali. betul-betul penegasan gayanya! bhahahahahhhh...

apakah tempat kita posting?

oloo...tak habis2 ura-ura...kura-kura dicelup tepung tempura, jadilah kura-kura yang berpura-pura. boleh macam tu tak? hari demi hari perutku makin senak menunggu penempatan posting. senak2 pon, makan makin berselera! ffffffffuh. ada macam2 brita mengenai posting, ada yang ckp hujung mac, ada yang ckp awal April. tunggu punya tunggu takdok apa habuk brita pon. jadinya, doa jelah dan doa jangan stop mudah-mudahan Allah mudahkan semuanya, urusan aku dan semua kawan2~ lagi satu, ada satu benda yang akan keluar keputusannya April ni. ffffuh, seriyauuu mak! Ya ALLAH, letakkanlah kami semua dalam tempat terbaik. 

Saturday 23 March 2013

S.A.B.A.R

sentiasa sangka baik dengan Allah dan semua makhluk. semoga yang baik-baik itu akan datang kepada kita, Allah humma aamin...sabar, kerana sabar itu sangat cantik. Fasobrun Jameel :)





Berkata adalah selembut-lembut lidah,dan hati jua yang sepayahnya merasa.

Walaupun kadangkala manusia lebih memerlukan pendengar terbaik,tapi mendengar apalagi menerima nasihat nyata jauh lebih baik.Usah terlalu dihakimi ‘siapa’ yang memberi nasihat,selagi nasihatnya mengingatkan dirimu tentang kebesaran Allah.

Percayalah,dia perantara dari Allah untukmu! =)


se lagi, untuk diri aku....ingat, waktu sng kita itu sebenarnya Allah lah yg mudahkan...jangan mudah lupa!

“Usah mempersendakan sesiapa yang tidak mampu melakukan apa yang boleh kamu lakukan dengan mudah. Ia mudah untuk kamu sebab Allah swt made it easy for you…”


Thursday 21 March 2013

bila hati yang berbicara~

                                                                   assalamualaikum :)


                           bila mulut tidak lagi berkuasa untuk berbicara 

                                   hati saja yang akan berkata-kata,

                                   pelbagai persoalan di kepala,

                                   namun tiada apa daya,

                                    aku hny berserah pada Yang Esa....


aku rasa sepanjang tahun ni aku diuji, sejak Januari hingga Mac kepala aku ligat berfikir macam2....aku cuba kuat, kerana di samping aku ada Allah dan hamba Allah yang sangat hebat semangatnya, mak dan ayah...Ya Allah Ya Tuhanku, dengan rahmatMu, bukak kanlah semua pintu syurga kepada mak dan ayahku untuk mereka memasuki mana-mana pintu syurgaMu, kerana mereka adalah hambaMu yang terlalu banyak kebajikannya kepada kami semua~aamin.


Ya Allah Ya Allah, aku risau sangat sekarang. tapi maintain buat muka sememeh macam takdooooooo masaloh~kerana aku yakin, di setiap kesusahan pasti ada kesenangan! (Al-Insyirah). Ya Allah, bantulah aku....sesungguhnya setiap masa, setiap nafas, setiap detik hidup dan mati ku, aku memerlukan rahmat dan kasih sayangMu tanpa henti. insyaALLAh, dengan kuasaNya, apa pun akan berlaku, Kun fayakun ♥♥♥♥♥♥


nak hilang jap stress, mohh kite layan page comel2~hehe 

tengok sini ye adik-adik comel 





comel sweet giler kan sandal mouse ni, macam tak sampai hati nak pakai. tapi kalo dah beli apa guna nya takmau pakai! hehehe...sandal ni pakai time bawak kereta mmg osemm la, boleh tekan minyak, brek, clutch dengan efisen skali, bhahahahhhh. harga dia pon comel gak r bagi orang tak keje macam aku, RM 70. hehehe

 
  ha ni lagi se! comel gila. bertutup. RM 85. kalo dapat, memang aku 'akan sampai hati' pakai ngaja gi skola. heheheh....bertutup warna itam, okeyh la tu menepati ciri-ciri etika pemakaian ke tempat kerja bagi kakitangan kerajaan. hehehe... so shweeet~
 

Saturday 16 March 2013

Aryaa Hijab ♥

assalamualaikum :)

hai gegurl semua!!!! hahaha....ekceli ai baru balik sekolah. sabtu2 ni kena ganti pulaksss kansss...tak pelah, jadi cikgu mana ada istilah rehat. keja lain pon sama takdak rehat. takdak benda mudah dalam idup....tadi ada sorang cikgu Prasekolah ni tanya pasal tudung Akel bidang 50 yg cheqq pakai...dia nk order. masalahnya dah habis donk sayang, yang ada bidang 60 ja...ouh kesian Kak Kiahhhh,,,,tak sangka pulak kan, ingatkan semua wanita yang berkeluarga  suka tudung EXPRESS SHAMISHA, main sarung-sarung je dah! siap......tapi kak kiah ni sama favourite dengan haku.! hahaaha...dia nk cari tudung bawal yg lebih sikit dari bidang 45. aku dh tanya kt Rayyan Haya', tapi depa tak bagi jawapan lagi....alamak, di saat gaji belum ada ni laaaa nafsu membeli memuncak! tak boleh membeli, kita 'belah' saja lah~huhuhu...serius tudung dia sangat awesome n elegan. tatau lah kan, len orang len citarasa...I want this mommy!!!!!!





p/s: labuh atau tidak tudung seseorang wanita bukan soal utama. yang penting, Allah kata kena melepasi paras dada....n setiap apa kita wt, mesti ada sebab nape aku wak getu, nape aku wakk gini...hehehehe

Thursday 14 March 2013

awesome cartoon

assalamualaikum....

hari ni aku tertarik dengan satu profile pict....agaknya akak ni mesti sama spesis je ngan aku, suka letak kartun as profile picture..hehehe...dengan beraninya aku tanya dia...heheheh



Monday 11 March 2013

Apa yang kita dapat itu yang terbaik~

assalamualaikum ;)



agak lama saya menyepi, kerana ketiadaan intenet.kalo ada intenet memang update kerap la jawapannya!ngeheehehe....banyak benda nak update diikutkan, kalo boleh basuh sebiji cawan pon update! hahaha...terasa rindu dengan ayat2 bahasa sejak tak mengaji.LOL. ekceli, saya masih belum dipostingkan lagi. senior dulu2 posting paling lambat bulan 2! okey, jangan merungut..sudah,sudah! ada la rezeki terbaik Allah sedang atur. think positive dengan perancangan Allah. sekian, kembali ke angkasapuri bersama Siti Murni Abdul Aziz~