Saturday 17 September 2011

++ edisi putus cinta ~

                                    assalamualaikum ;)


tempoh hari saya dapat s-m-s dari besfren yang crita dia sangat sangat sedih. sedih sebab putus cinta dengan lelaki yang paling dia kasihi.ecewww wah.ayat sedikit dramatis.hahaaah..okeyla.siapa yang dekat sini pernah putus cinta?cuba menangis kejap boleh? ok serius. putus cinta tu sedih kan,? ada ke orang putus cinta ketawa berdekah dekah.? cuba bagitahu sini, pastu kita ramai-ramai buat research dekat orang tu nak? pelik gilerrr lah kalo tak sedih hai. hihiii..sometime punya la sedih kan, sampai makan nasik pon, airmata jatuh dalam pinggan nasi melimpah ruah boleh jadi sup. sometime pulak, airmata asek takung je dalam kelopak, sampai mata makin rabun jadinya, seolah olah tak nampak peti sejuk yang tiga buah pintu-bosar gOdang.bukan saya, orang len ye~bhahaha...kena ingat, tu semua ujian Allah untuk hamba yang Dia sayangi. makin banyak benda diuji, tu tandanya kita makin dekat dengan kasih sayang Allah ye dok? iyeeeee jawapannya. 


letsego kembali kepada perbincangan tadi.kawan saya tu takdak blog.tapi saya tahu dia silent reader, and memang dia kerap view blog picisan saya ni. blagak mcm banyak sgt silent reader.padahal dia sorang jer. ehe.....saya cuma mampu tenangkan dia seboleh mungkin, sebab orang lain hanya mampu nasihat, yang melaluinya kita kan? kalo kita tak kuat, memang nasihat segala bagai pon kita tak kan makan saman. ini bukan salah sesiapa, soal perasaan memang semula jadi uuuuuu...saya berjauhan dengan kawan tu, tapi sempat s-m-s doa apa2 yang patot jelah kan nak ilang sedih, even`tho saya ni pon tak hepi mana-sekurang-kurangnya saya takmaO sedih noksssss...


 setelah difikir-fikir kembali, ada sebab Allah turunkan ujian kan. banyak hikmah, & rahsia keTUHANan yang kita tak tahu. cuma think positive, benda ni jadi atas izin ALLAH. kalo Allah kata jadi, jadi lahhhhhh..kalo Allah tak izin, macam mana pon tak jadi. doa lah atas segala sesuatu. jom kita amati kata-kata di bawah untuk memujuk hati yang sedih and berduka lara gara-gara chenta~ heh.




~semoga sinar untuk hari esok masih ada~sempat lagi letak gambar bear yang ada shining2.







Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.



No comments:

Post a Comment