Friday 4 October 2013

Belasungkawa Posting~Part 2#

As Salam :)

Yeahhhh! Apa khabar orang kampung semua? (orang bandar taknak amik tahu)...
Ekceli, belasungkawa posting part satu yg baru di-post tu dah tulis terlalu lama, simpan dalam draft. Mujur boleh simpan dalam draft. Kalau boleh simpan dalam peti beku, nak jugak try simpan entry dalam peti beku. Agak-agaknya lah kan, kalo boleh simpan dalam peti beku entry ni, bila dikeluarkan nanti boleh jadi macam Nugget Tempura Ayamas tak? *wkwkw* serius sikit woi! Sebelum posting, ada jugak le satu malam tu... Saya bermimpi... Berada dalam hutan. Mimpi tu macam senyap2 ja... Takdak ler pulak cakap apa2 ka, kan... Bangun tidur macam, errr... Tak sedap hati lah. Takkan mimpi tu saja je kot. Mesti ada Allah nak tunjuk sesuatu, sebab kita ni manusia, mesti nak mimpi yang benar-benar saja kan? Dan...Tahukah kamu.... Sebelum tidur, satu perkara yang selalu diamalkan ialah aku mintak doa pada Allah...

Ya Allah... Tunjukkanlah aku mimpi yang benar saja. Yang akan memberi aku ilham dan petunjuk terbaik dari Mu... Jangan berikan aku mimpi yang merupakan gangguan syaitan dan sekutunya.Aamin~ 

Dah cek result posting, tinggai seminggu ja lagi kena laporkan diri kat Sarawak. Nah! rasa macam @#$%&*+ punya sistem pentadbiran! Tak menyusahkan orang memang tak sah! Hampes krampes. Dahla down tengah memuncak, sedih berkelodak, tangis esak kuat berteriak. Masa makin suntuk. Rasa macam takdak tempat pergantungan time tu. Cuma mintak Allah mudahkan urusan, hilangkan sedih. Dan makin dekat waktunya.. Aku harus pergi. Wuwuwu. sedih bhai...kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. siap kilat sabung menyabung lagi gittew~lemah gila. tapi malas nak tunjuk dekat mak ayah. Konon la kuat kan. dalam kepala memang ada beberapa perkara yang sedang dipikir, antaranya: *wah macam karangan mak nenek lagi*

1)Ala, aku mesti dapat area Kuching ni. sebab aku kan kos pendidikan khas. mana ada pendidikan khas pedalaman bro!
2) Sah! aku dapat bandar kot. pendidian khas tidak tercipta di pedalaman.
3) Barang keperluan makanan tak yah nak beli sangat la. sana banyak kedai. rilek sudah.

Flight ke Kuching adalah pada 2Julai 10malam. Ouh man. sendi aku sakit. jadinya, 1julai adalah tarikh melapor diri kat Hotel Empress Sepang.Masa di hotel, aku nampak family Wani tengah sibuk 'gugel' sekolah dia. Ayah wani dah call JPN tanya sekolah si anak. sedangkan aku, call berpuluh puluh kali tak tembus lagi. sabarrrr je. dahla sedih tinggal mak ayah tak hilang lagi. sedih baru pulak muncul. orang lain dah tau sekolah, sana sini pakat cari geng sekolah sama, PPD sama. aku? akhirnya, hati aku desak untuk wat taktauuu jerrr..Malam tido kat hotel, aku menangis sama-sama dengan wani. serius kenangan kot. dia dapat pedalaman 2, SK Nanga Nansang area PPD Song. dia sedih dapat pedalaman 2. manakala aku, sedih sebab taktau lagi dapat mana. orang lain cakap, call PPD Belaga. Depa ni ada nama cikgu baru untuk seluruh Sarawak. kiranya, kalo call bagi tau nama dan i/c, PPD Belaga akan bagitau kita daerah mana posting. call punya call, PPD Belaga cakap nama tak keluar secara rasmi. call PPD Tatau, PPD Tatau pon TAKTAU nama lagi! haha. bengang sesangat.call PPD Lundu, pon sama. amboi nampaknya semua PPD dalam Sarawak ni nak buat suprise kot. takyah nak suprise sangat la. dah banyak kejutan dalam hidup ni yang aku terima. lepasni sebarang kejutan jangan harap aku nak terkejut lagi. perghhhhh geram! 

okey, esoknya awal pagi 2julai, aku masih taktau lagi di daerah mana aku di tempatkan. tapi gerak hati kata jangan ambik tahu. go on ja. Yakin Allah akan mudahkan dan aturkan semua.Suaini classmate aku ni rajin le pulak call JPN sarawak. kata JPN sarawak, nama aku ada kat SK Lusong.Area Belaga. google punya google, tak jumpa sekolah tu dalam intenet! arghhhh ammak, apppakkk, help me!yang ada gambar air terjun macam Niagara fall tu.sah no need to suluh, aku kena naik bot! macam jeram killer lagi dah. Ya Allah gelombang kuat nak mampus seluruh badan aku. tapi muka aku still rilek konon. cehh.dalam duk makan kat hotel tu, ada sorang budak perempuan semeja dengan aku, makan sekali. dia dapat Belaga, pedalaman 1. Dia tanya dapat sekolah mana. aku cakap tak tahu lah. dia kata, kelmarin ada budak laki 6 orang dapat pedalaman 3 belaga. aku pon pikir la... mesti bukan aku kat situ. dah sampai 6 orang lelaki kat sekolah tu, apa pulak ramai2 nak hantar lagi ke sana. 

okey, malam tu flight ke Kuching 10malam. delay, jadi 11malam. sampai Kuching dalam 1lebih. sampai ja airport Kuching, bas bawak ke Hotel Margerita apa ntah. di hotel tulah aku menerima surat. tajuk nama sekolah tersebut ialah SK Lusong Laku. fine, takdak nama Nanga, Sungai,Muara, Ulu, Long. haha.. opkos aku terselamat la kot daripada sungai.

3 comments:

  1. lama tak singgah kat belog my adik..semakin matang dan bertambah pengalaman..i salute u dear!

    ReplyDelete
  2. hai awak.. heee kucing sihat..:) lama x update blog yerk.. mcm mane sekolah tu.. mcm menarik je ade air terjun Nigeria tu.. penah mandi x.. saya sebenarnya salah sorang dari 6 orang laki yang masuk dalam pedalaman ari tu.. saya kat area Bintulu tu selalu tengok awak.. suka tw tengok awak.. comel hikhik.. dengar cita pandai masak sambal sotong.. saya masih single tw.. awak single lagi kan.. cuti ni saya xbalik kg la.. boleh saya pergi ke sekolah awak.. nak tengok air terjun la.. leh kita BBQ kat tepi tu.. selalu nampk asap kepul2 dari arah SK Lusong Laku tu.. mesti korang selalu berBBQ kan.. rumah saya xjauh dari sungai tu pun.. saya tengah mencari jodoh ni.. tapi kawasan kg saya ni xdak yang pndai masak la.. saya tinggi-tinggi tw kat sekolah tu.. saya pandai bersyair..

    ReplyDelete
  3. hoiii anonymous. aku rasa knl hg la.. pang sedas nak? hahaha

    ReplyDelete