Saturday, 13 October 2012

hampir berakhir

assalamualaikum :)

seharian intenet takdak, dari pukul 12 sampai 6petang. nak pengsan rasa..tapi tak jadi pengsan sebab my room yg sangat adorable itu nyaman. hahaahhh..sanggup puji bilik sendiri. tido duduk semua atas lantai. tak rajin lah nak pegi cari tempat berhawa dingin atau mana2 tempat yg jauh tapi ada elektrik. semua tempat minyak kawasan Padang Nenas tutup, sistem offline.akhirnya, pukul 5lebih camtu aku keluar ngan Leha my roomate. gi pantai. betul cakap orang, kalo hati yang tidak tenteram dan fikiran kusut, tengoklah beberapa perkara yang bukan saja dapat pahala, tapi buat hati tenang. antaranya,

1) Kaabah
2) muka mak
3) air laut
4) baby
5) haiwan

kalo tak silap la..kalo silap, please tegur ya. masa dekat pantai tu, ya ALLAH tenang taktau nak cakap. kan bes kalo mak ada.pilihan utama mestila tengok muka mak. cium dahi mak salah satu cara hadang daripada benteng api neraka. indahnya mereka yang dapat mengadap muka ayah setiap saat, pengalaman berharga! semoga aku jua insan terpilih untuk sentiasa bersama mak ayah setiap saat detik 'lepas ni'.. aamin~uhhh, ayat telus dari kotak hati nurani yang iklas.phewwwwh. 

pada masa yg sama, aku sebenarnya ada kesedihan yang takleh nak cakap. apa pun, Allah akan tunjukkan. aku yakin. 



p/s: when we believe Allah is the best planner, we shall give our best, and let Allah settle down the rest~ aku senyum bila ayat ni berjaya di hapal.dan percaya 100% setiap apa yg berlaku adalah ketentuan. pap pap pap pap bunyi tapak tangan pergi dari blog, untuk shut down aktiviti hari ini. hehe..




*gegurl gemuk yg hobinya suka eat-eat*

Friday, 12 October 2012

touching pepagi buta~

assalamualaikum :)

sekarang jam aku menunjukkan pukul 3.23 pagiii...whoaaaaaa.mesti terkejut terkesima kalian pelik tengok tak tido lagi time ni. selalunya, pantang kot. time ni xkan pernah menghadap laptop...atau pun, sebulan yang lepas aku terpaksa 'meng INSOMNIA kan' diri ku. memandangkan kerja2 presentation tesis, serta penulisan tesis yang tengah kucar-hanyarrrr bak kata orang Tranung Kiter~ hehehe...dan aku tak sangka sama sekali, disaat aku sedang menulis entry ni, aku dah siapkan 98% penulisan tesis. lagi 1% aku las editing bahagian rujukan, dan lagi 1% untuk jilid yang memerlukan aku bersabar dari segi kewangan..hahaha...apa boleh buat, hidup perlu diteruskan.ayat ni lah menjadi semangat buat diriku, supaya melalui hari2 akan datang dengan tabah...chewwwwah, brapa markah bg untuk aku? dahla tidoq awal, dengan slumber bangun pukul 1.50 pagi, mandi-manda           (bukan di sungai atau pantai) pastu on facebook. bila on facebook pukul 2pagi, berapa kerat sangat umat yang online. sistem beramah mesra semakin decrease pada waktu2 sebegini~bertabahlah wahai hati. lepastu, tengok status Encik Marzuki, aku try komen...berani pulak kan....ngeeee...untuk pengetahuan anda semua, encik ni adalah penyelia tesis aku. dan lebih mencatatkan sejarah, satu-satunya 'guru' yang membuat pemerhatian paling lama dalam diri aku..hohoho..biasanya, setiap sem mesti berubah lecturer kan...ini tak, start praktikum 3 bulan, dan tesis semua2nya hampir setahun, aku diselia sepenuhnya oleh encik ni..err lupa nk catatkan dialog maya aku dan encik pensyarah...

 
Encik: hari siapkan kerja .tanda assignment pelajar. buat jadual waktu cadanga...susah woi. kemas meja biar cantik walaupun tuan meja kusut masai

Aku: syabas encik marzuki >.< hehe

Encik : tidorlah atau baca buku pereksa tak lama lagi

Aku :  ok encik, thank you...baru hendak bermula..hehe

Encik : jangan seksa diri.....awak masih muda jaga kesihatan..skrg 2.40 pg




huhuhu...aku siap bold dan large kan tulisan encik. untuk menunjukkan betapa prihatin nya my lecturer dekat anak didik dia...hoho..padahal bukan saya tak cukup tido encik, dah terlebih tido ni. baru bangun..dan lagi satu bagi aku...bukan semua benda n setiap waktu mak ayah boleh bagi nasihat & pantau non stop. adakala orang lain pulak yang ambik alih soal tegur n nasihat untuk kita. tambah orang yang jauh dari mak ayah, macam aku ni. mesti la kena bimbingan dari orang lain jugak. kita bukan manusia perfect, tak perlu teguran. kita manusia biasa yang banyak kelemahan, dan terlalu banyak yang kita tak tahu mengenai kehidupan. so, kalo ada teguran, nasihat baik2, terima n say Alhamdulillah, terima kasih pada yang menasihati. bukan semua benda kita akan dapat teguran dari Allah. kita bukan siapa2 untuk mendapat wahyu secara terus dari Allah. kita manusia biasa, yang ada perantaraan untuk mendapat teguran dan nasihat. fuuuu ngungungu...touching tetiba...stadard chartered lah kot. bila orang nasihat aku, aku akan sayang n anggap orang tu macam family aku. tanpa nasihat, kita tak jadi manusia. hahaaa ok bye, teruskan buat prosiding yang tak start lagi. esok malam dinner perpisahan, sure tak kan siap keja lagi. adoyaiii


Wednesday, 10 October 2012

tragedi 9 oktober

assalamualaikum ;)

minggu lepas aku sangat mengantuk dan sangat happy. minggu ni aku takelh tido, dan sangat sedih~adudududu....lately semakin sedih, macam banyak ujian dan dugaan tidak djangka berlaku...wuwuwuwuwu..tacing mehhhh. aku memang kelat gila pegi kelas tadi. seminar KSSR tu aku nampak macam dh takdak makna. yang aku nampak muka mak ayah..Ya ALLAH, mak ayah...ni kah kehidupan? kadangkala lebih banyak kesulitan dan kesusahan daripada kesenangan yang diusahakan...dan subuh tadi, aku cuba mencari kekuatan. aku bangun awal konon buat keja.langsung takley fokus apa yg dibuat. google punya google godek godek, aku jumpa kata2 semangat yang bikin aku sedikit tenteram...apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan......dan nasihat mak ayah tetap nombor 1 bagi aku, walaupun aku kadang2 tak setuju jugak sesuatu tu..kena ingat, pandangan mak ayah adalah pandangan ALLAH, selagi mana tak berdosa dan tak syirik (",)



... dan masalah berkadar songsang dengan ilmu: Semakin tinggi keilmuan sesorang, semakin sedikit perkara yang dianggapnya sebagai masalah...Anggaplah Allah lebih 'besar' daripada masalah tersebut, dan berkuasa terhadap segalanya...masalah & tekanan yg dhadapi tak akan selesai dgn terlalu cepat, dan tidak terlalu lambat..biasanya TEPAT pada masanya..Smile, Allah Loves You ❤



tenangkanlah hati aku Ya ALLAH, mudahkanlah setiap urusan ku dan makbulkanlah setiap doa dan rintihan mak ayah ku~aamin 

Sunday, 7 October 2012

--detik-detik akhir--

assalamualaikum ;)

uuuuhhhh, aku tak sangka sekarang aku berada hampir pertengahan bulan 10! wow, kenapa cepat sangat!!! tssk~pengsan. tak sangka dan tak sanggup bersedih nak tinggalkan kawan2 kesayangan, dan tempat yang banyak melakar kenangan dalam hidup (setakat ini).hohohoooo..Jumaat ni dinner untuk budak sem 8. dulu2 bila aku add facebook senior, aku selalu view photos depa. photo2 dinner, & macam2 aktiviti yang menggambarkan masa mereka semakin suntuk untuk bersama! ffffuh. ayat seram. pastu mula la...aku monolog dalaman sorang2...


"ish...sumpah sedih gila time nak berpisah. stakat kenal 5 hari tahan lagi.ini 5 tahun stengah...nanti2 aku mesti kena spare tishu at least 4bungkus."....


sebabnya, aku kan berhati tishu. mehehehehhhh..mudah menyerap kot..pantang tengok orang nangis, sure aku sambung punya la. dah nangis tu bukan tau nak stop. op op op opppaaa gangnam style~malu seyh.. kadang2 aku tak menangis untuk sesuatu situasi tu..tapi aku sebak sorang2...sebak tu akan terbawak-bawak untuk tempoh yang lama...ahaaaa. faham tak? i mean, aku akan terfikir, terkenang, imbas kembali kenangan itu. adeiii.susah tak jadi aku? apa pun yang berlaku, hidup perlu diteruskan...masing2 kena bawak haluan. maybe jumpa lepas ni, kawan2 aku semua pakat bawak paling kurang 3 orang anak. aku? tak kisah...aku follow segala percaturan yang Allah tetapkan..hahahahhhh..slogan yang aku suka 'Kun fayakun' kan~hewhewhew..dan lagi sekali...aku berasa kurang faham dengan diri aku. kenapa time takdak kamera dulu, aku nak sangat upload gambar dalam blog. dah ada kamera, hampesss krampesss punya malas...adoyaiii...so, taknak kecewakan diri sendiri, aci lah aku upload yang ni je? daripada takdek langsung kan...hihihi....




p/s: esok kena mangkitt awai..buat prosiding. mati la aku kalo tak siap kena bahammmm dengan cik Fatin. huhu..dia baik orangnya. tapi bab2 kerja, on time baby! syabasss. bukan semua orang boleh jadi macam tu. tepok tangan 40 kali untuk dia...untuk dia..,sambung lagii lagu Najwa Latip. :) 

++ S A B A R ++









bismillah..pahat dalam hati, Dia satu-satunya cinta TERAGUNG..sabar..jangan cepat marah dan melenting (",)..Allah berfirman, faSOBRUN JAMEEL...sabar itu cantik...lebih tenang...seseorang itu tak dikatakan beriman selagi mana dia tidak diuji. 







Untuk mendapat apa yang disukai, berSABARlah menempuh sesuatu yang diBENCI. apa motif hidup yang dicari? Keredhaan Ilahi~

Saturday, 6 October 2012

Jangan Jadi 'Pandai Songsang'

assalamualaikum :)

Bismillah, selamat datang Oktober! hehe...semangat nak update blog karat ini semakin membuak-buak sejak minggu lepas lagi, masa sibuk siapkan tesis. tapi sebab tak sempat, kita extend dulu. dah hantar tesis petang Selasa, pagi Rabu keesokannya aku dan junior2 ada kem di Kem Kijang Pengkalan Chepa, Kelantan. hehehe...see, bz tak I ni? wekkkkkk~sila menyampah dgn ayat ni.hihihiihi..kem tu mmg awal2 nya aku sikit pun takde rasa ikhlas nk pi...tp dh terpaksa, ikut jela kan. akhirnya, dh nak habis Kursus Peningkatan Profesionalisme ni baru rasa best...wahahaha, semangat yang tak dijemput tiba2 datang tak semena-mena. nantikan upload gambar2 tersebut ok! (macam la ada org nk tgok)


balik dari kem, aku tak rasa letih pun. sebabnya otak aku ligat berpikir mengenai seseorang. aku tak faham jugak dengan manusia ni, sesetengah jelah. bila dia rasa diri dia perfect, orang gurau 'tak kasar' pun dia anggap penilaian negatif. eh, tolong sikit 'encik kelapa'.kamu yang terlalu sensitif, terlalu skema, terlalu straight dlm kehidupan, teruskan jelah hidup kamu. jangan anggap gurauan orang tu sebagai penilaian negatif. jangan perasan sangat. ingat sikit, kita ni siapa di mata orang...orang lain tak hinginnn sangat pun nak buat penilaian kat kita. kita perasan lebih, sensitif tak bertempat. eiiii tolong. aku tak suka la..jangan anggap semua manusia 'pelik' dan 'berfikiran negatif' kat kita. perasan perasan perasan puiiii.


orang berkawan dgn kita sebab dia boleh terima diri kita seadanya..kekurangan dan kelemahan tu dia terima. so, """"KITA""" kita yang dikatakan manusia baik dan sensitif tak bertempat ni, kalo tak suka orang bergurau n melawak dgn kita, cakap elok2. tak payah la hentam orang bukan2. aku tak kan bagi chance. Allah suruh kita buat baik dengan semua orang. tapi Allah tak suka kita jadi 'bodoh'..jgn biarkan org buat dan kata lebih kurang...so encik Kelapa, gudbye~perasan lah sebanyak mana yang kamu boleh perasan, takdak manusia heran ponnnnnnnn...ok, sekian entry menyampah aku dekat encik Kelapa ni. tiada kaitan dengan kamu2 semua yg sangat baik dihatiku.weeeho~ (",)

Sunday, 30 September 2012

 salam alaik ;)

Hari ni 30 September,,hari akhir bln 9! tak perlu dicongak, ada baki lebih kurang 40 hari je lagi nak duduk kat maktab ni. sedihnya :'( .....kenangan suka duka yang banyak membentuk aku menjadi manusia sebenar...malam ni seolah-olah akan menunjukkan simptom2 malam kedua aku mengalami insomnia. semalam aku langsung tak tido nak buat tesis yg sangat banyak tak siap. malam ni kalau aku masih insomnia, aku macam xmau buat lagi lah tesis. rehat jap! apa lagi. internet lah~





INSOMNIA MENYEBABKAN AKU IKHLAS MEMUJI-MUJI KELAJUAN INTENET DI RUMAH SEWA INI...BIASANYA AKU 'OUTSOMNIA' IAITU OVERDOSSSS TIDO...TAPI SEKARANG MACAM DAH TERBALIK...KURENG BOLEH TIDO...ADAKAH INI DISEBABKAN FAKTOR PERALIHAN USIA???? arghhhhhhhhhhhh, aku masih muda!