assalamualaikum.....
hampir dua bulan aku tak ber-blo! argh...rindunya.....walaupun bukan ada orang baca pon!. tapi life aku banyak berubah. Allah...bagi lah aku hikmah yg besar di sebalik semua ujian ini, aamin...insyaALLAH...
p/s: doakan kakak saya selamat dalam pembedahan hari ini...
(kak Maizatul Akma Jamaludin)
assalamualaikum....
dengar dari banyak sumber, 25Jun ni tarikh cek posting! dang!!!~ agak2 lah kan...kat mana aku dapat? sememangnya impian aku dari dulu...nak posting paling dekat dengan rumah, nk duduk dengan mak..hati aku tenang, bahagia, walau aku tak punya elaun pedalaman! cukup puas bila boleh jaga mak ayah & tengok mereka setiap waktu....sebab dah lama sangat aku duduk luar sejak umur 13..masuk asrama SMK Seri Badong, MRSM Kuantan, MRSM Pendang, UM, IPG Terengganu..jadinya, bagi aku Allah tu sangat lah pengasih dan penyayang...aku yakin dengan hikmah semua ni...
Ya Allah Ya Tuhanku....bagilah aku posting paling di Kedah....huhuhu..dah lama kan doa n usaha, tak kan la Allah tak dengar doa kita...Allah tu Maha Penyayang...ish, risaunya..
gambar konvo dah sampai..yeayy!!!! ingat senang ka aku nk bergambar dgn mak ayah aku..ayah aku ok,telebih spoting mik gambar siap ajar anak-anak posing lagi..manakala emak aku,jenis yg tak suka exposed...hehehe..malu sangat makkk ittew~hehe
jiwa aku kosong. menantikan sesuatu...Ya Allah, sampaikanlah aku berita gembira setelah sekian lama aku dirundung duka...sesungguhnya hati ini milik Allah, tersenyum saat gembira adalah biasa...tapi, tersenyum saat ujian menyapa itu luar biasa...
sementara menunggu solat isyak tadi, saya sempat view satu cerita mahasiswa sebuah universiti. beliau bijak mempertahankan agama Allah,melalui bahasa lembut yang Allah ilhamkan kepadanya...mahasiswa ini berdepan dengan keadaan tersepit, dia dilarang tegas untuk menanggalkan niqabnya jika ingin mengikuti kuliah bersama seorang pensyarah. Ya Allah..adi ini muda pada aku. tapi dia sudah ada bakti pada agama Mu Ya Allah..macam mana aku...baca sini~
malam ni takmau cakap banyak. cuma nak bising sikit je. paling sikit pon,3perenggan lah.okey kot. beberapa bulan yang lalu, aku telah bekerja part time. apa yang dijanjikan,ialah gaji dibayar sekalogus.maknanya lebih kurang 3bulan,gaji sekali harungg la dapat. bila dah habis kerja, okey la gaji tak masuk terus. tak kanla aku nak desak depaa semua suruh cepat buat kerja, nampak sangat macam aku yg tak sekolah. oh no, jangan tunjukkan adab kita pada orang lain, bahawa kita ni sangat tak beradab. sedangkan orang yang tak pernah dapat pendidikan pon ramai yang baik,akhlak baik, tambahlah pulak orang yg pernah sekolah walaupun sekejap. tunjukkan sedikit rasa sabar, dan akhlak baik akan dicontohi orang lain. setelah 6minggu berlalu, gaji aku masuk. aku bersyukur sangat. tapi aku sedikit kesal, apa yang dijanjikan tak ditunaikan. aku kesian sangat mak ayah aku. dahlah nak konvo jauh,putrajaya kot. kalo putrajaya tu sebelah parking basikal aku okey. ni kos pergi balik semuanya lebih 300 kot. pastu pakaian nak protokol sangat. baju batik tak batik semua ada, kasut bertutup warna gelap lah,merepek meraban ja bagi aku. boleh tak?? boleh tak??boleh takk? selaku orang yg lebih tinggi kepimpinan nya daripada kami2 ni, cuba lahhh hampa mudahkan sikit urusan orang lain. apa ada pada pakaian yg terlalu rasmi?cukuplh syarat tutup aurat, bersih,kemas. lantak pi lah orang tu nak pakai kemeja tanpa tai ke, baju melayu n kain pelekat ke...aku kesian la, orang2 kampung tak kerja kerajaan, dah tua, nak jugak dia meraikan kejayaan anak2..kdg2 dgn syarat merapu diorang buat,boleh memadamkan semangat mak ayah orang ni semua. hidup takdakk peraturan menyusahkan dan kucar kacir, tapi terlalu banyak peraturan menyusahkan, pon boleh kucar kacir. hoiii kamu yg bertugas sepatutnya bagi gaji aku. cepatla bagi aku gaji. aku tak sabo nk bli baju batik kat ayah aku, kasut bertutup mak aku. ingatt aku xreti guna duit ke?