Tuesday, 10 January 2012
++ fening ++
Sunday, 8 January 2012
++ hidup baru ++
assalamualaikum ;)
memandangkan minggu ni merupakan minggu pertama saya di Terengganu, makanya saya pon dah membuat hipotesis:
semakin lama rumah ditinggalkan, semakin beh-habOk bersepah jadinya.
haaaa yes, tepat sekali hipotesis saya, bermakna jika kes ini dibawa ke makmal untuk eksperimen, confirm lah eksperimen dikira tepat dan tiada sebarang ralat malahan boleh dikatakan saya ni Einstein versi wanita lah kot! hohoho~tipu semata. tapi memang betol, rumah bersepah habuk teruk sepanjang ditinggalkan saya bersama 6 lagi rakan yg bes~sedangkan sebelum tinggal rumah ni, kawan saya yang balik agak lewat sikit dah kemas bagai dah ni. berkilat boleh jadi cermin la lantai yang dipijak ni.
pastu kan..pastu kan...tetiba sampai kat cni pagi 3 Januari 2012, saya terus masuk maktab la..sebab singgah menyinggah rumah sewa boleh menyebabkan kelambatan! efeknya, ada la hukuman baru sempena tahun baru kot..tsssssk~balik dari kuliah, masuk ja bilik sniri....Ya Rabbi! bilik dah macam kapaii pecah lagi..ntah karam dari mana lagi taktau. tapi takleh kemas lagi kot, petang tu g ziarah kawan di Pasir Mas, ayah dia meninggal 2-3 hari sebelumnya. errr...err..sabar jela kan...barang2 yang penuh muatan dalam bagasi tu tinggal mentah2 trus ikut kawan2 lain. hehe::
sampai kat rumah sewa dalam 1.30 pagi camtu jugak la..pengsan dulu kot...sebab letih..bila time mengemas, tengok2 pencuci lantai pulak habis takdan beli...terus sental dengan serbuk Attack yang cuci pakaian tu haaaa...TROLOLOL~ hentam saja asalkan saya berpijak pada bumi yang nyata tanpa habuk dan hama! hihihi -.- tapi memang banyak kali kena bilas la i tell u. sebab buih sabun dia payah hilang, pekat n banyak gilos2..hehe..nebermaind. tapi hasil untuk sementara waktu memang memuaskan la...pastu, dua tiga hari jugak la pakat2 ngemas gontong-ronYong sampai habis sebab 'our baby' mengamuk sampai habis barang jadi rosak n merata-rata~tau tak siapakan gerangan our baby tu siapa? answer is t.i.k.u.s,,tapi ada satu cerita mak penah gtau baru ni, dulu tikus 'bersalin' dalam rumah. pastu mak saya buang...waktu malamnya, mak tak sedar pon tikus masuk dalam bilik. tapi pagi esok time nak solat Subuh, tangan sakit gila n macam berlubang sikit. tapi tak perasan hapo ko bondo yang baham jari mak saya. kesimpulan yang dibuat selepas letih pikir ialah maybe mama tikus mengamuk kot. kan ada creepy theory mengatakan haiwan comel ni macam sikit2 tahu hint la, kalau ada orang mengata, atau memusnahan mereka. Wallah hu`alamm~
~sori for everything~ errrrrgh :)
sekian...
Thursday, 5 January 2012
++ edisi terharu-biarkan semua berlalu-selamat tahun baru++
assalamualaikum ;)
lama sudehhhhhhhh tidak menulis sesuatu-dedua-tetiga dekat blog ni..hmmm...cuti panjang haritu pon, langsung2 tak dak entry bulan disember...dah tak online kan? cemna nak tulis blog...ouh jap3...nak tanya dulu, awak semua sihat.........? hehe...biar la takda orang nak baca pon, tapi nak state kan jugak di sini title awak semua~hohoho.boleh pulak gitu kan...
ekceli...saya ada sesuatu yang merunsingkan di sini...(dalam kepala)...tapi realiti..kena lalui...emmm...emmm...emmm...camna ea? berserah la pada Allah~apa boleh buat...
"kesusahan tidak semuanya seksaan...dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun...tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus.." sekian....letsego Zohor...mungkin sebab lambat solat, hati dan fikiran menjadi runsing...
Wednesday, 30 November 2011
++ rehatness season ++
assalamualaikum ;)
selaku individu yang sedang mengalami alam percutian, saya seronok. ouh, ayat cam hampaih nyoq since tidak menghadap buku dan juga laptop terlalu lama.online pon tidak juga, masakan internet ketiadaan di rumah saya~hohoho..nama pun budak maktab kan, harusla ikut peredaran cuti sekolah. tapi memang bessss gituwwwwww sebab boleh berlama-lamaan di rumah...lalala...asyik makan, tido, berjalan-jalan dengan family. itu wajib.rugi hoi kalo tak meluangkan masa dengan family & kawan2..nanti dah start semester baru, menyesal pon hado sebab tak rehat. tambah2 la pulak final year student, nah, silakan rehat! hahaha~akibat daripada insiden ketiadaan internet, saya telah mengambil jalan pintas untuk meluangkan masa yang tak berapa nak terluang ini dengan menonton telebision. eh, btul tak ejaan ni? ntah..bukan sakat Astro, siaran tv yang besa2 pon lagi bes sebenarnya I tell u.lani musim menonton Nur Kamadhia slot TV3, 7.00 petang.motif cerita ni diadakan pada waktu Maghrib, saya pon tak pasti. kalo ikut logik akal, apa pasaiii cerita ni buat waktu Maghrib? meng'increase'kan jumlah budak-budak tak solat maghrib ada la....mungkin...barangkali..maybe...dan sewaktu dengannya..tapi tak semua...setakat yang saya lihat dengan mata tak berapa kasar, ramai sebenarnya yang masih jaga waktu solat.
Alhamdulillah. tapi orang yg menaip ni pon sama, tak pernah ketinggalan pon tengok semua2 ni. asalkan Maghrib solat awal waktu, lepas orang azan, go on terusssss bedesssup! bhahahaaa...tapi kan..tapi kan..kisah yang berlaku pada Nur Kamadhia dan insan2 dalam tv tu, ada jugak kan jadi kat sekeliling kita? ada kan..ada kan..ada kan..?opkos ada la...cuma satu nak cakap, apa yang berlaku dalam cerita yang kita tengok tu, adalah pengajaran..bukan buang masa semata, walaupun ya jugak untuk buang masa. pengajaran dia, hoho...pepandai buat kesimpulan. pengajaran dia, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T dan diluar jangkaan mungkin. kita hanya mentadbir, tapi takdir lah yang menentukan segalanya..kalo saja cari pasal, itu bukan takdir.tapi cari nahas mungkin..hihihii..tapi kalo berlaku apa-apa hal dekat kawan, atau orang terdekat yang menerima nasib tidak diinginkan...PLEASE.. jangan mengata atau mengumpat.tolong ya, untuk peringatan saya dan kawan-kawan lain..please jangan mengata, ngumpat, hina, & main-mainkan kesedihan orang tu... tolong nasihat sekadar yang mampu..kalo tak mampu nasihat, diam lebih baik daripada cakap sesuatu yang menyakitkan hati. ye dok? ibaratnya, kalo tak mampu membaja, janganlah meracuni..ingat yok, setiap perbuatan kita baik buruk ada balasan. emm..emm..emm..macam baling bola ke dinding tu kan...harusla bola tu akan melantun semula kan?
memang tak dinafikan, banyak bnda berlaku yang memerlukan kita membuat pecutan amuk!!! marah, sedih, bla3 bagai...jangan marah...sabar sudehhhh~ biarin aja, gapapa..setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..kita tak nampak, tapi rahsia tu semua pd Dia..kepada Kakma-my sister...awak tahu kan...kebahgiaan tu akan datang bila kita berjaya melalui ujian n kesedihan..jangan mintak dikecilkan ujian, tapi mintaklah dibesarkan imah..hohoho~aamin...wahai diriku dan semua, ingatlah..segala yang berlaku, adalah kerana konsep kasih sayang dan adil Allah tak kan pernah sama dengan manusia..maka, Dia tak akan beri kesemuanya, jua tak kan pernah ambil kesemuanya..agar yang ada pada kita, hanya yang layak dan perlu untuk kehidupan sahaja, menurut percaturan Yang Maha Kuasa..
p/s: teruskan membaca blog gonjeng saya yang tak cukup zat..hoho..mengantuk amat....zzZZzZZzzZZ..salam alaik..
Datin Norjuma Habib Mohamed mmg inspire me lah..peminat setia bawal....hihihi
Monday, 14 November 2011
exam and pen ++
assalamualaikum ;)
pukul 11pagi tadi adalah penamat exam untuk paper pertama..fuhh..lenguh sesangat tetangan menulis tadi..maklumlah dah banyak bulan kot tak menulis.time buat assignmen, berbantukan laptop.time lecturer bagi kuliah, zZzzZZzzzZ.........tau kan itu sounds untuk tidur? bukan nya menyalin nota kuliah.. hohoho...jadinya, bila lagi boleh guna pen? time exam jelahhhhhhh kan...tadi tangan ter-rasa kekok sesangat macam children yang baru nak belajar 'pegang pensel' bagai. terketar-ketar tangan macam ada arus elektrik yang menjalar dalam sistem darah.mengarut. ye la..dah vibrate non-stop sampai comot-comot compang-camping punya tulisan. tambah-tambah la pulak saya suka guna pen hitam yang dakwat agak basah..lagiiiii la nampak cecomot. tatau kenapa, pen yang warna hitam plus dakwat basah2 gitu and lembap, rasa macam semangat nak nulih.walaupun idea tak banyak kan. hohoho~tatau kenapa. my creepy theory lah kan, pen sangat mempengaruhi mood nak menulis.hehe~pen yang tak sedap, kadang idea banyak nak tulis pon tak menjadi jugak ayat. pen yang bes, kekadang idea takdak pon nak tulis, tapi rasa cam semangat jekkk nak membuat proses peneraian mencari idea hentam.lololo...doakan saya dapat jawab dengan baik..goodluck untuk kawan2 semua ya..semoga kita semua dapat buat yang terbaik..aamin..sekian, wassalam..
~kan best kalo dak rabbit ni boleh tolong study untuk kakak.kalo bahagi dua pon, ok jugak. ~tralalala..
Sunday, 13 November 2011
kejang~
assalamualaikum ;)
mulai esok-sehingga Khamis ni..adalah exam...hohoho~tapi study entah ke mana..boleh kejang jugak dibuatnya kerana mengikut arus malas...doakan kejayaan saya ya..
Monday, 7 November 2011
raya dan sakit mata~
assalamualaikum ;)
dah lama tak hapdate blog gonjeng ni..rasa semakin malas. hehehe....lagipun, sepanjang minggu ni, asyik sakitttttttt je kan...awal2 minggu ni, demam...ingatkan demam biasa-biasa je..setakat makan panadol lah paling simple katakan..pastu, makin lama..demam tak hilang...tapi sakit urat and sejuk habis satu badan ha. makin hari makin sakit urat dengan badan, sampai ada satu hari tu, takleh jalan langsung...lutut dengan pinggang ke bawah makin kebas..ho.ho.ho...maybe ini lah efek nya dedulu masa jatuh banyak kali, pastu pandang enteng ja kan..tak pernah urut, letak ubat, makan ubat, etc...banyak insiden melibatkan saya saya jatuh kat toilet..ada sampai termuntah-tapi wat `derkkkk' je, pastu jatuh dari tangga-pon wat `derkkk'...dah injured memacam bagai, pastu terus jogging and skipping (walaupun gemuk) dgn kaki yg xbrapa ok pon nak gagah jugak..pfffft~fikir-fikir smula...mungkin ni lah kafarah...atas dosa-dosa yang telah dilakukan...sekurang-kurangnya...bila sakit...mungkin akan insaf dan ingat Dia selalu, yang telah bagi kita banyak nikmat yang tak terkira masa lalu dan hari ini, tapi kita leka...buat banyak dosa...sakit ni sebagai peringatan atau warning awal lah senang cakap kan..hehehe..alhamdulillah..demam dah hilang....tapi kena teruskan terapi urutan nak baiki `enjin-enjin' badan yang kurenggg sihat ni..huhuhuuu...dalam masa yang sama..waktu semayang Zohor, rasa macam ada sesuatu dalam mata saya..sangat berat dan sakit..eh, apakah ini..tak kan la ada duit syiling mata? $$$$$$..lalalala:: lepas semayang, chek2 ada macam sesutu objek baru yang akan jadi nanah...opppsss...redha dan sabar atas sakit yang diterima...memang sakit mata ni pelik..kalo ketumbit, akan nampak bengkak di luar mata, dengan nanah di luar biji mata...tapi ni pelik..nanah jadi betul2 dalam mata, dan bengkak merah pon dalam mata...weirdnessssssssss...jadinya..kali ni beraya dalam keadaan sakit mata la yo~ ALLAH humma a'fini fi badani..ALLAH hum ma a'fini fi basori...
~budak hijau tu sakit matO...sbb tu pakai spek itam...kang lari betempiaran semua orang nengok mata merah ngeri gituuuu..heheh
Subscribe to:
Posts (Atom)




