Tuesday, 6 September 2011

RAYA part 3 ++

                                  assalamualaikum ;) 
  
                            | mood ayat konon2 terer Penulisan |


ni dah part 3 kisah raya...mesti orang yang terrr-baca ni tertanya-tanya bilakah mau habis ceritaku ini...hehe...nevermind.baru-baru ni, masa raya keempat, terkejut jugak.tengah sembang2 dengan my besfriend yang mai beraya, tetiba dapat call dari sorang junior masa kat SMK Seri Badong dulu.dia cakap nak mai..hm...junior ni suka buat lawak, maybe nak surprise lah tu.ikut lah.nak datang, sangat dialu-alukan.kalo tak datang pon, tak kisahhhhhhhhh...dah lali dengan lawak2 yuols~hihihii..antara adik-adik terhormat yang disayangi yang mai rumah ialah cik Zieda, cik Diana, serta rakan-rakan mereka lagi 2, 3 orang jelah~dahla makan bersemangat kot.itu saya suka..tak sia-sia saya memasak dengan banyak, dan selepas tu...mereka ini semua membawa saya berjalan-jalan ke rumah Meme. bunyinya `Mimi' okey..bukan `Memey' cik pelakon kita tu..kat rumah cik adik ni pon saya melantak mi kari dengan banyaknya~sebab lepasni saya sudah tahu, saya akan rindu dan sediit penyesalan kalo tak makan semua2 ni dengan lahabnya.btol ka ejaan cmni?? oh sangat pulun di situ~jangan lebih2 sudah makan2 tu..ALLAH tak suka! haha..


lepas balik dari jalan-jalan ni semua, terus rasa nak mik gambar walaupon muka berminyak-minyak, bibir berminyak bagai. dah rasa blog ni takderrrr reader kan, tak kisah la..walaupon ibaratnya seorang budak kecil bercakap sorang diri, itulah saya sekarang~hehe..so, letak jelah gambar jerawat-jerawat yang tidak di hedit lansung. no hal la. no viewer barangkali.okeylah, sekian dulu entry saya untuk Raya Part 3 ni..
syukur Alhamdulillah Ya ALLAH, yang memberikan saya kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang Aidilfitri bersama keluarga,& semua orang di sekeliling. babai,salam alaik. 










      *muka minyak, bibir minyak2, menggunakan kamera yang tak perlu minyak


p/s : baju warna mcm di atas, sedangkan tudung hijau? ada orang cakap saya buta warna..heyyyyyy tolong sikit! dekat baju ni, daun dia warna hijau kan?jadinya, tak kisah la nak sesuaikan dengan warna apa pon kan, either pink, yellow or green..hehe

Monday, 5 September 2011

RAYA part 2 ++

                       assalamualaikum ;)


skrg ni pukul 3.46 petang..sedap je kn duduk rehat2 depan laptop...tetamu baru keluar dari rumah..harini memang dari pagi-full lah katakan...menu utama : bihun sup..hehehe,,,di kala kesunyian ini..tetiba teringat pulak kenangan raya tahun2 lepas..nostalgia raya 2006 agak kurang bes. time tu baru masuk Universiti Malaya..musim raya 2006 tak disambut dengan hepi, memandangkan pelajaran masa tu tak dapat dihandle dgn baik.tak dapat skor.ujian semester 1 kt UM asyik failed je.rasa betol2 takleh follow studi untuk kos Sains..masa tu foudation in Physics. jujur ingin dinyatakan di sini,saya langsung tak minat untuk melalui aliran Sains.waktu SPM dulu skolah asrama penuh, kos Sains Tulen pon, cukup2 makan je.sipi2 lagi nak kebaaaaabommm! tapi syukur, saya selamat kerana doa mak ayah & guru2 lah keputusan exam tu masih dikira agak2 okey..huhuu..jadiknya, masa foudation kt UM tu dalam kadar keterpaksaan la..lepas SPM, tu ja tawaran yg dapat. kot2 la dapat aliran Sastera kt mana2 universiti, tak dapat jugak.terima jelah rezeki yg Allah bagi, tanam azam kuat2 untuk struggle Sains, pastuh ikut dan la nak jadi apa pon. yg penting nak lulus syukur sangat2 dah.tapi start first ujian pon dah failed, macam mana nak lulus? dahla raya makin dekat.persiapan raya tak layan langsung, ujian tak prepare. tekanan emosi ala budak-budak gituuu..hihiii..time raya, memang langsung takdak mood macam orang lain.rasa macam apa ntah nak cakap.tapi gagah jugak untuk terus study, walaupon kebarangkalian untuk lulus adalah sangat3 tipis, ibarat kertas senipis 0.0000000000000000000000001 pikometer.bhahahaaaa...over!


raya 2007 pulak, first time raya sebagai guru pelatih, maklomla..budak baru masu maktab perguruan katakan.time ni rugi tak snap gambar, simpan buat kenangan.percaya atau tidak, raya 2007 sangat membuktikan saya seorang atlet bertaraf estet..jangan tekezut yuols~serious..masa foundation kat mktab, kelas I ni Pendidikan Jasmani  ibarat major course la..stiap hari joging2 kat padang 6 round.siap ada gimanastik lagi..fulamakkkkkk..kalo letak gambar kat sini, semua tekezut sampai berterbangan la hati pedal jantung bagi.tipu...hihii....tapi memang hitam.sangat2 hitam..walaupon sekarang tak cerah mana, tapi dulu lagilah hitam...tak sempat langsung pakai2 bedak, pakai2 lipgloss, baju kurung macam takdak je, asyik2 pakai t-shirt..muka burn Ya-Robbi~tapi bes sebab sangat la kurus...everyday lari-lari enam pusingan padang, tak kanlah tak kurus hoi. >.< semua rakan handai, yeke btol ayat ni..yang mai rumah, pakatla teGoR budak sorang ni...kenapa la hitam legam macam tayar yang hitam, dicelup lagi ke dalam pencelup hitam bagi pekat.ok lawak muka time tu..senyum2 selenga gituwwwwwww..hehe


raya 2008 pulak, sedih menjngah jua tatkala saya disahkan secara tak rasmi mengidap satu penyakit kanser. huhuuu..awal2 tu makan pisang, rasa sakit & panas sangat badan...balik ja rumah, berubat cara kampong, semua cakap nak 'jadi kanser'...aduh,....sedih bukan kepalang hai...las2 jumpa pakar kat klinik...bukan kanser...cuma kotoran nak keluar jelah...alhamdulillah..hehe


raya 2009 sangat bes! tak boleh nak describe kat siniiiiiii...waaaa..bes3...:)


raya 2010...emm..boleh la kan...seronok yang agak suam2...sebab raya dengan family...tapi saya pulak kurang merayakan..rugi2..melepaskan peluang yang jarang2 berlaku~huhu..apakan daya...


raya 2011~alhamdulillah..seronok yang bersangatan~sampai tulis entry ni pada 1September, tapi 5September dah sampai pon tak pos2 lagi..raya sakan nampaknya..sampai terlupa n cuai nak letak penulisan yang serba gonjeng ini.ah, kecuaian ini tidak membawa padah! hihiii...bes sangat2..sebab tak payah keluar jauh2...semua fmly dgn sdara mai raya di rumahhhhhhhhhhh..sampai kena buat ketupat '3kali' ok? tak tipu...sekali buat ketupat adaaaa la dalam lebih kurang 3 kilo.alo tiga kali buat?hehe...youls darab sniri la, budak bijak mesti pantas berfikir dapatkan jawapan~hoyeyyy...ini lah muka yang sangat peluh2 and macam ladang jerawat gara-gara asyik sangat memakan makanan yang banyak faktor minyaknya.hei, ayat apakah ini?letsego terjah gambar 'saya yang comt'..kakak saya tidak comot.beliau cantik lah~saya bukan nak 'kipas' beliau atau mana2 indvidu, tapi pujian itu harus ikhlas dari hati nurani yang telus, agar tidak dinamakan menipu.ok stop karangan di sini.jom3..hehehe...


                             *kakak yg biru.adik yg hijau.
                             *kakak yg kurus, adik yg gemoks.
                             




ok lah yuols sekalians.sayas naks stops lahs...dah Maghribs nis..salam alaik ;)


p/s : entry ini ditaip pada 1September.tapi terlupa nak publish.kan dah lari setting.kalo tak, setakat 5 Sepetember hari ni,mesti dah siap sampai entry 'RAYA part 100++ kan'

Tuesday, 30 August 2011

RAYA part 1 ++

                                             assalamualaikum;)


Ramadhan sudah berlalu..apa perasaan umat Islam yg baru melalui `3 fasa' bulan berkat ni?? terlalu sekejap masa berlalu kan? semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita semua. malam ni malam 1 Syawal. hepi girang seronAk segala bagai...huhu...yes! mesti ada antara sesapa kat sini yang tengah makan ketupat cicah rendang  depan tV, atau hampar2 red carpet kat rumah dia kan, tengah buat adunan kuih ke...tengah gosok baju raya kaa?? hehe...mesti tengah buat mcm2 kan malam2 raya cenggini. dah tu, tak kan la pepagi raya baru nak menggelabah buat semua tu..bak kata mak:


jangan kemas last minute.org nampak kita ni truk sgt..


itulah dia moral value yang moralnya tak pernah di value kan.berbalik pada kisah raya part 1..kalo ada part-1, haruslah akan ada kisah raya part-2 pulak kan? tak kisah la dik non..part 1 ke..part 2 ke..part 3 ke..part part siku li-part..sapa ce-part dia da-part ke.sapa lambat tinggal le-part ke..yang penting esok 1 Syawal adalah tarikh yang tak boleh diubah daripada kalendar Islam...huhuu..melalut jauhhhh nya..sejauh kutub utara kutub selatan..tadi  area pukul 9, seorang budak yang bernama Syuhada telah ke pasaraya bersama kakaknya, dek kerana mahu menukarkan kasut bondanya yang telah beliau salah pilih saiz.padan muka! ini kaki mak tau..suka-suka je main agak2..ingat ni kaedah `trial n error' ke? main teka2 `range' dia pulerrr...okey tadi kan..masa dalam kedai kasut tu..tengok uncle tokey kedai nun-2-marhalah di hadapan, aku sudah berdoan dan membaca sedikit jampi pada beliau..supaya kasut insan kesayangan ku dapat ditukar.kalo tak nak bg tukar kasut, uncle bagi je saya tukar dgn kedai uncle nak? hehe...tapi tapi tapi tapi...cOOL sudahhhh..uncle ni tengok muka `1 dirham' aku, dia dah kesian n dapat agak...mesti budak ni mai kali kedua bukan tujuan nak beli kasut lagi satu. tapi nak tukaq yg smalam punya.hmm...agaknya mcm tulah getus hati uncle Wong bukan nama sebenar. tssk.


~ini bukan kasut raya mak~
                                         






kalo uncle tak kenai saya mmg sangat la tidak patot..kerana baru smlm saya ke kedai uncle...tambahan pula hari ni, saya ke kedai uncle dengan pakaian yang sama macam semalam.ni sengaja! sengaja nak bagi uncle dapat buat perkaitan budak ni dgn budak smlm..kang kalo dia tak kenal, tak pasal2 kasut tu takleh tukar mak~dah dapat tukar kasut..makanya terdengar bunyi `pap-pap-pap;..simbolik tapak kaki meluncur keluar...bhahaha...ayat giler hiperbola lah++ pastu balik rumah...sambung kerja2 rumah sikit...sehingga saat ni..semua kerja dah beres siap! ok selamat hari raya semua..maaf kan segala salah dan silap, mungkin ada terkasar bahasa, & mintaki dihalalkan semua takut2 ada yang terlebih atau terkurang,,smoga lebaran kali ni lebih indah dan disambut dalam suasana gembira di samping mengingati Pencipta kita dan insan-insan yang `di bawah' kita..

Wednesday, 24 August 2011

sedih lah rasanya~

                                     assalamualaikum ;)


malam ni adalah malam ke-25 dalam bulan ramadhan..Ya ALLAH cepatnya masa berlalu..macam tu jugak cepatnya masa nak meninggalkan sekolah yang very best and never hampess.. huhu..sedih kot..even nampak luaran ja senyum2..hati dalam siapa tau? hehehe..dalam hati ada `garden' katakan...bukan apa..sekolah ni walaupun terletak dalam kawasan yang kampung aman damai-agak pedalaman-xda orang minat dalam2..tapi bukan semua orang rasa benda yang sama...kan? jangan 'judge' dgn jarak dia...tapi once bila dah masuk dalam sekolah..masyaALLAH..bes sgt2..sebab orang2 kampung, memang budi bahasa dia sangat tinggi even dia tu cikgu ka..parents ka..apa2 jela...dari situ, banyak kebaikan yang boleh dicontohi..student dia pulak baik2..esok masa upacara perhimpunan, eh perhimpunan tergolong dalam 'upacara' ke? ada slot bg duit raya oleh sekolah kpd murid2...time tu bila tengok sorang2 muka student, mesti adegan sedih dalam diri tak leh elak kan??hihiiihi..hmmm..BTW, diknon risau la jugerr kan takut2 masa2 hadapan ni sekolah yang kita masuk, belum tentu nak terima kedatangan kita dengan hati yang terbuka..walau apa pon..fikir yang baik2 dan jangan putus asa doa smoga dapat berhadapan dgn yg baik2 ja nanti..insyaALLAH..aamin


mood: rindu my lovely family & 
‎.../\,,,/\...
...(=';'=)...
.../*♥♥*\...
..(.l.l..l..)..

Tuesday, 23 August 2011

makin hari makin....

                                     assalamualaikum ;)


sepertimana yang u ouls,,eh..dahla 'all' means byk..ada pulak tambahan 's' membawa maksud banyak lagi? hihihii...okey sambung2..sepertimana yang anda semua tidak tahu..kita akan menyambut aidilfitri kurang daripada seminggu...pastuh..makin dekat la nak balik rumah..bes..oh sangat bes...dapat bersama family tersayang..euwwwwwww..hehe...tapi ada something yg tak besnya di sini..ada lagi urusan yang berkaitan praktikum tak disiapkan..hmmmm besa la...kebanyakan kawan2 beres ja folder depa..tapi besa la..kadang2 kita jumpa orang yang sangat berbeza pendapatnya dengan kita..lain padang..lain belalang..pendapat yang sangat ketara ibarat yin &yang gitewwww....huhuu..apa pon..kalo jumpa orang yang sangat berbeza pendpat...bagi aku rileks la kan..nama pon pendapat..takda yg betul..takda yg salah..tak boleh spesifik~ betol tak.?


contohi keindahan bunga~hihiii


tapi kalo ada arahan kita kena buat something tu..buat setakat mampu....di luar kemampuan..wallah hu`ak lam...kadang2 tak terbuat...okey lah...setakat ni dulu diskusi untuk kali ni..thanks baca luahan hati saya...even yang membaca ni..tak dapat pon input untuk dimanfaatkan pada orang ramai...insyaALLAH kesempatan lain boleh la kita bincang ke arah benda yang baik2..aamin :)

Saturday, 20 August 2011


bertenang saja~

                                                                 Ø§Ù„سلامعليکم




lama sudahhhhhhh tidak update blog! hehe..apa ada hal? setakat blog picisan ja okey..hehe...sebenarnya, bila nak dekat raya ni kan..maknanya dah makin dekat penghujung praktikum 2..hehe...sedih2...dahla sekolah bes~cikgu2 dia bes~student bes~suasana dia tradisi & ilimiah ooo..huhuu...ni minggu ke-8 praktikum di sekolah kesayangan ni..tapi,minggu ni still ada lg satu kejadian yg nak sgt berakhir cepat2..serabut hoi!!! cepat2 la nak abiskan agenda ni..nak cepat2 selesai, pastu enjoy dgn cikgu2 & murid2 merasai suasana raya...blajar anyam ketupat nasi pulak...nyanyi2 lagu raya dgn student time subjek Muzik..kalo ketupat yg tiga segi boleh la kan...nak balut ala kadar tu tahan2 la...kalo markah penuh dia 10, boleh la dapat 11..muahaha...setengah orang cakap ni perasan, seteng-ngah lagi cakap ni salah satu tips nak tingkatkan keyakinan diri :: kena bagi markah terbaik untuk diri sniri..hehe..apa2 pon boleh, asalkan bnda tu tak menjatuhkan diri kita dan menjejaskan orang lain.




seminggu cuti raya terasa seumpama sesaat! dasyat betol masa lani kan? dunia dah tua..masa kian cepat berlalu...macamana keadaan aku di sana nanti~hari ni sehari suntuk habiskan masa di sekolah.eh suntuk sgt ea? hehe...boleh tahan la suntuk..agak r...pagi tolong2 masak sikit..even tak pandai masak..petang pi jugak..pi makan...hihiiik.suka2..sangat2 suka...


ekceli..nak kongsi dengan semua pembaca blog kali ni..tak kira lah..silent reader ka..stalker ka..follower ka...anonymous ka..amos famous amos ka..apa2 lagi la..okey merepek..sesiapa saja boleh tinggalkan komen di sini & cakap apa2 saja yang rasa logik..takda pendapat yang salah, & takda jugak pendapat yang betul.sistem demokrasi okey...sebenarnya aku rajin sangat baca satu blog akak ni..dia sorang ibu muda yg tak sampai umur 30 tahun, kematian suami, dan ada dua anak...sedih sangat bila baca blog dia...bukan dia meraih simpati..bukan2...tapi tak salah dia nak kurangkan kesedihan dia dengan berblogging selain layan anak2..bila tengok entry akak ni, mesti banyak komen pembaca tinggalkan..aku happy, sebab terbukti ramai manusia baik atas bumi ALLAH ni yang sentiasa doakan yang baik2 dan bagi semangat...Alhamdulillah Ya ALLAH~tapi kan..aku sangat sedih dengan satu `reader' ni yang "konon-kononnya" nak suntik semangat dekat akak ni, nak bagi kekuatan dengan cari kritikan kasar dan hebat..masyaALLAH..bukan waktunya..aku rasa,bukan aku sorang yang tak suka cara dia nasihat..tapi hampir 90% pembaca blog akak ni tak suka 'hamba ALLAH ni bagi semangat ala-ala amanat.barangkali dia sudah tenat!'..haaaa kan dah kena sbijik ayat xbes..betol apa..ayat dia Ya ALLAH...bagi dia semangat.fine...tapi cuba imagine kalo dia di tempat akak ni?pastu orang nasihat dengan kasar dan intonasi yang dia tak suka...apa perasaan dia? dalam blog ni jugak, ramai blogger nasihat dia pliz jangan cakap macamni, jangan guna sebarang ayat kasar, tapi dia melenting.dari situ dah nampak kan? dia sniri tak boleh terima nasihat orang yang dalam intonasi baik dan lemah lembut..apatah lagi dia yang guna bahasa yang tak menunjukkan dia berjiwa manusia..sedih..sangat2 sedih...dia tak berani tampilkan diri dia..cuma 'nasihat' ja yang berani main kot..aku bukan manusia baik, sekurang-kurangnya sifat simpati masih terpelihara dalam diri aku insyaALLAH.tapi aku respek sangat dekat kakak yang diuji ALLAH ni, dia kuat semangat, & pandang dengan sudut positif setiap ayat `hamba ALLAH' yg tak halusi ni..






                               
              
bukan perlu kita nasihat orang dengan bermadah-madah segala bagai, ayat hiperbola melangkaui kejadian, guna unsur-unsur melankolik nak sedapkan ayat..tapi hamba ALLAH ni satu ja aku dapat describe secara tak langsung..dia ada sikit ciri-ciri 'paradoks' dalam ayat dia..menentang arus.hehehehhe...amik kau! tak sesuai dengan situasi. orang yang tengah dalam kesedihan, tak perlu kita hentam.kalo tak mampu jadi penasihat untuk orang, cukup setakat mendiamkan diri dan mendoakan kebaikan untuk orang,okey..sekurang-kurangnya kalo nak keluarkan sebarang ayat, fikir dulu kesan dan intonasi suara yang nak guna...kalo kita cakap dalam nada lembut atau pun kasar, tetap ada kesan nya..cuma, kita kena ingat..dalam satu tafsiran ayat ni, bukti cakap lembut adalah lebih baik..


                           
                                                
maksudnya : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik…”


kan? semoga kita semua sentiasa dalam keadaan tenang menghadapi semua situasi..aamin..