Monday, 30 January 2012
Sunday, 29 January 2012
a bit runsing++
Saturday, 28 January 2012
menangis dalam hujan...
harap harapnya, semuanya okey..sekolah okey, penerimaan cikgu-cikgu okey, dan pensyarah jugak okey...sapa tak takut hoi kalau dapat lecturer observe yang horror!boleh kejang di situ kalau over takut.ok tipu -.- jom kita tengok tafsir surah al-Insyirah, kalau rasa tertekan dan sangat runsing, cuba tengok and baca ulang2 ayat ni, semoga kita dapat lalui kesukaran itu dengan lebih tenang dan cool~teheeeeee...
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
dalam surah ni diulang dua kali bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.. kalau mengikut firasat kepala ho_____ saya yang bukan 100% absolutely positif, saya tetap percaya setiap kesukaran yang dihadapi akan disertai dengan hikmah kesenangan. kita tak nampak lagi akan hikmah tu, tugas kita jangan merungut. hohoho~letesego, dari sampai pagi tadi belum rehat...sekian, thanx coz reading my "semenggah's blog"..hewkhewkhewkhewkhewk****
Thursday, 19 January 2012
++ balik dan balik ++
Saturday, 14 January 2012
++ petua bahagia ++
Tinggalkan sifat PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
Tinggalkan sifat PENDENDAM
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
Tinggalkan sifat HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
Tinggalkan sifat BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. ingatan untuk saya dan kawan2, jangan terlalu 'menjaga' yang kita dan terlalu 'mengambil yg orang' , bila menyusahkan orang, Allah akan tunjukkan jalan yang susah untuk kita.nauzubillah..rezeki Allah luas, cuba tengok orang yang baik dengan orang lain dan selalu menolong orang, rezeki mereka makin banyak kan?satu yang kita bagi kebaikan pada orang, berpuluh kali ganda Allah turunkan nikmat pada kita..aamin~
Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.
Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
sekian, wassalam ;)
Thursday, 12 January 2012
++ takdir itu sesuatu yang indah ++
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216
wallah hu'alam...tapi saya percaya, orang yang menjaga hubungan dengan manusia, tu salah satu ciri2 dia menjaga baik hubungannya dengan si Pencipta..
Wednesday, 11 January 2012
++ Yun Nam Hair Care..pakar rambut andaaaaaa ++
assalamualaikum ;)
dear lovely friends,
ke hadapan awak semua yang saya rindui, saya berharap awak semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta..di kesempatan ini, saya ingin bla..bla...bla...
hohoho~ingat dak zaman dulu-dulu masa mula2 berkenalan dengan sesiapa, tak kira la adik angkat ka..kakak angkat ka...mesti pakai surat kan? zaman dulu mana nak jumpa henset ni semua, pakai surat jelah kan..tetiba saya tak sengaja teringat zaman tulis2 surat masa mula2 berkenalan dengan kak angkat-sekolah rendah dulu.hihihiii...ada poyo di situ...tapi kak angkat la kan, takdak abang2 angkat ni hoi ", budak dulu2 malu nak gatai2 kot.hahahaha...
ok tajuk kat atas ni Yun Nam..kenapa melalut kes surat2 ni hah? tempoh hari-kemarin la sure. Yun Nam telefon saya untuk kali ke berapa pon taktau. first time call saya angkat lagi, next-next time tu saya tak angkat lagi dah. sebab henset silent tak dengar, plus malas nak emm..emmm..emmm...mik tahu pasal product mereka dan keluarga mereka~sebab saya dan Yun Nam ibarat jauh panggang dari api..kemarin Yun Nam call, dia cakap apa tau tak?
" please ye miss Syuhada, I harap sangat you bawa henset ke mana2 lepas ini. kami akan call you lagi untuk memberi penerangan mengenai hadiah dan rawatan yang you akan dapat. hari tu mummy you cakap, you pegi outstation tak bawak henset. ouh careless ya! " bhahahahahah! trima kasih banyak2 la Cik Yun Nam yang telefon sambil memberi nasihat kepada saya supaya jangan cuai. saya terkesenyum lebar lapanpLoH hasta..tetttttt.hohoho,,alkisahnya bermula pada suatu petang yang damai, saya terasa sangat sunyi dan tak ke mana. cuma saya seorang dan emak yang sedang menonton televisyen kisah Indonesia.lalu, tangan saya sedikit gatal2 tak bersebab.ada dua kemungkinan di sini.
1) akan mendapat wang $$$$$$$$ o_o
2) akan mengurangkan wang
akhirnya, sudah dikenal pasti, sahlah tak lain tak bukan.saya akan mengurangkan wang la kan.perabis kredit pon salah satu jalannya kan?lalu saya pon menyelak akhbar Metro sebab kebosana amat.tengok2 ada satu contest ni tau, dari Yun Nam,100 orang yang pertama jawapan betul, dapat rawatan dan product percuma, dan cabutan bertuah 50 buah iPAD.saya tak harap sangat pon akan hadiah, tambah2 lagi medium sms apa sangat yang betul.lepas hantar jawapan dekat Yun Nam, esoknya mereka pon call saya.bagitau hadiah yang dimenangi.saya acuh tak acuh sebab macam errr, yaka? ha faham kan apa yang saya pikir..saya pon tak sangka rupa-rupanya mereka masih tunggu jawapan pengesahan saya mengenai nak terima ke tidak hadiah tu.eh, dah kenapa ayat macam baru menang anugerah oscar? hew2~
Tuesday, 10 January 2012
++ fening ++
Sunday, 8 January 2012
++ hidup baru ++
assalamualaikum ;)
memandangkan minggu ni merupakan minggu pertama saya di Terengganu, makanya saya pon dah membuat hipotesis:
semakin lama rumah ditinggalkan, semakin beh-habOk bersepah jadinya.
haaaa yes, tepat sekali hipotesis saya, bermakna jika kes ini dibawa ke makmal untuk eksperimen, confirm lah eksperimen dikira tepat dan tiada sebarang ralat malahan boleh dikatakan saya ni Einstein versi wanita lah kot! hohoho~tipu semata. tapi memang betol, rumah bersepah habuk teruk sepanjang ditinggalkan saya bersama 6 lagi rakan yg bes~sedangkan sebelum tinggal rumah ni, kawan saya yang balik agak lewat sikit dah kemas bagai dah ni. berkilat boleh jadi cermin la lantai yang dipijak ni.
pastu kan..pastu kan...tetiba sampai kat cni pagi 3 Januari 2012, saya terus masuk maktab la..sebab singgah menyinggah rumah sewa boleh menyebabkan kelambatan! efeknya, ada la hukuman baru sempena tahun baru kot..tsssssk~balik dari kuliah, masuk ja bilik sniri....Ya Rabbi! bilik dah macam kapaii pecah lagi..ntah karam dari mana lagi taktau. tapi takleh kemas lagi kot, petang tu g ziarah kawan di Pasir Mas, ayah dia meninggal 2-3 hari sebelumnya. errr...err..sabar jela kan...barang2 yang penuh muatan dalam bagasi tu tinggal mentah2 trus ikut kawan2 lain. hehe::
sampai kat rumah sewa dalam 1.30 pagi camtu jugak la..pengsan dulu kot...sebab letih..bila time mengemas, tengok2 pencuci lantai pulak habis takdan beli...terus sental dengan serbuk Attack yang cuci pakaian tu haaaa...TROLOLOL~ hentam saja asalkan saya berpijak pada bumi yang nyata tanpa habuk dan hama! hihihi -.- tapi memang banyak kali kena bilas la i tell u. sebab buih sabun dia payah hilang, pekat n banyak gilos2..hehe..nebermaind. tapi hasil untuk sementara waktu memang memuaskan la...pastu, dua tiga hari jugak la pakat2 ngemas gontong-ronYong sampai habis sebab 'our baby' mengamuk sampai habis barang jadi rosak n merata-rata~tau tak siapakan gerangan our baby tu siapa? answer is t.i.k.u.s,,tapi ada satu cerita mak penah gtau baru ni, dulu tikus 'bersalin' dalam rumah. pastu mak saya buang...waktu malamnya, mak tak sedar pon tikus masuk dalam bilik. tapi pagi esok time nak solat Subuh, tangan sakit gila n macam berlubang sikit. tapi tak perasan hapo ko bondo yang baham jari mak saya. kesimpulan yang dibuat selepas letih pikir ialah maybe mama tikus mengamuk kot. kan ada creepy theory mengatakan haiwan comel ni macam sikit2 tahu hint la, kalau ada orang mengata, atau memusnahan mereka. Wallah hu`alamm~
~sori for everything~ errrrrgh :)
sekian...
Thursday, 5 January 2012
++ edisi terharu-biarkan semua berlalu-selamat tahun baru++
assalamualaikum ;)
lama sudehhhhhhhh tidak menulis sesuatu-dedua-tetiga dekat blog ni..hmmm...cuti panjang haritu pon, langsung2 tak dak entry bulan disember...dah tak online kan? cemna nak tulis blog...ouh jap3...nak tanya dulu, awak semua sihat.........? hehe...biar la takda orang nak baca pon, tapi nak state kan jugak di sini title awak semua~hohoho.boleh pulak gitu kan...
ekceli...saya ada sesuatu yang merunsingkan di sini...(dalam kepala)...tapi realiti..kena lalui...emmm...emmm...emmm...camna ea? berserah la pada Allah~apa boleh buat...
"kesusahan tidak semuanya seksaan...dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun...tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus.." sekian....letsego Zohor...mungkin sebab lambat solat, hati dan fikiran menjadi runsing...
Subscribe to:
Posts (Atom)