Friday, 19 August 2022

Diagnosed with MDD


Maha Suci Allah.. Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah. menjadi seorang pesakit psikiatri perit rupanya. Aku terpaksa tampil depan umum sebagai orang yang okey. Padahal aku tak okey pun sebenarnya. Kerap diserang panic attack, shaking (badan n tangan kerap rasa gegar), berpeluh sampai berpinar n kelam, sakit kepala n muntah. Mimpi ngeri takyah cakap. Tapi kata doktor, semua ni normal dialami oleh seorang Major Depression Disorder. Aku terpaksa kawal diri yang tak okey ketika mana aku berhadapan dengan seorang makhluk toksid, yang selalu menimbulkan provokasi, dan perkataan-perkataan menyakitkan hati. Moga Allah berikan taufiq dan hidayah pada semua pegawai yang menguruskan pertukaran, untuk memudahkan urusan pertukaran aku. Serius aku tak boleh tahan dh duk sini, aku perlu semangat mak, dan mertua aku yang budiman. ya Rahman, kurniakan kami rezeki terbaik untuk dunia dan akhirat kami. Berikan kami hikmah yang terbaik atas setiap ujian kemanisan yang kami lalui~

Saturday, 12 December 2020

Every night it was quiet, my lovely Maryam...

 
anak ku Maryam.. mama sangat rindukan Maryam.. ketika tulis entry ini, airmata mama laju mengalir.. tapi Maryam, mama tinggalkan Maryam dengan keterpaksaan..bukan kehendak mama.. moga Allah akan dekatkan kita juga untuk tinggal bersama.. sungguh silap..selama hidup ini, mama sangka sakit bersalin adalah yang paling sakit dalam hidup. tapi bukan...sakit yang takkan pernah ada ubatnya adalah menahan rindu pada anugerah Ilahi yg satu ini. saban malam, mama akan terjaga dari tidur. bila Maryam tak ada disisi, mama terus sebak dan menangis yang tak dapat ditahan lagi. tapi kita jauh... jarak, masa, memisahkan kita...tapi kasih sayang mama, dan doa mama, takkan dapat memisahkan kita...


Friday, 14 August 2015

Kaya tetapi Berkat

    

Hakak rasa sangat terkilan. Hakak dah menyatakan pendirian hakak takmau join satu benda ni. Disebabkan faktor kukuh. Tapi dipaksa jugak buat loan untuk bisnes ni. Dahla nk join permulaannya takleh mak ayah tahu. bukankah redha Allah letaknya pada redha mak ayah. Nak cepat kaya jangan sampai menindas org lurus. Wahai si miskin, hodoh, dan marhein... Allah mendengar doamu, dan melihat hasil usahamu untuk mendapatkan keberkatan dalam mencari rezeki. Bukan dengan cara takabbur membuatkan mu menjadi manusia berjaya dunia akhirat. Asalnya aku doakan semoga Allah mudahkan bisness ni. Tapi Allah buka pintu hati, tunjuk kan kebenaran dengan lebih awal. Betapa Maha Penyayang nya Dia memelihara hambaNya.

Monday, 27 October 2014

Hari Penyampaian Hadiah

Assalam.

Setahun tak update blog kata kau. Ada sesiapa kisahkan? Haha... senarnye... Tadi ada taklimat antara semua guru dan staf pasal hari penyampaian hadiah tahun ni. Time gb n pk cakap, memang aku rasakan ada remote control yg telah flashback kisah silam aku zaman dedulu. Iaitu hari anugerah cemerlang masa 1996. Sayangnya, memori tu tak di buktikan dgn gambar. Masa tu, aku n kakak dapat hadiah anugerah cemerlang. Ayah takboleh attend, sebab kerja. Sekolah dengan rumah agak jauh. Makanya, mak aku yg gntikan ayah hadir utk kejadian tersebut dengan hanya berjalan kaki okey! Jalan kaki. Kalau pakai kasut roda aku x sedih sangat. Yg bertambah sedih mak aku jalan sorang, dalam jarak yang sangat jauh. Semata mata nak hadir majlis tu. Nampak tak. Pengorbanan mak ayah dan semangat yang diberi tu tak pernah putus. Dari zaman awal berhingus, hinggalah zaman hingus telah pun kering. Dengan kata lain, peliharalah sebaik baiknya syurga anda itu! 

Friday, 4 October 2013

Belasungkawa Posting~Part 2#

As Salam :)

Yeahhhh! Apa khabar orang kampung semua? (orang bandar taknak amik tahu)...
Ekceli, belasungkawa posting part satu yg baru di-post tu dah tulis terlalu lama, simpan dalam draft. Mujur boleh simpan dalam draft. Kalau boleh simpan dalam peti beku, nak jugak try simpan entry dalam peti beku. Agak-agaknya lah kan, kalo boleh simpan dalam peti beku entry ni, bila dikeluarkan nanti boleh jadi macam Nugget Tempura Ayamas tak? *wkwkw* serius sikit woi! Sebelum posting, ada jugak le satu malam tu... Saya bermimpi... Berada dalam hutan. Mimpi tu macam senyap2 ja... Takdak ler pulak cakap apa2 ka, kan... Bangun tidur macam, errr... Tak sedap hati lah. Takkan mimpi tu saja je kot. Mesti ada Allah nak tunjuk sesuatu, sebab kita ni manusia, mesti nak mimpi yang benar-benar saja kan? Dan...Tahukah kamu.... Sebelum tidur, satu perkara yang selalu diamalkan ialah aku mintak doa pada Allah...

Ya Allah... Tunjukkanlah aku mimpi yang benar saja. Yang akan memberi aku ilham dan petunjuk terbaik dari Mu... Jangan berikan aku mimpi yang merupakan gangguan syaitan dan sekutunya.Aamin~ 

Dah cek result posting, tinggai seminggu ja lagi kena laporkan diri kat Sarawak. Nah! rasa macam @#$%&*+ punya sistem pentadbiran! Tak menyusahkan orang memang tak sah! Hampes krampes. Dahla down tengah memuncak, sedih berkelodak, tangis esak kuat berteriak. Masa makin suntuk. Rasa macam takdak tempat pergantungan time tu. Cuma mintak Allah mudahkan urusan, hilangkan sedih. Dan makin dekat waktunya.. Aku harus pergi. Wuwuwu. sedih bhai...kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. siap kilat sabung menyabung lagi gittew~lemah gila. tapi malas nak tunjuk dekat mak ayah. Konon la kuat kan. dalam kepala memang ada beberapa perkara yang sedang dipikir, antaranya: *wah macam karangan mak nenek lagi*

1)Ala, aku mesti dapat area Kuching ni. sebab aku kan kos pendidikan khas. mana ada pendidikan khas pedalaman bro!
2) Sah! aku dapat bandar kot. pendidian khas tidak tercipta di pedalaman.
3) Barang keperluan makanan tak yah nak beli sangat la. sana banyak kedai. rilek sudah.

Flight ke Kuching adalah pada 2Julai 10malam. Ouh man. sendi aku sakit. jadinya, 1julai adalah tarikh melapor diri kat Hotel Empress Sepang.Masa di hotel, aku nampak family Wani tengah sibuk 'gugel' sekolah dia. Ayah wani dah call JPN tanya sekolah si anak. sedangkan aku, call berpuluh puluh kali tak tembus lagi. sabarrrr je. dahla sedih tinggal mak ayah tak hilang lagi. sedih baru pulak muncul. orang lain dah tau sekolah, sana sini pakat cari geng sekolah sama, PPD sama. aku? akhirnya, hati aku desak untuk wat taktauuu jerrr..Malam tido kat hotel, aku menangis sama-sama dengan wani. serius kenangan kot. dia dapat pedalaman 2, SK Nanga Nansang area PPD Song. dia sedih dapat pedalaman 2. manakala aku, sedih sebab taktau lagi dapat mana. orang lain cakap, call PPD Belaga. Depa ni ada nama cikgu baru untuk seluruh Sarawak. kiranya, kalo call bagi tau nama dan i/c, PPD Belaga akan bagitau kita daerah mana posting. call punya call, PPD Belaga cakap nama tak keluar secara rasmi. call PPD Tatau, PPD Tatau pon TAKTAU nama lagi! haha. bengang sesangat.call PPD Lundu, pon sama. amboi nampaknya semua PPD dalam Sarawak ni nak buat suprise kot. takyah nak suprise sangat la. dah banyak kejutan dalam hidup ni yang aku terima. lepasni sebarang kejutan jangan harap aku nak terkejut lagi. perghhhhh geram! 

okey, esoknya awal pagi 2julai, aku masih taktau lagi di daerah mana aku di tempatkan. tapi gerak hati kata jangan ambik tahu. go on ja. Yakin Allah akan mudahkan dan aturkan semua.Suaini classmate aku ni rajin le pulak call JPN sarawak. kata JPN sarawak, nama aku ada kat SK Lusong.Area Belaga. google punya google, tak jumpa sekolah tu dalam intenet! arghhhh ammak, apppakkk, help me!yang ada gambar air terjun macam Niagara fall tu.sah no need to suluh, aku kena naik bot! macam jeram killer lagi dah. Ya Allah gelombang kuat nak mampus seluruh badan aku. tapi muka aku still rilek konon. cehh.dalam duk makan kat hotel tu, ada sorang budak perempuan semeja dengan aku, makan sekali. dia dapat Belaga, pedalaman 1. Dia tanya dapat sekolah mana. aku cakap tak tahu lah. dia kata, kelmarin ada budak laki 6 orang dapat pedalaman 3 belaga. aku pon pikir la... mesti bukan aku kat situ. dah sampai 6 orang lelaki kat sekolah tu, apa pulak ramai2 nak hantar lagi ke sana. 

okey, malam tu flight ke Kuching 10malam. delay, jadi 11malam. sampai Kuching dalam 1lebih. sampai ja airport Kuching, bas bawak ke Hotel Margerita apa ntah. di hotel tulah aku menerima surat. tajuk nama sekolah tersebut ialah SK Lusong Laku. fine, takdak nama Nanga, Sungai,Muara, Ulu, Long. haha.. opkos aku terselamat la kot daripada sungai.

Belasungkawa Posting~Part 1 #

Salam Alaykum :)
Lama giler kan aunty  ni tak taip entry?mwahahaha...lama ouh...ingat senang idea nak datang mencurah-curah! kadang-kadang idea banyak, intenet tak dapat. kadang-kadang intenet kelajuan membunuh, idea pulak membeku dl hotak. apa-apa jelah. balik kepada tajuk asal, sebelum posting haritu bukan main rajin macam2 entry mengarut ditulis, nk luahkan perasaan terpendam konon~hahaha..kadang2 rasa lawak pon ada. yes, sebab ntah apa2 laaa aunty ni kan. penat tulis macam2, ada org baca??? ada aku kesah? ni bukan blog orang lain.hiks~

pada tanggal 24 JUN 2013 yg lepas, hari Isnin, as usual my friend and I pi joging kt Gunung Jerai. Mimi nama kawan makcik. tunggu punya tunggu posting, masih tak kunjung tiba. apa kata kita joging demi menghabiskan masa yg ada? orang lain joging tujuan nk kurus. ini nk habis masa. apa punya orang la.....balik joging, lebih kurang pkul 8lebih, saja keseluruhan nadi ni bagi arahan kepada tangan suruh buka laptop cepat2. sambil laptop tengah musing-musing loading, tiba2 ada call dari Kak Adah. bila henpon diangkat...

Kak Adah: Ada!!!! Mu chek loni. aku buleh Sarawak weh!
Aunty : Yaka??? kak adah tau mana???
Kak Adaha: aku baru lps chek. cuba mu chek.

makanya...dengan rasa separuh tenang, separuh menggelabah, separuh yakin dapat dekat, separuh lagi jiwa mengatakan aku akan dapat jauh. danggg!!!! chek punya chek sampai laptop mengeluarkan 'larva panas', sah! dapat Sarawak! perkara pertama aunty buat ialah telepon my uncle, 'Paklang'. time tu beliau kt skolah.

Paklang!!!! Kakcik dapat Sarawak~tolongla...dlm masa seminggu ni buat la apa pon, takmau piii sana...biarla keja sini gaji sebulan 5kupang pon, hati lg iklas keja!!!
nah, sentap kott pakcik gua time tu. tetiba tak bagi salam, ucap hello pon tidak. tau-tau mengamuk tanpa set induksi! bhahahah!!! sesi puju telah diadakan antara seorang Paklang dengan anak sedaranya menerusi telefon.

Sabar kakcik...mula2 ucap Alhamdulillah dulu. ramai lagi yg tak dapat posting. kena syukur banyak2...pi dulu, urusan pindah pa semua lepaih ni. jangan risau la..yang pi sana setakat ni semua balik mai.
wakakaka....macam tak makan saman je aunty time tu. rasa macam ikutla hampa semua-semua nak pujuk cemana pon. tak heran. yang penting tak mau pi tak mau pi tak mau pi, faham tak? hahaha....memang serius time tu menangis gila. rasa putus harapan. sampai terlupa, apa yang didoakan selama bertahun-tahun tak pernah putus, tapi Allah tak mengabulkan, sebab Dia nk bagi yang lebih baik daripada apa yang kita mintak. pffft~ time tu emosi sedih mengatasi segalanya. sampai nak suap makan pon tak boleh. terlupa. bahawa Allah yang memberi rezeki, kenapa perlu mempertikaikan nya? mak ayah segala adik beradik semua pakat pujuk la. seingat ingat aunty la...time umur 3-4 tahun menangis tu, time tu la  lassttt, kena pujuk. pastuh dah takdak adegan pujuk memujuk dah. tetiba umur dh banyak kena pujuk lagi sekali pulak.aisey men! time sedih emo tak terkawal camtu, ah pujuk lah nk pujuk sangat. ada aku heran? yg akan laluinya aku, bkn org lain. yg penting aku takkan pergi Sarawak!

*****bersambung part seterusnya*****

Sunday, 25 August 2013

++ Ahad yg tak bes ++

Salam Alaykum :)


Apa khabar semua.....saya di pedalaman Alhamdulillah sihat~ mula-mulanya ingat nk mengotakan janji untuk update cerita pasal perjalanan hidup di pedalaman. tapi tak jadi la hari ni, sebab ada benda lebih penting untuk di update. entry ini lebih berbaur kepada separuh bengang separuh tak bengang, separuh marah separuh tidak marah, separuh nak tabuh separuh tak jadi tabuh. yg mengungguli carta ialah kena sabar~ haila manusia. dah jadi cikgu pun akal tak letak kat tempat sepatutnya kah? nak cakap dan luahkan sesuatu, profesional sikit. face-to-face kan lebih cantik~jangan nak emosi semua benda melalui facebook. yes, memang umum mengetahui itu facebook hang. suka hatila nak buat apa kan, masalahnya mengaibkan orang adalah sesuatu yang tidak harus berlaku kerana idea yang hang lontarkan itu adalah tidak semua betul.lebih menjurus kepada memalukan orang tau tak. tahukah anda, bila anda buat tindakan mengaibkan orang adalah satu perkara tidak baik? walaupun aku sendiri tidak baik mana dan tidak perfect, tapi aku dapat bezakan la sikit-sikit. mana yg tak boleh, mana yang boleh. awalnya nampak okey. sekali mengungkit habis! dangggg!!~ tekejut aku dengan lagi kawan2 sini. hokeyla...kami semua anggap ini salah kami. tapi ingat, jangan mengguris hati mereka yang sedang diuji Allah, jangan sedihkan mereka yg sedang belajar erti kehidupan. jika kamu lebih perfect, silakan bertindak dengan lebih realistik.bengkak otak aku dibuatnya. dont worry baby. 'kami' takkan marah, takkan sound, takkan bertindak kejam. ini cuma entry luahan paru-paru. sekian, luahan dari pedalaman~